Bismillah
Aku cuba untuk tidak bersedih, Tapi masakan tidak.. kata-katanya tajam menikam, walaupun tidak dinyatakan untuk ditujukan kepada sesiapa..
Aku mahu jadi luarbiasa.. luarbiasa amalannya, luarbiasa imannya, luarbiasa akhlaknya..
luar daripada kebiasaan orang-orang yang tidak memahami dan menghayati Islam.. salahkah?
Tuduhan sebegitu sekali kah yang patut dilemparkan kepada seseorang yang mahu menjadi yang luarbiasa, bukan yang biasa, seperti aku?
Apakah aku tiada maruah dan nilai?
Allah. Allah. Allah.
Biarlah..
Biarlah..
Allah lebih mengetahui.. Pandangan Allah itu lebih penting..
Memang aku manusia yang tidak terlepas dari dosa.. banyak cacat dan cela.. untuk menjadi hambaNya yang luarbiasa mungkin akan mengambil seluruh nyawaku, tapi ku cuba untuk tidak mengalah..
Biarlah manusia nak kata apa..
Wallahu a'la wa a'lam..
No comments:
Post a Comment