Bismillah
I just watched a video by Sheikh Ahmad Deedat and his words are powerful. Really stabs the heart, no kidding.
What's wrong with the Muslims nowadays? Why does Islam is still a foreign term to many?
Because we have a ridiculously high inferiority complex. We didn't think that we are good enough, have enough knowledge... basically we feel inferior to others.
And because of that, we neglect our responsibility as a khalifah.
And because of that, we still see a lot of people, those who claim Muslims even, do not have a clear & sound understanding of this beautiful religion ( me too.. huhu)
We need to get over this feeling and rise.. may Allah give us strength to carry out this amanah~
pathway
al-mahbub
- Allah & His Messenger
- my family
- mereka yang menyayangi saya :))
- babies and toddlers
- my course
- my late cat :(
Saturday, December 31, 2011
Thursday, December 29, 2011
oh ibu mertuaku~
Bismillah
Sejak kebelakangan ni, terdapat banyak cerita Melayu yang memaparkan watak ibu mertua yang 'kurang' baik. Memang berkesan lakonan mereka, sebab setiap kali mereka membuat tuduhan ke atas menantu, rasa macam nak 'sekeh2' je...
Mungkin fenomena ini akan menimbulkan sedikit 'trauma' kepada para wanita untuk mempunyai ibu mertua..
Begitu juga aku. Sejak diberitahu bahawa ibunya mahu berjumpa, hatiku terus berdetak 'dag-dug dag-dug' padahal belum jumpa lagi. Tapi jika dilihat dari gambar & dengar dari testimoni orang lain, ibunya seorang yang 'sporting'.. so rasanya tak perlulah saya bimbang sangat kan? :)
Hmm.. ibu-ibu mertua yang buat semua ini sebenarnya bersebab kan?
Iyalah, selama ini dia yang menjaga anak terunanya. Makan, minum, pakai... semua dijaga rapi. Tiba-tiba datang seorang perempuan, seolah-olah mengambil alih tugasnya. Membuat para ibu rasa dia sudah tidak diperlukan. Ibu akan rasa kehilangan. Perkara yang dia terbiasa buat sudah berpindah tangan. Tentulah ibu-ibu mertua berasa sedikit apprehensive.
Jadi, bagi para wanita di luar sana (dan juga saya), kita harus sedar bahawa perkahwinan itu bukanlah penyatuan dua jiwa sahaja. Kita kena ambil kira ibu dan ayahnya serta ahli keluarga yang lain juga. Tips nak bahagia dengan ibu mertua, sebelum kita pikat anak teruna dia, kita kenalah pikat ibunya dahulu~
^_^

cukuplah...
Bismillah
Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya ...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera dilayar dan masjid dibina..
Cukuplah yang sama-sama saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia..

________________________________________________________________________________
Kalau cukup itu sahaja yang awak cari, kenapa masih ternanti-nanti? :)
Kalau cukup itu sahaja yang awak cari, kenapa masih ternanti-nanti? :)
Wednesday, December 28, 2011
menjadi 'Insyirah'
Bismillah
Saya suka dengan nama Insyirah. Jatuh cinta dengan 'Insyirah' bila membaca surah al-Insyirah. Rasa sangat dekat dan terbuai je hati bila baca maksud di sebalik surah ini. :)
Dulu saya suka menggunakan gelaran Qurratu 'Ain, sebab saya nak jadi penyejuk mata orang-orang yang memandang. Tapi kini saya nak jadi lebih dari itu. Bukan sahaja menyejukkan mata-mata yang memandang, bahkan melapangkan dada mereka juga.
Semoga dengan nama-nama yang saya gelarkan ke atas diri sendiri, dapat menjadikan saya seorang muslimah yang mempunyai peribadi yang mahmudah, amiin~
saya solat TAPI
Bismillah
Bila kita tak solat, terasa diri dibelenggu pelbagai masalah. Hati menjadi resah, jiwa terasa kacau-bilau. Kalau pun kita buat sesuatu nak hilangkan rasa resah tu, hanyalah sementara sahaja.
Tapi kalau sudah solat, masih ada rasa gelisah, apa pula sebabnya?
Mungkin kita tidak ikhlas dalam melaksanakan solat. Solat tanpa ruh. Solat yang hanya angkat tangan, rukuk, sujud tanpa ada kesedaran. Kadangkala siap terlupa lagi apa yang sedang dibaca. Wana'uzubillah... :(

Monday, December 19, 2011
the answer to his istikharah
Bismillah
I came across a video made by a girl who shared her love story early today. She is already happily engaged (which I am jealous of since she is only 19), alhamdulillah.
Everytime I talked about this topic with a verrryyy close friend of mine, she always gives me the same answer.. do the istikharah, ask Allah for guidance, be patient. I already know the drill (but I thank her all the same :D) but at the same time, I wonder, does he also do the istikharah like I do? And what is the answer to his istikharah?
He seems ready before (when he was still in a relationship with someone else) but now he seems hesitant.
Why? (just wondering out loud!!~)
Wednesday, December 7, 2011
bajet baik je
Bismillah
Adakah perkara-perkara baik yang aku buat selama ini hanyalah suatu lakonan saja?
Adakah kebaikanku hanyalah untuk menunjuk-nunjuk saja?
Adakah aku sebenarnya seorang yang dikatakan 'bajet baik'?
T_T
Ya Allah,
Telah ku cuba ikhlaskan diriku dalam setiap amal yang ku lakukan...
Telah ku cuba membuat segala perkara itu hanyalah untuk mendapat keredhaanMu semata-mata..
Tapi bila ada yang kata aku seakan 'tunjuk baik', aku takut ya Allah..
Takut Kau tidak terima amalku
Takut akan kemurkaanMu
T_T
Ya Allah, jika aku tersilap, tuntunlah aku kembali ke jalanMu...
p/s: jika aku juga tersilap sangka padamu, maafkan aku... :'(
Monday, November 28, 2011
debu-debu dosa
Bismillah
Alhamdulillah, dapat lagi bertemu dengan tahun yang baru. Allah masih beri kesempatan lagi untuk memperbetulkan kesilapan lama, Allah masih beri peluang untuk taubat. :')
Inilah masanya nak buat 'spring cleaning'.
Bersihkan hati yang penuh dengan bintik-bintik hitam.
Perbaiki akhlak yang seringkali menyakitkan dan mengguriskan hati dan perasaan orang lain.
Cuci minda, telinga, mata dan anggota badan lainnya yang bermaksiat.
Pendek kata, sucikan diri kembali dari debu-debu dosa. Memang payah dan memakan masa yang panjang. Tapi usaha itu perlu!
'jodoh' itu ketentuan Allah~
Bismillah
"Apa kaitan tongkat Musa dengan laut? Tiada kaitan. Tetapi Allah SWT mengarahkan Musa untuk mengetuk laut dengan tongkatnya, selepas itu barulah Allah belahkan laut itu untuk dia. Untuk apa sebenarnya tindakan itu diarah? Untuk mengajar manusia berusaha dalam bertawakkal. Bukan semata-mata berdoa dan menggantung harapan."
Terbaik Doktor. Nah, dalam bercinta pun sama ya anak-anak. Jadi janganlah ambil ajaran-ajaran yang ajar main pendam sahaja, luah pada Allah sahajalah, berdoa sahajalah itu. Berdoa, berdoa. Usaha kena ada. Itu yang Allah ajar kepada kita sebenarnya."
Sempena musim kahwin-kahwin nie, jiwa pun terikut-ikut nak rasa syok berkahwin. Hm, bukan berkahwin semata-mata, tapi untuk diri sendiri, sebenarnya seronok kerana akan terbina satu lagi baitulmuslim. Dari situ, akan lahir anak-anak pewaris ummah. ^^
Jodoh itu ketentuan Allah. Itulah ayat yang seringkali didengar apabila ditanya soalan, "Bila nak kahwin?" Memang benar jodoh itu ketentuan Allah, tapi kita juga kena ada usaha. Memetik kata-kata seorang penulis, Hilal Asyraf:
"Bercakap berkenaan Mazhab Tawakkal Buta, tiba-tiba hari ini pensyarah saya bercakap berkenaan Salah Faham Dalam Tawakkal. Amat menarik.
"Apa kaitan tongkat Musa dengan laut? Tiada kaitan. Tetapi Allah SWT mengarahkan Musa untuk mengetuk laut dengan tongkatnya, selepas itu barulah Allah belahkan laut itu untuk dia. Untuk apa sebenarnya tindakan itu diarah? Untuk mengajar manusia berusaha dalam bertawakkal. Bukan semata-mata berdoa dan menggantung harapan."
Terbaik Doktor. Nah, dalam bercinta pun sama ya anak-anak. Jadi janganlah ambil ajaran-ajaran yang ajar main pendam sahaja, luah pada Allah sahajalah, berdoa sahajalah itu. Berdoa, berdoa. Usaha kena ada. Itu yang Allah ajar kepada kita sebenarnya."
Tapi sebenarnya, saya tak mahu bercerita tentang jodoh yang ini.
Saya mahu bercerita tentang 'jodoh' bersama kawan-kawan.
Pernahkah kita terfikir, bahawa kita bertemu kawan itu juga dengan izinNya? Bayangkan diri kita di sekolah baru, di kawasan perumahan baru, tidak mengenali sesiapa... tentu kita akan rasa keseorangan dan kesunyian. Tapi dengan rahmat dan izin Allah, maka kita akan dipertemukan dengan seseorang, yang mulanya hanya seorang kawan biasa yang akhirnya bisa menjadi teman yang paling rapat.
Tapi kita juga perlu usaha. Tidak boleh menyombong diri. Kena ramah. Rajin menegur orang.
Sepertimana dalam hubungan pasangan suami isteri, kita perlu juga menjaga persahabatan kita. Kena sentiasa buat sesuatu yang boleh melestarikan hubungan kita, yang boleh menjadikan ia sentiasa mekar & segar...
Thursday, November 10, 2011
peer pressure
Bismillah
This was among the common topics in talks back in my secondary school days. Teenagers usually face this situation and they don't know how to handle it and sometimes, they ended up being bad, because they mix with the bad company.
I am not facing this actually. It's past my time (does it really?)
Actually, I was reflecting on my actions today when I have a disagreement with my mother. I could not tell her that I do not favour some of her actions. I could not tell her that I was feeling disheartened. But I could tell my friends about my feelings. I could write about it and share it in my blog.
Why does it feel so difficult to share things with my mother? Why is it so easy for me to bare my feelings with my peers?
Is it because of the generation gap between us?
Wednesday, November 9, 2011
the power of du'a
Bismillah
A few days ago I was busy thinking how to tell my mother about a certain something. Tonight though, i'll be busy figuring out ways to approach my mother who is in a sulky mood. Huu~
Let's just rewind a bit.
My mother has always told me that I should not be involved in any romantic relationships while i'm still at school. The same goes when i first stepped into university life. For four years, i have to abstain myself. (alhamdulillah i have Allah to keep me at bay) Sure, my heart sometimes wandered to another's, but i'm able to not let the feelings take over my rationale, alhamdulillah.
