pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, March 23, 2011

zhong guo~

Bismillah

Alhamdulillah.. barulah timbul semangat untuk menceritakan pengalaman di China, kerana hari ini, aku tidak lagi berada di tempat yang membuat hati berasa tidak selesa. Alhamdulillah, doa kami diperkenankan. 2 minggu yang berlalu adalah ujian daripadaNya, ujian yang meningkatkan darjat keimanan kami kepadaNya, insyaAllah~

Memang tidak dijangka, kami akan ditempatkan dalam bidang yang berlainan daripada pengkhususan kami. Dari Malaysia lagi, ku terbayang kita akan ditempatkan di dalam syarikat antarabangsa.. sangkaanku meleset.. masalah komunikasi menjadi halangan bagi kami untuk ditempatkan di bahagian pengurusan.

Mula-mulanya, aku ditempatkan di sebuah restoran. Restoran muslim, mempunyai tanda halal.. tetapi satu perkara yang membuat hatiku gelisah... restoran itu menjual arak. Aku rasa aku masih mempunyai pilihan lain selain daripada bekerja di restoran tersebut. Masih lagi ada jalan untuk mengelakkan diri daripada belenggu arak ini. Alhamdulillah, Allah perkenankan doaku & teman-teman, kerana selepas dua minggu, kita diberi tempat di sekolah pula..

Kali ini pula, ku mendapat cabaran.. bolehkah aku bertutur & mengajar bahasa Arab? Sudah lama aku tidak bercakap dalam bahasa Arab secara konsisten.. risau juga la, takut tersilap ajar.. tapi ku sahut cabaran itu, kerana aku mahu memperbaiki & meningkatkan kefasihanku dalam bahasa al-Quran ini..

Walau apa pun yang terjadi di China, ku mengambil iktibar & pengajaran dan belajar mencari hikmah di sebalik setiap suatu kejadian..

No comments: