pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, March 28, 2012

memaknakan kehidupan

Bismillah

Alhamdulillah, Allah masih memberiku nikmat berfikir dan bermuhasabah diri lagi hari ini. :)

Pagi tadi, aku diuji dua kali semasa hendak pergi ke tempat kerja.

Pertama, mesin tiket di stesen Angkasapuri yang rosak. Masuk duit syiling berkali-kali, mesin tetap tak nak terima. Nak tanya petugasnya, dia rehat pula. Akhirnya aku buat keputusan untuk  membeli tiket ke stesen sebelum stesen yang hendak kutuju. Nanti aku akan bayar baki 10 sen pada petugas di sana.

Yang kedua, keretapi yang aku selalu naik lewat pula. Tertangguh dua kali. Masaku sudah terganggu.

Pada mulanya, memang rasa ralat. Kenapalah jadi macam ni kan?

Mungkin, ada sesuatu yang telah kubuat dan Allah tak suka, lalu Dia datangkan ujian kepadaku. (Semoga ujian menjadi kaffarah bagi dosa-dosa hamba ini.. Amiin~)


Dan mungkin juga Allah nak tunjukkan kepadaku suatu pengajaran.

Di dalam keretapi tersebut, aku terlihat seorang wanita. Keadaannya seakan-akan tidak terurus. Tangannya ligat bermain permainan Nintendo. Dia langsung tidak mempedulikan suasana dan orang lain di sekelilingnya.

Aku membuat andaian sendiri:

Kasihan dia. Berinteraksi dengan permainan yang tidak bernyawa kerana mungkin dia tidak mempunyai kawan.

Kasihan.

Teman, kawan, sahabat... mereka adalah salah satu faktor kehidupan kita jadi bermakna. Tanpa mereka, kehidupan kita akan menjadi sedikit pincang.

Dia pula bukan seorang Muslim. Lalu, tanpa Allah tempat bergantung, apakah makna kehidupannya di dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak?

Dan dia buat ku bertanya pada diri sendiri.

Aku, yang punya ramai teman, yang punya keluarga dan yang terpenting punya Allah, lalu apakah yang ku lakukan untuk memaknakan hidupku di sini dan di alam sana?

Monday, March 26, 2012

drama queen

Bismillah

Baiklah, saya mengaku... Saya memang seorang 'drama queen'. Saya suka berangan-angan, seakan-akan berlakon di dalam sebuah drama. Sebab saya tahu ia takkan terjadi dalam kehidupan sebenar, sebab tulah saya berangan. Heh!

Drama latest saya ialah bertemu dengan Kwon Jiyoung (okay, saya sedang mabuk cinta dengan dia)

[Situasinya di Singapura. Dia sedang membuat konsert. Saya seorang diri sahaja ketika itu. Dan merupakan the only hijabi di kawasan tersebut. Semasa dia sedang turun dari pentas, dia terpandang saya. Lalu dia menyuruh bodyguardnya memanggil saya untuk berjumpa dengannya di biliknya. Saya menolak dan berkata saya hanya boleh berjumpa dengannya di luar. Maka terjadilah perbualan berikut:]

Saya: "Maaf terpaksa jumpa di luar. Saya rasa tak selesa berduaan di dalam bilik"

Dia: "Kenapa ya?"

Saya: "Dalam agama saya, perempuan dan lelaki tidak boleh berada di dalam bilik berdua-duaan. Ada batas-batas antara lelaki dan perempuan"

Dia: "Oh. Saya perasan awak sorang2 je yang bertudung di sini"

Saya: (Rasa tidak selesa) "Hmm.. sebenarnya saya tidak sepatutnya berada di tempat sebegini."

Dia: "Kenapa?"

Saya: "Tempat nie penuh dengan maksiat. Lelaki dan perempuan bebas bergaul. Ada lagu-lagu yang lagha. Aksi-aksi yang kurang sopan... Agama saya melarang perbuatan sebegini."

Dia: "Tapi kenapa awak di sini?"

Saya: "Hmm.. saya.. macam... dah.. langgar.. apa yang agama saya perintahkan..." (dengan nada kesal)

OKAY CUT

Ayat terakhir tu menusuk kalbu.

Allah. Allah. Allah

Kalau saya tak physical kan dosa yang mungkin saya buat dalam bentuk perkataan, pasti saya akan melakukan dosa tu kan. Astaghfirullah... T_T

Kita mudah lakukan apa sahaja menurut kehendak hati kita, sampai kita lupa (dan selalunya mengabaikan) bisikan-bisikan iman.