But since i'm already out of school and university, this is a good time to find a partner to settle down with, especially since many of my peers are ending their single lives this year.
Alhamdulillah, a brother came and ask if it is possible for his parents to meet me. It's not an official request for marriage, but it gives me some hope. But then, i still have to face my mother. I was not sure how to address the situation because the topic is considered a close affair in my family. We have never discussed about this openly before, and to be the first one presenting the 'case' was quite nerve-wrecking. My friends advised me to seek help from Allah, so that whatever i'm going to say will be smooth and my mother's heart will soften.
I cannot deny that. Du'a really does wonders. It turned out that my mother started the conversation first and alhamdulillah, she was open to it (especially the part about having a new family member from overseas, insyaAllah)
Now, i'll be waiting (and preparing) for the day to meet his parents. And there'll be a special du'a for that occasion too.. ^^
p/s: and now, i'll pray that my mother will be okay tomorrow morning. it's really not a good start when your mother is not 'befriending' you (especially since you are going far away)
p/p/s: the power of du'a comes from the Divine Lord.. and my du'as were heard because He wills it.. :)
Friday, October 28, 2011
wake-up call
Bismillah
Being a non-perfect human being, you are not free from horrible days. Days when you feel you do not want to top-up your good deeds. Days when you feel you are at your lowest point of life. Days when you feel you are constantly barred from even the simplest ibadah. Allahu hafiz~
But, when you feel all is lost, Allah pulls you gently away from the dark place you are venturing into. Allah gives you a nudge, reminding you that there is He who you need to ask help from.
I missed two weeks of usrah. I gave unsubstantial excuse for both. Because of family.
And now, I am missing two weeks of al-Quran classes. The children's health does not permit them so.
I think it's a wake-up call for me. A tit for a tat.
Saturday, October 8, 2011
aku diperhatikan...
Bismillah
Anak kecil suka diberi perhatian oleh ibu dan ayahnya. Kucing suka diberi perhatian oleh tuannya.
Tiap-tiap hari kita diberi perhatian sebenarnya. Cuma kita yang tak tahu. Atau mungkin tahu, tetapi buat-buat tak tahu.
Allah melihat, mendengar, mengetahui segala sesuatu tentang kita. Allah memberi perhatian terhadap setiap perlakuan, tingkah laku, tutur kata kita sepanjang siang dan malam. Allah siap lagi beri kita bodyguard di sebelah kanan dan kiri kita.
Tapi kita? Dalam 24jam, berapa jam kita peruntukkan untuk memberi sepenuh perhatian hanya kepada Allah? Sejujurnya, dan sedihnya, tidak seberapa, kan?
Begitulah kita... untuk Allah, sikit sekali...
p/s: edited version
Wednesday, September 21, 2011
emosi
Bismillah
Senangnya hati gadis itu rasa tersentuh. Mudah juga mata gadis itu mengalir. Tak kira lah, gembira ke, sedih ke, marah ke, terasa hati ke... emosi gadis itu memang cepat berubah.
Beberapa minggu yang lepas, gadis itu telah mengharungi detik-detik yang amat menyesakkan hati. Fikirannya runsing, jiwanya gundah-gulana. Rasa tak tertahan diri diuji.
Sebenarnya, semakin Allah nak meninggikan darjat seseorang, memang tidak boleh tidak, dia akan diuji. Semakin tinggi darjat yang akan diangkat, semakin hebat ujian yang diberi. Bukan kerana Allah tak sayang...
Hanya apabila dipujuk hatinya dengan janji Allah, diletak tepi masalah yang dihadapi & diberi kata-kata semangat daripada teman-teman di sisi, barulah gadis itu rasa dia dapat bangkit kembali. Perkara ini pasti akan berulang di masa hadapan. Jika dia gagal untuk bangun hari ini, mana mungkin dia akan melihat hari esok.
Ujian pasti akan bertandang lagi & emosi pasti akan kacau nanti. Apapun, yang penting kena lalui dahulu hari ini~
surat cinta daripada Umar Mukhsin
Bismillah
Setelah berbulan-bulan 'dia' berkias, akhirnya hari ini ku terima juga surat cinta'nya'.
Dahulu, surat itu yang ku tunggu-tunggu. Saban hari terfikir-fikir. Walaupun ibu berat menerima pada awalnya, aku selalu memujuk ibu, biar ibu setuju dengan kemahuanku.
Tapi kini hatiku seperti berbelah bagi. Berfikir dua, tiga, seratus kali.
Kenapa berubah?
Mungkin ku terjumpa cinta yang lain.
Tuesday, September 20, 2011
permata ayah ibu
Bismillah
Tak sabar nak jadi seorang ibu. Nak ada anak sendiri untuk dipeluk cium. Menjadi seorang ibu ada kebahagiaannya tersendiri kan.
Masa mengandungkan, melahirkan & membesarkan seorang anak adalah waktu-waktu yang terindah bagi seorang ibu. Rasa penat, sakit, tidak selesa & perubahan hormon yang mendadak semasa membawa kandungan selama 9 bulan tidak dihiraukan. Hanya memikirkan anak di dalam kandungan agar sihat & membesar dengan sempurna. Biarpun akan bertarung nyawa semasa melahirkan anak, ibu tidak peduli. Biar anaknya hidup walau dirinya menjadi korban. Dalam membesarkan anak, ibu akan menghadapi keperitan hidup yang selalu disembunyikan. Biar ibu menangis dalam diam, anak tidak perlu tahu.
Sabtu lalu, aku mendapat peluang menjadi 'ibu' sementara. Melayan kanak-kanak berumur 2 & 7 tahun. Seorang anak yang kepala angin & seorang anak yang suka bertanya. Memang mencabar nak melayan dengan sabar. Nak menjadi ibu bukan sahaja perlu ada sifat kasih sayang kepada anak-anaknya, tetapi kena bijak juga menghadapi kerenah mereka supaya ibu dan anak-anak tidak akan berasa tertekan.
Peranan seorang ibu memang tidak mudah, tetapi apabila seorang ibu berjaya menjalankan peranannya dengan baik & sempurna, ganjarannya sangat manis~
p/s: terima kasih teman kerana berikan peluang ini.. ^_^
ingin kembali lagi...
Bismillah
Benarlah ciptaan Allah sangat agung. Tempat & orang yang bukan kebiasaan kita, bisa menjadi terbiasa dengan izinNya. Walaupun hanya dua bulan tempoh bersama, tapi perpisahan kian terasa. Rindu semakin menggebu. Sehingga terbawa-bawa ke mimpi. Sungguh besar nikmat yang Allah berikan biar hanya sekejap cuma.
Lanzhou, China. Tempat yang seringkali disebut-sebut, walau kadangkala tanpa suara.
Indahnya ukhuwwah Islamiyyah yang kita jalinkan, sehingga perbezaan rupa, bahasa & budaya bukan suatu masalah bagi kita. Biarpun kami hanya bertujuh di bumi asing, namun kami tidak pernah rasa terpinggir. Mulianya hati mereka, menerima kami dengan hati & tangan yang dibuka seluas-luasnya.
Bagaimana untuk ku tak rindu?
bercinta hingga ke syurga~
Bismillah
Dua kali terlihat situasi seperti di atas. Seorang pak cik yang sudah tua sedang menyorong isterinya. Disorong isterinya dengan penuh hati-hati, dengan penuh cermat, agar tidak berlaku sebarang kemalangan ke atas isterinya jika sorongannya tidak betul.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar~
Cinta mereka cinta yang suci. Cinta yang tetap mekar. Walaupun sang isteri sudah pudar cantiknya dan sang suami pula sudah hilang kegagahannya, cinta mereka tetap utuh sehingga ke hujung nyawa.
Inilah bukti kecintaan mereka yang berpaksikan cinta kepadaNya. Bukan hanya kerana nafsu semata, bukan seperti cinta anak-anak remaja sekarang.
Aku juga ingin bercinta dengan bakal suamiku seperti pak cik & isterinya itu. Cinta yang akan membawa kita ke syurgaNya kerana tunggak cinta kita adalah Dia, Allah~
Friday, September 16, 2011
common sense lah!
Bismillah
I remembered reading an article by Ustaz Hasrizal about the lack of common sense in the youth community today. This is so true when I see the happenings around me. My brothers, for example, sometimes just get on my nerves because they do things or ask about something that they should have known by themselves, aka using their common sense.
Then I realised, I too, lack common sense in certain things. I ranted about people not using their common sense, but I forgot to look at a smaller scale, which is at myself.
People tend to look at others' mistakes but easily forgives theirs. Just like a Malay saying goes, "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak" (I hope I do get the underlying meaning correct)
Monday, September 12, 2011
yang terpilih
Bismillah
Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu peluang untuk seseorang bertaubat akan terbuka luas. Jahat, bukan selamanya jahat. Baik, biarlah selamanya baik.
SubhanAllah, sekarang ini, banyak kita lihat orang-orang yang terkenal kembali kepada fitrah, kembali kepada ajaran & amalan Islam yang sebenar. Allah masih menyayangi mereka, Allah masih memilih mereka untuk berada di jalanNya. Untungnya.. terpilih oleh Kekasih Agung~
Biarpun hidayah itu milik Allah, jangan lupa, kita juga mempunyai peranan sebagai khalifah. Mengajak kepada yang ma'ruf, mencegah daripada yang mungkar.
Kita juga mengharap agar menjadi insan yang terpilih olehNya~
"Sins need to be burnt, either with the pain of regret in this world or with the fire of hell in the hereafter" - Ibn ul-Qayyim
Lebih baik bertaubat di dunia yang sementara daripada menghadapi seksaNya seumur hidup kita di sana~
Friday, September 9, 2011
kerana cinta
Bismillah
kerana cinta
semua nampak indah belaka
apa yang ditulis semuanya kita suka
apa yang dibuat semua kita rela
dia berjenaka, kita ketawa
dia marah, kita senyap tanpa bicara
tak kisahlah walau berkali-kali terluka
tak apalah walau terseksa jiwa raga
tapi satu jangan lupa
hidup kita dijaga mata-mata
kiri dan kanan menulis nota
nanti report kat Maha Esa
tak pernah sekali mereka terleka
sekali tersilap langkah kita
bisa terjerumus ke lembah neraka
masa tu say goodbye je la kat syurga
memang tak dapat la rasa nikmatnya
orang lain happy gembira kat sana
kita tanggunglah azab seksaNya
na'uzubillah
dari itu, moh la kita
biarpun kita memang sangat-sangat suka
asyik terkenang-kenang si dia
di dalam tidur & di kala jaga
sama-sama kita menjaga cinta
agar tidak mengundang murkaNya
kerana hidup di dunia sekali cuma
tapi hidup di akhirat kekal selamanya
the grass is always greener on the other side
Bismillah
It was already Maghrib and I was still in front of my laptop. I already heard the call for prayer and was ready to perform my ablution, but since the bathroom was still in use, I decided to stay online for a while. Then came an instant message from a friend, reminding me that it's time for solat. And I gladly thanked him for the reminder.
