pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, September 30, 2009

bertemu, berbicara dengan kekasih

Bismillah

Tercetus idea untuk post kali ini dari blog seorang teman. MasyaAllah, rasa terpukul dengan kata-kata yang ditulis. Sebab selalu terbuat. Kadang-kadang rasa macam sengaja buat. Astaghfirullah...

Waktu liqa' kelmarin, akak naqibah ada menyebut tentang penampilan seseorang semasa berjumpa dengan kekasih hati. Pakaian mesti nak lawa, mesti nak wangi-wangi... Sedangkan bila bertemu kekasih, penampilan amat dijaga, apatah lagi solat. Itulah analogi yang akak naqibah berikan tentang solat.

Solat itu adalah suatu masa di mana kita berjumpa dengan sang kekasih sejati kita. Kalau dengan kekasih hati yang entah mungkin entah tidak akan menjadi pasangan kita yang sah kelak kita sanggup mencantik-cantikkan diri, kenapa kita tidak buat yang sama apabila kita hendak bertemu dengan Allah di dalam solat kita?

Kadang-kadang diri sendiri nie pun macam tak berape nak jaga penampilan masa solat. Wudhu' ambil dalam keadaan kelam-kabut. Nak jumpa kekasih, tapi tak sempurna...

Satu lagi keadaan yang seringkali kita lupa nak jaga ialah apabila membaca al-Quran. Kalau ada call, akan angkat. Kalau ada sms, akan jawab mesej. Kalau ada yang menegur, akan berhenti untuk berbual sebentar. Lihat situasi ini:

Apabila sang isteri berbual, sang suami sibuk melayan kerja. Isteri pun akan mula merajuk, dan sang suami yang menyayangi isterinya akan segera memujuk. Kerana sayang pada isterinya, suami akan memberi tumpuan kepada isterinya dan mengalihkan perhatiannya daripada kerja yang sedang dilakukan.

Adakah kita akan sama semasa kita membaca al-Quran? Itulah salah satu waktu kita berbicara dengan kekasih. Apakah kita akan melakukan yang sama kepada Allah, dengan tidak memberi perhatian dan membaca sambil lewa ataupun kita akan sedar bahawa kita sedang berkomunikasi dengan Allah, rabbul 'alamiin?

Ya Allah
Nasihat-nasihat begini yang harus selalu diingatkan kepada diri ini
Aku kadangkala lupa, alpa...

Tidak layak bagi aku untuk memanggilMu sebagai kekasih sedangkan kurang usahaku ke arahMu..namun jangan sekali-kali Kau tinggalkan aku, jangan Kau biarkan aku terkapai-kapai dalam kealpaan. Sesungguhnya, hambaMu ini amat dhaif...

Semoga Allah pelihara iman kita semua, insyaAllah.. Amiin..

Wallahu 'ala wa 'alam...

Wednesday, September 23, 2009

Salam Perpisahan

Bismillah

Semakin dekat waktu untuk kita berpisah. Pejam celik, pejam celik, sudah hampir tiga tahun kita hidup bersama di perantauan. Jika sebelum ini, kita seperti orang asing, kurang mengenali satu sama lain, namun masa yang kita habiskan bersama telah merapatkan jurang yang ada antara kita. Hubungan yang sebelum ini tiada, terjalin.. hubungan yang renggang, dieratkan.

Semakin lama, semakin tak keruan hati dan perasaan, bagaimanakah aku tanpa mereka?

Memang perpisahan itu pasti. Kita baru sahaja melambai tangan setelah Ramadhan melabuhkan tirainya, sedangkan diri ini masih belum cukup merasai nikmatnya. Belum puas lagi mengecapi keindahannya.

Serasa diri ini akan menempuh saat perpisahan yang banyak tidak lama lagi. Adakah diri ini mampu bertahan?

Ya Allah
Jadikanlah pertemuan kami pertemuan yang Kau berkati
dan perpisahan kami perpisahan yang Kau rahmati

Berikanlah kami kesempatan untuk bertemu lagi setelah berpisah
Andai bukan di dunia ini, maka di akhirat kelak.. insyaAllah

Wallahu 'ala wa 'alam