Kadang-kadang, kita perlu bertegas dengan diri, bertegas dengan nafsu kita, baru akan tersingkap dosa-dosa yang kita nak selindungkan.


Sunday, March 25, 2012

hebatnya superhero itu

Bismillah

Kadang-kadang tu, ada sahaja persoalan yang pelik-pelik berlegar di minda. Sebenarnya persoalan ini dah lama terpikir, sejak zaman kecik-kecik dulu lagi... (ecece.. ;p)

Dulu superheroes tu cuma ada dekat Amerika dengan Jepun je. Tapi lani dekat Malaysia pun dah ada dah. :D

Tapi kan... sesuper hero mana pun mereka, perasan tak, villains tu cuma ada dekat-dekat dengan tempat mereka? Tak pernah pula villains dekat Afrika, Ultraman daripada Jepun yang datang melawan. Tak pernah kan, tak pernah kan?

Manusia sentiasa nak menunjukkan kehebatan mereka dengan mencipta watak-watak yang mempunyai kuasa luar biasa. Tapi superhero yang dibangga-banggakan tu masih tak boleh nak travel ke tempat lain. Kalau hero US, boleh lawan dengan villains dari US je. Kalau hero daripada Jepun, lawan villains hat Jepun jelah.

Hakikatnya, tak akan ada mana-mana makhluk yang boleh tandingi kuasa super Allah.

Kadang-kadang kita dah selalu sangat disogokkan dengan watak-watak hebat ciptaan manusia, kita lupa bahawa yang mencipta manusia itu lebih-lebih lagi Maha Hebat.

Friday, March 23, 2012

hamba yang sombong

Bismillah

Tadi pagi aku naik keretapi yang sama dengan beberapa orang 'tomboy'. Tiba-tiba macam-macam persoalan yang pelik-pelik terbit di minda.

Yang pertama, mereka masuk ke dalam 'ladies coach' iaitu suatu gerabak yang dikhususkan untuk para wanita. Tomboy kan tak nak mengaku perempuan, tapi dekat sini, pilih juga gerabak nie.

Persoalan kedua, adakah mereka solat? *persoalan ini hanya mereka je yang boleh jawab*

Aku kasihankan mereka sebenarnya. Dulu-dulu, aku juga pernah mempunyai kecenderungan untuk berkelakuan seperti lelaki. Rambut yang dipotong pendek. Merah jambu adalah warna yang paling tidak digemari. Mungkin aku terpengaruh dengan adik-adik lelakiku. Tapi alhamdulillah, kecenderungan itu dapat dibendung dan aku terselamat dari gejala sedemikian.

Sebenarnya nak cerita perkara lain, tapi mukaddimah terpanjang pula.. -.-

Mudah sangat kita ambil ringan tentang solat, kan? Alasannya nanti;  Iman tak mantap lagi lah,  Aku nie bukan seorang hamba yang sempurna lah dan etc etc.

Kalau tak solat, macam sombong lah kita nie. Sudahlah macam-macam yang Allah dah bagi, foc pula, tapi nak menyombong juga kita nie. Bukannya lama solat tu. Kalau dah rasa kelazatan solat, lagi-lagi lah tak akan rasa lama pun.

Aku juga baru discover manfaat solat beberapa tahun yang lalu dan masih lagi dalam proses nak menjadi hambaNya yang merasakan kelazatan solat tu. (doakan~~) Kalau dulu, rasa solat tu macam suatu bebanan. Rasa nak skip je bila ada kesempatan. Astaghfirullah.. T_T (now i'm paying the price T_T)

Tapi ada juga golongan yang solat tapi masih juga menyombong diri. (nie based on my own opinion je)

Iaitu mereka yang malas nak membaca al-Quran dan berdoa. :((

Malas nak baca al-Quran padahal macam-macam nasihat & pengajaran telah Allah sebutkan di dalamnya. Sombong nak baca ayat-ayat Allah.

Malas nak berdoa sedangkan doa itu senjata mukmin. Sombong tak nak minta pada Allah sebab tak ingat diri itu hamba yang tiada apa-apa tanpa Allah.

:((

Kalau jadi hamba yang sombong nie, nak ke Allah pandang kita?

Tapi kalau Allah pun tak nak pandang kita, apa lagi nilai kita di dunia nie, apatah lagi di akhirat kelak?

:((

*sedang go through banyak self-reflection*

Thursday, March 22, 2012

aku doakan dia

Bismillah

Rasa macam dah lama tak minat sangat10x dekat mana-mana penyanyi (HH dikecualikan ye) tapi baru-baru nie aku telah 'jatuh hati' dengan seseorang. Dan aku harap moga-moga terbuka hatinya untuk Islam.