Sounds normal, right? So, what is the significance of the above story?
Because, if it is a situation where my mother was the one who reminded me, I would not have done the same. Most probably, i'll say: "Ala.. orang tahu la.. tak yah ingatkan".
See the difference?
But why does this difference occur? Why is it that we tend to listen to our peers more than we listen to our dear family members?
It's because we take them for granted. We under-appreciate what they have done for us. We do not take time to consider their good intentions & deeds.
Like my teacher used to tell me, "The grass is always greener on the other side"
Thursday, September 8, 2011
seorang dia..
Bismillah
Bagaimana aku bisa menjadi seorang dia
Tutur katanya bagaikan pujangga
Bibit bicaranya membawa dakwah
Amal perbuatannya mengharap redhaNya
Sesama teman tidak pernah dilupa
Sentiasa memberi nasihat tika alpa
Sentiasa mendoakan kesejahteraan ummah
Sentiasa peka terhadap mereka yang bermasalah
Dirinya tidak pernah berputus asa
Tidak jemu membawa manusia kepada Yang Esa
Tidak pernah mementingkan diri
Hati yang rawan diletak tepi
Perasaan yang gundah diusir pergi
Kerana yakin pada janji Ilahi
Apa lagi yang mahu dicari
Sedangkan syurga sedang menanti
Bagi hambaNya yang berserah diri
Mengabdikan diri kepada Allahu rabbi
Masih jauh lagi perjalananku
Menjadi sebaik dia, temanku
Kerana di hati masih ada cemburu
Ada tompok hitam yang masih berteleku
*pilu*
Tuesday, September 6, 2011
root out
Bismillah
I have this one bad grooming habit but I justify my actions by saying it's for the better. (It does not really)
Apart from my bad habit, there are other grooming habits that are actually good for us like clipping our nails, washing up, brushing our teeth and etc etc..
But why are we doing all this?
Because we want to get rid of all the un-nice things from our bodies. We want to look our best. (read: if we have a bad intention, we want people to be in awe at our looks - that is to boost our ego - which is NOT GOOD!!)
So why not we make it a habit for our ruh as well..
If we want to look our best, be our best, appear the best in our worldly matters, we should do the same for our akhirah affairs.
To have a squeaky clean soul, we have to get rid of all our bad habits, and especially the heart diseases. Just like in the hadith (aw kama qal): "There's a piece of meat in every person. If it is good, then the whole body is good. If it is bad, then the whole body is bad. Verily the piece of meat is the heart"
You cannot be a bad person as well as good. True, there are two sides of a coin (and two sides in a person). BUT, that does not mean that we should welcome the bad side of ours, but take it as this: The bad side of us is present to keep us in line. (contradictory much, I know)
To complement the 'grooming regime', we must also have our 'beauty regime' as well. We rid of all our bad deeds by complementing them with good deeds. For example, we delay in our prayers so try to complement it by reading al-Quran afterwards or do any Sunnah. (reminder for me too!)
I know how simply I put it, but to exercise it is a tough job. But don't be discouraged because nothing is simple in this life. There was once a time we didn't know how to count either (credits: HH)
I'm sure if we have a pure intention & strive for the best in Allah's eyes, things will be much much much more easier.. insyaAllah, amiin~
:)
white lies
Bismillah
Where can we find a truly truthful person in this world who has NEVER EVER tell a lie? Almost impossible, isn't it? But is it okay to tell a lie, albeit a white lie?
I've seen this habit practiced numerous times by people close to me. It makes me wonder, is it so hard to just tell a person the hard truths? Let's see the situations below:
Situation 1:
You don't want to go to out with your friends so you said you have a family gathering that day. You tell her that so you wouldn't make her feel hurt with the truth and so you won't feel guilty because it's normal family comes first before friends.
Situation 2:
You feel tired and wanted to go back home but your friends wouldn't let you go that easily. So you fake a phone call, then telling them it's from your mother and it's an emergency situation you have to attend to.
and many other situations (which I think many of us are too familiar with)
I don't think an occasional lie is okay. And I don't think that a white lie is permissible in situations described above. Not unless your life is at stake.
A 1000 white lies will eventually create a person to be a liar. A liar will be hard to trust. Na'uzubillah.
Just remember this, a lie to an individual is just the same as lying to Allah. Only worse, because you deprive a person from the truth, and if he doesn't redha this, you are in trouble.. May Allah keep us safe~
Amiin..
Monday, September 5, 2011
perawan hati~
Bismillah
Seakan tidak percaya dengan keadaan diri. Kita belum lagi bersua muka, namun dirinya memberi kesan pada jiwa. Tapi tak mustahil saya sedih kan? Sebab kita pasti mahu berada di samping orang-orang yang soleh.
Orang-orang soleh mesti akan cari isteri-isteri yang solehah.
Mencari wanita-wanita yang masih perawan hatinya.
Sedangkan saya sudah berkali-kali 'ternoda'.
astaghfirullah~
hati ini lagi..
Bismillah
Seharusnya pengalaman lalu sudah cukup menjadi pengajaran pada diri. Berkali-kali telah ditegaskan, jaga hati, jaga perasaan, usah terbuai dengan mimpi-mimpi yang belum jadi kenyataan. Tetapi tiap kali ku tewas juga. Hati ini tercalar lagi.
Bukan salah dia, tapi salahku sendiri, yang bermain dengan fantasi.
Sunday, September 4, 2011
my imaam
Bismillah
People might have a wrong perception of my assertiveness in searching for my imaam. I am not looking for him only for myself, but for my family as well.
My mother and sister will have an extra helping hand in the house.
My brothers will have an older brother who they can refer to.
My siblings and I will be able to feel the love of a father figure, at least.
We will get the attention and protection of a man.
My imaam does not only complete half of my deen. My imaam will be the imaam of my family.
Amiin~
Thursday, August 25, 2011
rindu..
Bismillah
Rindu nak panggil ayah..
Da 14 tahun tak panggil ayah..
Tahun nie nak graduate, ayah tiada melihat diri..
Nanti kalau nak nikah, ayah tiada sebagai wali..
Ayah
Hanya doa penghubung ikatan
Moga ayah mendapat maghfirahNya
Hanya muncul dalam kenangan & ingatan
Moga sentiasa segar memori bersama
Hanya rahmatNya menjadi harapan
Moga kita dipertemukan di syurga
:')
Thursday, August 18, 2011
patah tumbuh, hilang berganti.. insyaAllah~
Bismillah
Apabila seorang telah pergi
Allah hadirkan seorang pengganti
Biarpun masih lagi misteri
Masa hadapan yang tidak diketahui
Harap diri tidak akan berhenti
Berdoa pada Ilahi
Agar disatukan dua hati
Dalam akad nan suci
Sama-sama mengejar mimpi
Kekal di dalam syurgawi
Untuk menatap wajah kekasih hakiki
Friday, June 10, 2011
ceritera maksiat
Bismillah
Manusia mana yang tidak membuat kesilapan. Hamba manakah yang tidak pernah bermaksiat. Kita semua pernah dipalit dosa. Cuma yang membezakan antara kita ialah, adakah kita berbangga dengan dosa yang kita lakukan lalu mencanang-canangkannya kepada orang ramai atau kita berusaha untuk bertaubat, meninggalkan maksiat yang pernah kita lakukan dan tidak membuka aib yang Allah telah tutupkan?
Rabbana ighfirlana dzunubana~
Wednesday, June 1, 2011
touch-down
Bismillah
Only with the remembrance of Allah does the heart find peace.
What is the best time to remember Allah, if not when we touch our foreheads to the ground?
That is the time when we leave all of our egos to bow down to the Almighty.
That is when we put away our social status, our position at work, our riches and all things which makes us feel superior to the side, because we realised there is a greater power than us.
When we pray, it is a way for us to communicate with Allah.
But more importantly, it is a way to educate us to be a humble individual, to feel inferior as compared to His greatness, for us to remember that we are mere servants who were created to worship Allah and Him alone.
Because of its importance, it is the foremost ibadah that we have to take care of. There is absolutely no excuse not to perform it.
If you can't do it standing, sit.
If you can't sit, lie down.
If you have trouble moving your hands even while lying down, use your eyes.
If you are unable to move your whole body, use your heart.
Even till the end of your time, you will be sent off with a prayer.
Why can we find time to make our worldly life better but we are stingy with the time we spend with Him? Why can we be focused on our worldly affairs but we have absolutely no time to have a 'touch-down'?
Wallahu a'la wa a'lam..
Tuesday, May 31, 2011
tapi sayang seribu kali sayang
Bismillah
Everytime I fell out of love, I'm always saying "Menyayangi tak bermaksud memiliki" to comfort the aching heart. What more can I do when my feelings are not being shared with the other party? We cannot force love upon others.. it's something that one feels deep in one's heart, due to His rahmah..
But a statement from a friend gets me thinking..
If you love somebody, you would want to be with him..
Just like you say you love Allah, of course, you want Allah to always be with you, by your side..
If you know that you can't have him, then why love in the first place?
True enough..
I spent (read: waste) my time thinking about ways to make him fall for me, but I forgot to spare (read: spend) my thoughts for Him. In the end, he left me.. yet He stays with me.
And another statement is..
We don't own anything in this world..
That is a fact.
Everything in this world.. me, you, the land, the seas, the mountains, the stars, the moon && so on are all His. The ni'mah we enjoy are all His. We are His. And to Him we shall return..
So.. with these two enlightening statements, I don't feel i'm out of love..
Rather, I feel i'm loved~
Wallahu a'la wa a'lam..
Monday, May 9, 2011
materialistic much?
Bismillah
I've just finished cleaning up my room. Oh, two months away and my room has become such a mess. There are just so many things, i wonder where did i get all of these?
I've always said i wanted a simple life.. being a girl who does not put much care on fashion and stuffs, but i realised just now, i am not that. A simple girl won't have too many clothes until she has to hang them out of the cupboard. A simple girl won't have more bags than she could carry. So simply put, i'm not simple.. but maybe, i'm being materialistic.
Ah~
Islam teaches people to be moderate, but i'm not following that.
So, i decided to put away my attitude of 'sayangnya nak bagi orang..' and give away some of my things to those who might need it more than i do..
Afterall, i'm not bringing those things together with me when i die.. and they won't help me in any way.. at the very least, if i give them away to gain His redha, it will help me in the hereafter, insyaAllah..
Oh Allah.. help me to be sincere.. only for You~~

i'll choose Him
Bismillah
Considering that my heart still feels uneasy, i decided to discuss affairs of my heart with two of my friends. One gave a positive feedback.. the other gave a warning (so that i won't be hurt by my own feelings)
Oh why do humans regard what others say most of the time?
Does this fit me?
Do I look okay?
Which is better for me, do you think?
Tell me your opinion, please...
and the list goes on..
Why do we care more about what others think rather than what He thinks of us?
In any case, i'll take what each of them says like a pinch of salt..
and i'll put my trust upon Him..

