pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, January 25, 2012

sesabar Ayyub a.s

Bismillah

Bila ditanya nabi manakah yang hendak ku contohi, ku pilih Nabi Ayyub a.s. Kerana aku kagum dengan kesabarannya. Ujian yang menimpa diri baginda bukannya calang-calang ujian. Bertubi-tubi. Sehingga akhirnya baginda ditinggalkan sendirian. Jika mengikut lumrah perasaan manusia biasa, mungkin 'tidak ada apa sebab lagi untuk meneruskan kehidupan' yang akan bersarang di benaknya. Namun, kerana Ayyub a.s bukan seorang manusia biasa, baginda tidak pernah merungut & mengeluh, hatta ketika dia tiada siapa lagi di sisi.

Apa sangatlah ujian yang Allah berikan kepadaku berbanding dengan nabiNya Ayyub a.s.?

T_T

Thursday, January 19, 2012

halal vs haram

Bismillah

Kadang-kadang rasa menyesal pula sebab tak berterus-terang awal-awal lagi. Rasa menyesal sebab tak couple dulu dengan dia. Rasa menyesal sebab sekarang kita seolah-olah sudah terputus, walhal belum ada apa-apa ikatan pun antara kita.

Rasa menyesal bertambah sikit bila tengok kawan-kawan yang dulu couple2 dah selamat pun berumahtangga. Ada yang dah mengandung pun. Bahagia je tengok mereka.

Kadang-kadang tu rasa sebab dulu tak nak couple2 la sekarang dah melepas.

Astaghfirullah~

Apalah pentingnya cinta manusia jika Allah tak mencintai diri?

Apalah pentingnya cantik pada pandangan manusia jika hina di pandangan Allah?

Huhu~

Dan tiba-tiba, Allah datangkan comforting words dalam bentuk video nie:

kahwin vs couple

Okay diya... jangan menyesal lagi sebab tak couple. Kan Allah tak suka. Macam mana nak bahagia kalau semuanya pun haram bila bercouple, kan?

*pujuk hati*

Monday, January 16, 2012

puzzle pieces

Bismillah

Mengutip sisa-sisa kehidupan dengannya yang tertinggal. Untuk dijadikan memori di hari tua.

my mum~

Bismillah

A few nights ago, my mum had a bad bout of head-spinning (mabuk) while we went out eating. We even have to take away the food we ordered and postponed our plan to go grocery shopping.

Alhamdulillah, the eating place was quite near to my house so we just walked back home. But the journey took more time than usual because my mother has to stop every few minutes when she felt drowsy. My brother and I have to support her all the way in case she fell down.

I did all that without (much) complaint. But that was just one incident.

And that strikes a chord in me.

Would I be ever so patient to take care of my mother like she took care of me when I was a baby, a toddler, a small child? Would I be able to do things for her without complaining?

cinta buat aku buta

Bismillah

Memang aku buta. Buta sehingga tak dapat nak bezakan cinta, suka, sayang & yang sewaktu dengannya.

Cinta buat aku buta akan kesilapannya.
Cinta buat aku buta akan kelemahannya.
Cinta buat aku buta & menerima semua kekurangannya.
Cinta buat aku buta walau berkali-kali aku terluka kerananya.

Masih lagi buta jika aku masih mahukannya.

:(

Tuesday, January 3, 2012

daddy

Bismillah

Loss of a father seems to be affecting me more and more nowadays. He left us when I was still at a tender age of 10. Now, at 24, I miss him so much~

There were so many things that I did not have the opportunity to do with him. And sadly, many of our memories together are slipping away from me from time to time.

:(

Monday, January 2, 2012

'aku bukan tomboy'

Bismillah

Kadangkala bila dihadapkan dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar, jadi tak tahu bagaimana nak tackle. Tapi kalau tak bantu dia, risau pula lain jadinya.

Masa kecil-kecil dahulu, pernah juga terdetik dalam hati saya nak menjadi tomboy. Tak suka rambut panjang. Tak nak pakai skirt atau dress. Tak suka warna merah jambu. Tapi tak pernah pula fikir menjadi tomboy tu juga bermaksud menjadi seseorang yang menolak fitrah wanita sepenuhnya. Dalam erti kata lain, menolak fitrah untuk menyukai lelaki. Se'tomboy-tomboy' saya pun, saya masih mempunyai perasaan terhadap kaum Adam. (kecik-kecik pun da gatai noh..)

Kini aku dihadapkan dengan seorang adik yang mempunyai kecenderungan untuk menjadi tomboy. Kasihan juga kerana dia telah 'dibasuh' olehku, tapi aku fikir ada baiknya aku memberi kesedaran kepadanya selagi aku masih berkesempatan dan sebelum dia tersasar jauh. Semoga Allah membuka pintu hatinya, amiin~~