Walaupun penampilannya nampak kasar, tapi daripada pemerhatian (orang lain lah), dia sebenarnya seorang yang sangat baik. Seorang ketua yang sangat mengambil berat akan ahlinya yang lain. Bukan seorang yang mementingkan diri sendiri. Seorang yang berwawasan...

Astaghfirullah... segala puji hanya bagi Allah

(dah terlebih memuji pula..)

Bukannya apa. Aku fikir alangkah baiknya jika mereka yang berkeperibadian seperti ini berada dalam barisan hamba-hamba Allah yang memperjuangkan Islam.

Aku doakan dia :)

p/s: jatuh hati kali nie sangat parah.. huk3..

Sunday, March 4, 2012

born with silver spoons

Bismillah

To be born a Muslim is indeed a blessing. But this blessing does not mean that it does not need to be nurtured. Many times we see that reverts are better Muslims than those born Muslims. It is not an encouraging fact, but the truth always hurt.

Little do we appreciate the BIGGEST gift we ever received.

Have you ever wonder that if we were not among the chosen ones to be Muslims, we might still be in the dark. And woe be to us if we do not get the light of Islam.

Just remember that the 'silver spoons' we have might not be with us till life departs us, if we do not take action to keep it safe.

Allahu hafiz~

relakan dia pergi

Bismillah

Bila kita tidak mendapat sesuatu yang kita suka atau tidak dapat bersama dengan seseorang yang kita sayang, pasti kita akan asyik terbayang-bayangkannya. Susah untuk kita melupakannya. Kita tidak ingat bahawa kadangkala Allah menghalang kita daripadanya kerana Allah akan menggantikannya dengan sesuatu atau seseorang yang lebih baik bagi kita.

Begitulah aku.

Kerana terlampau sayang, aku sampai tidak nampak bahawa terdapat lebih ramai lagi ikhwan yang baik-baik di luar sana. Aku jadi buta. Dan aku langsung tidak memberi peluang untuk merawat diri, bahkan terus bergelumang dalam kesedihan.

Itulah kita.

Apabila sebuah pintu telah tertutup, kita lupa untuk menghalakan pandangan kita ke arah pintu lain yang terbuka.

Thursday, March 1, 2012

life is a matter of choices

Bismillah

These are the words that my former teacher used to repeat in class. I was not sure of what choices I had to make in life except where to go to after my 'O' levels. (That was back then)

The words came back to me now that i'm a legal working adult. Every decision I have to make is presented with a palate of choices. I have to consider very carefully before I make the choice. It's hard, but it is a process of adulthood that everyone has to go through.

And with adulthood also comes the responsibility of planning your own course of life. You just can't depend on your parents to make plans for you, to decide on your behalf. You can ask for their insight, but at the end, it's just you yourself.

And this is me, standing at a junction on the path of life. Hmm...

sentuhan kasih sayang

Bismillah


Nak cerita tentang perkara nie, aku bukanlah orang yang terbaik. Nak kata ada anak, tak nikah lagi. Anak buah pun tak ada. Paling-paling pun aku adalah anak tekak, anak mata, anak lutut (eh, lutut ada anak ke?)


Tapi seperti biasa, aku suka memerhati manusia. Aku suka perhatikan kanak-kanak. Dan aku suka perhatikan cara ibu dan ayah di luar sana melayan anak-anak mereka. Sambil-sambil tu, aku dapat juga tips-tips nak mengayat kanak-kanak.


Yang paling ketara yang ku nampak, bila anak-anak dilayan dengan kasih sayang, susah nak nampak mereka berkelakuan nakal atau throw tantrums. (menurut google translate, ia adalah luapan kemarahan) Bukan bermaksud bila ada kanak-kanak yang berbuat demikian, ibu ayahnya tidak melayan mereka dengan kasih sayang. It's not a generalisation. Tapi kebanyakan kanak-kanak akan mudah mendengar kata bila kita berlembut dengan mereka.


Kita kena panggil anak-anak nie dengan panggilan 'sayang', insyaAllah cairlah dia.


Nak kejut bangun solat Subuh ke, pergi sekolah ke, pun kena elok-elok panggil dia. Kalau sedari kecil asyik kena 'oi, oi, bangunlah' atau asyik kena jerit saja, sampai ke besar nanti susah nak kejutkan dia. (melalui pengalaman di rumah sendiri nie)


Kalau orang dewasa pun suka bila ditegur secara lembut, kanak-kanak apatah lagi kan? :)