Sunday, May 8, 2011
my Mr. Right?
Bismillah
Bercakap, menulis, berbincang tentang topik jodoh, pernikahan, perkahwinan tak akan pernah habisnya selagimana aku tidak lagi berumahtangga, or so i presume. Tambahan lagi pula, di mana-mana sahaja di internet, terlalu mudah untuk mendapatkan artikel-artikel berkenaan dengan topik ini. Semua orang juga berbincang, sebagaimana aku.
Kalau rasa susah nak elak daripada membaca artikel-artikel tersebut, susah lagi ku rasa nak menepis perasaan ini... apatah lagi, di alam realiti, kita berkawan, di alam maya pun kita berkawan.. bila berjumpa, mata bertentang mata.. bila berpisah, asyik terkenang-kenang pula..
Seringkali ku cuba mengingatkan diri sendiri,
Tunggu..
Jangan ikut nafsu..
Dia kan sudah berjanji..
Ada yang pasti..
Tidak perlu ragu..
Tidak perlu terburu-buru..
Menantikan suatu hari..
Si dia membawamu pergi..
Kadang kala, kata-kata seperti ini berkesan.. kadang-kadang pula, aku buat tak heran.. *geleng-geleng kepala*
Tapi, walau ada masanya ku lebih turutkan perasaan, ku ingin jadikan satu ayat ini sebagai motivasi..
*Mr. Right masih dalam genggamanNya*

Saturday, May 7, 2011
sparks-y
Bismillah
Alhamdulillah, thank you Allah for easing my path all this while.. for giving me the strength to go on in times of despair.. for making it easy for me to understand.. and for opening up many opportunities for me to go far, insyaAllah..
Since my university wanted to be a leader in research and innovation, postgraduate studies are being highly promoted. All these have motivated me more to continue my studies after my bachelor's degree. However, i still have some reservations..
I've seen how my mother gone through ups and downs all these years, trying to make ends meet, to support four schooling children. My mother has been looking forward to our graduation, because that's when she will be able to rest, the time to stop working extra hard, the time to focus on THE end.. It is also be the time for us to pay back all her hard work (since she was widowed) - which we will never be able to ever..
This makes me hesitate a bit to go on with my dreams. I want to continue my studies, but i know i cannot be selfish.
But i have discussed with my mother the options, and alhamdulillah, she was open to the ideas. I hope that i'll be granted the chance to realise my dreams. Now, i put my trust upon Him, because He plans the best for me as He knows what's best for me.

Tuesday, May 3, 2011
lasykar pelangi
Bismillah
-7 individu yang berbeza, tapi apabila diletakkan di tempat yang sama, 7 individu ini menjadi satu-
China merupakan platform kepada kami untuk lebih saling mengenali. Banyak yang kami pelajari tentang diri satu sama lain. Oh, macam ini rupanya aku.. ah, begini rupanya dia..
Adakala kita sama-sama suka tertawa...
Tak kurang juga masa kita bermasam muka..
Namun di sebaliknya,
Kita matang bersama..
Kita kuat bersama..
Kita perlu sesama..
Ku harap, hubungan yang terjalin di China kekal sekembalinya kita ke Malaysia.. :)

Monday, May 2, 2011
kembali tersimpul
Bismillah
Alhamdulillah.. kembaraku di China selama dua bulan telah berakhir.. kini ku kembali ke Malaysia, kembali kepada kehidupan seperti sebelumnya..
Dua bulan yang sangat indah, dua bulan terlakar mimpi indah..
Yang dulunya terlerai, kembali tersimpul.. ku harap kali ini, biar simpulannya kemas rapi..
:)
Sunday, April 10, 2011
mencintai & menyayangi.. (Nya/nya)
Bismillah
Terasa bunga-bunga cinta kembali mekar, setelah sekian lama terbiar layu. Apatah lagi kata-kata daripada seorang teman memberiku sedikit keyakinan. Bukan tidak teringat, bukan tidak tahu.. tapi kadangkala perasaan meraja, meninggalkan waras yang ada.
Cinta & sayang.. tanpa keduanya, manusia menjadi kurang sempurna. Kuasa cinta kuasa luarbiasa, yang bisa menjadikan manusia membuat sesuatu di luar jangkaannya, yang boleh menjadikan yang tidak kepada ya.
Namun, manusia juga seringkali leka dengan cinta. Pabila dibius cinta & sayang, manusia umpama hilang arah. Lupa diri. Inilah cinta yang tidak bermatlamatkanNya.
Dialah yang menjadikan rasa cinta. Dialah yang menjadikan rasa sayang. Tapi manusia melupakanNya apabila manusia terjumpa cinta & sayangnya.
Ah~ manusia yang lupa daratan. Lupa kepada pemberi cinta & sayang.
Tegakah aku menjadi manusia itu?
Friday, April 8, 2011
naughty & nice
Bismillah
Berperang dengan emosi di sini.
Takdir kita seakan-akan bertemu.
Di mana ada aku, di situ juga dia.
Semakin ingin ku tepisnya,
semakin dia mendekat.
Ah~
Wednesday, March 23, 2011
zhong guo~
Bismillah
Alhamdulillah.. barulah timbul semangat untuk menceritakan pengalaman di China, kerana hari ini, aku tidak lagi berada di tempat yang membuat hati berasa tidak selesa. Alhamdulillah, doa kami diperkenankan. 2 minggu yang berlalu adalah ujian daripadaNya, ujian yang meningkatkan darjat keimanan kami kepadaNya, insyaAllah~
Memang tidak dijangka, kami akan ditempatkan dalam bidang yang berlainan daripada pengkhususan kami. Dari Malaysia lagi, ku terbayang kita akan ditempatkan di dalam syarikat antarabangsa.. sangkaanku meleset.. masalah komunikasi menjadi halangan bagi kami untuk ditempatkan di bahagian pengurusan.
Mula-mulanya, aku ditempatkan di sebuah restoran. Restoran muslim, mempunyai tanda halal.. tetapi satu perkara yang membuat hatiku gelisah... restoran itu menjual arak. Aku rasa aku masih mempunyai pilihan lain selain daripada bekerja di restoran tersebut. Masih lagi ada jalan untuk mengelakkan diri daripada belenggu arak ini. Alhamdulillah, Allah perkenankan doaku & teman-teman, kerana selepas dua minggu, kita diberi tempat di sekolah pula..
Kali ini pula, ku mendapat cabaran.. bolehkah aku bertutur & mengajar bahasa Arab? Sudah lama aku tidak bercakap dalam bahasa Arab secara konsisten.. risau juga la, takut tersilap ajar.. tapi ku sahut cabaran itu, kerana aku mahu memperbaiki & meningkatkan kefasihanku dalam bahasa al-Quran ini..
Walau apa pun yang terjadi di China, ku mengambil iktibar & pengajaran dan belajar mencari hikmah di sebalik setiap suatu kejadian..

Monday, March 14, 2011
twice shy
Bismillah
An update on recent events would be more appropriate right now, but somehow, I feel the need to let out my steam a bit before updating on my current life in China.
There's no more him in my life..
No more looking at his profile or wall on facebook..
No more talking about him..
Just no more..
Now, it's about Him..
Now it's the time to read His words..
Now it's the time to call out to Him..
Now it's the time to be closer to Him..
Because He is eternal..
and he is nothing to be compared to Him
Because He is al-Khaliq.. and he is only makhluq..
Loving Allah, will make me love others, and others loving me too.. it's the kind of love that is never-ending, it's the kind of love that stays~
Wallahu 'ala wa 'alam..
Tuesday, February 8, 2011
asyik~
Bismillah
Menyesal dahulu berpendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
Betapa aku menyesal perbuatanku dahulu. Tidak tahu erti nikmat beribadah, tidak tahu mensyukuri kurniaan Allah.. aku sombong, aku bongkak..

Tapi semakinku mendalami ilmu tentang Islam, setelah aku berada di kalangan hamba-hambaNya yang soleh, aku semakin terasa betapa dalamnya kasih sayang Allah.. betapa banyak dosa yang telah kulakukan, Allah masih lagi memberiku peluang demi peluang untuk aku memperbaiki diriku. Allah... lalu, pantaskah bagiku untuk bermaksiat lagi terhadapNya?
Aku tahu aku lemah.. bisikan syaitan itu kadang-kadang lebih ku dengari daripada peringatan Allah.. tapi itu bukan alasan untukku kekal berada dalam lowest point in my life..
Ingin ku capai rasa asyiknya ibadah, insyaAllah~
Wallahu a'la wa a'lam..
Monday, January 17, 2011
:(
Bismillah
Aku cuba untuk tidak bersedih, Tapi masakan tidak.. kata-katanya tajam menikam, walaupun tidak dinyatakan untuk ditujukan kepada sesiapa..
Aku mahu jadi luarbiasa.. luarbiasa amalannya, luarbiasa imannya, luarbiasa akhlaknya..
luar daripada kebiasaan orang-orang yang tidak memahami dan menghayati Islam.. salahkah?
Tuduhan sebegitu sekali kah yang patut dilemparkan kepada seseorang yang mahu menjadi yang luarbiasa, bukan yang biasa, seperti aku?
Apakah aku tiada maruah dan nilai?
Allah. Allah. Allah.
Biarlah..
Biarlah..
Allah lebih mengetahui.. Pandangan Allah itu lebih penting..
Memang aku manusia yang tidak terlepas dari dosa.. banyak cacat dan cela.. untuk menjadi hambaNya yang luarbiasa mungkin akan mengambil seluruh nyawaku, tapi ku cuba untuk tidak mengalah..
Biarlah manusia nak kata apa..

Wednesday, January 12, 2011
bintang hatiku
Bismillah
Berapa kali sudah ku menafikannya, tapi ia tetap hadir.. kerana aku tidak dapat menemui titik persamaan antara kita.. kini, seperti jurang perbezaan itu semakin membesar.. sedihkah? terkilankah? entah, aku sendiri tidak pasti apa definisi perasaan ku dengan situasi sekarang..
Dia.. yang membuatku tidak faham akan diri sendiri..

Dia,
Adalah sebuah bintang
Yang mengerlip indah di kejauhan
Cantik dipandang, tapi tak bisa kugapai
Dan aku,
Menatapnya dalam kerinduan
Hanya mampu mengungkap madah
Namun luahanku tiada kedengaran
Dia,
Bersama-sama teman bintangnya
Berkelipan di langit malam yang indah
Dan aku,
Hanya seorang manusia
Terjelopok sendirian di tanah
Adalah sebuah bintang
Yang mengerlip indah di kejauhan
Cantik dipandang, tapi tak bisa kugapai
Dan aku,
Menatapnya dalam kerinduan
Hanya mampu mengungkap madah
Namun luahanku tiada kedengaran
Dia,
Bersama-sama teman bintangnya
Berkelipan di langit malam yang indah
Dan aku,
Hanya seorang manusia
Terjelopok sendirian di tanah
Wallahu a'la wa a'lam..
Subscribe to:
Posts (Atom)