pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, December 26, 2010

jambatan yang rapuh

Bismillah

Dunia ini ku umpamakan seperti jambatan ke hari Akhirat kelak. Jika kuat dan tegap jambatannya, insyaAllah jalanku ke akhirat itu akan terpelihara. Andai pula jambatan itu rapuh serta tidak kukuh, mungkin aku boleh tergelincir dan jatuh.

Bagaimana nak bina jambatan yang kukuh?

Asasnya akidah. Jika akidah itu bersih, yang lain-lain yang menyusul pun akan bersih juga.
Terang dan jelas dalam dua kalimah syahadah, kita hanya mengaku & bersaksi bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang disembah.. tiada dua, tiada tiga.. tiada ruang untuk kita mempersekutukan Dia. Hanya Allah, hanya Allah...

Apabila akidah sudah settle, kita masuk pula bab perlaksanaan akidah. Kita sudah mengaku, okay.. tapi cukupkah? Pasti tidak.. Allah telah memberikan satu garispanduan kepada umat manusia, iaitu al-Quran. Bahkan Allah juga telah mengutuskan seorang murabbi untuk mengajarkan & menerangkan apa yang terkandung dalam al-Quran. Kita sebagai hambaNya, wajib menuruti semua yang diperintahkan dan dilarang olehNya. Sesiapa yang taat, sejahteralah hidupnya di dunia ini dan di akhirat sana. Mereka yang ingkar pula, nantikanlah balasan yang setimpal dengan perbuatannya.. jika bukan di dunia, di akhirat pastinya.. malah, berganda-ganda dahsyatnya. Allah...

Okay, amalan sudah dilakukan.. tapi adakah ia dilakukan dengan sepenuh hati, ikhlas & hanya berharap padaNya.. ataupun ia sekadar sebagai memenuhi tuntutan, tidak memberi apa-apa kesan terhadap hati kita?

Lalu bagaimana nak rasa nikmatnya beribadah? Kenalah didik hati supaya ikhlas.. didik hati supaya merasa raja' dan khauf terhadapNya.. mohon kepadaNya selalu.. insyaAllah dipermudahkan untuk merasa ini semua..

Bagaimana pula jambatan boleh jadi rapuh?

Jambatan menjadi rapuh apabila asas tidak kukuh.. kita mengaku Allah sebagai Tuhan kita, tapi juga bersandar kepada perkara-perkara yang lain sebagai penolong kita.. bomoh, tangkal, etc.. na'uzubillah..

Sudahlah asasnya tidak kukuh, tiang-tiang yang menyokong juga tidak kuat. Solat umpama tiang agama, tapi solatnya celup-celup, tidak sempurna. Bagaimana nak menjadi tiang yang dapat menyokong?

Lalu, jambatan yang manakah yang mahu dipilih?

Nak selamat dan sejahtera hidup dunia akhirat, pasti yang pertama yang dipilih.. insyaAllah jambatan yang menuju terus ke Syurga.

Tiada siapa yang mahukan jambatan yang kedua, yang akan membawa ke neraka. Na'uzubillah.

Wallahu a'la wa a'lam..

manisnya gula-gula

Bismillah

Alhamdulillah.. masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara sehingga detik ini.. masih lagi dalam dakapanNya, masih lagi diberi nikmat iman dan Islam..

Gula-gula manis rasanya.. siapa yang tidak suka, kan? Kanak-kanak penggemar setia, tetapi tidak kurang juga orang dewasa yang merasa nikmatnya..

Kalau diberi gula-gula, mahu tak?

Kalau yang memberi gula-gula itu adalah musuh kita, mahu tak?

Kalau musuh yang 'memberi' gula-gula itu adalah syaitan, masih lagi mahu tak?

Seseorang yang berasa nikmat tetapi berbangga dengan ibadat dan amalan yang dilakukannya, ibarat seseorang yang diberi gula-gula daripada syaitan.

Sebab apa?

Sebab dia lupa tujuan asalnya ia beribadat. Hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata, dan tidak mengharapkan perhatian serta pujian manusia.

Aku risau akulah manusia itu. Manusia yang berasa nikmat dengan amal kebajikan yang aku lakukan, tetapi semuanya untuk dipandang orang. Semuanya untuk mendapat puji-pujian daripada mereka.

Allah. Allah. Allah.

Lalu di manakah keikhlasanku?
Lalu, apakah amalanku akan diterima Allah seandainya bukan pandanganNya yang ku letakkan sebagai yang pertama & utama?
Lalu, tegakah aku menerima gula-gula daripada musuhku itu?

Wallahu a'la wa a'lam..

Friday, December 24, 2010

far-fetched

Bismillah


So near, yet so far-fetched.
It is hard, it is difficult, but the end will be bliss.

Trust.


Thursday, December 23, 2010

Engkau Maha Melihat

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku


tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata


^_^

seek and be guided

Bismillah

I'm approaching the end of the period as an undergraduate soon. Time sure flies fast. One more semester to go, then it's goodbye to student life (well, if i'm not continuing my studies that is).

Being a student makes me feel that i'm constantly seeking.. seeking for facts, seeking for the truth, seeking for knowledge.. this feeling is being more emphasized since i'm helping out my lecturer with a paper she is going to present and with a book she wants to publish. It is exhilarating when you discover something new. I'm worried that if I leave this field, i'll not be able to exercise this. I'm worried that i'll be busy with trying to catch up with work schedules, that I might not have the time to seek.

But isn't seeking the whole point of an 'abd, right? Seeking, seeking and seeking all the time, to get to know Him, to be closer to Him, day by day.. there's no ending to it. Until you breathe your last, as a servant, you must always seek Him, so that you will be guided to the right path.

When you seek out the truth (and what is more true than Allah and the deen of Islam?), you will surely be guided. Allah will present the right path to those who seek, He will not leave a person in darkness and be lost, when a person is sincere to know about Him.

Seek & be guided.. trust Him~

Wednesday, December 22, 2010

siapa bilang tak sayang?

Bismillah

Entah mengapa, pabila ku terbaca post teman-teman di fb, hatiku rasa sangat cemburu. Ah.. cepat benar aku berasa cemburu. Cemburu ini bukan cemburu yang membina, melainkan membinasakan.

Di kala ini, aku cuba memujuk hatiku.. buat apalah cemburu. Apa yang bisa ku dapat daripada perasaan ini.. sia-sia sahaja merajuk. Aku cuba mengingat kembali kata-kata seorang ukhti: Siapa bilang tak sayang?

Aku juga disayangi. Ukuran sayang seseorang kepadaku dan kepada yang lainnya pasti berbeza, tapi mengapa perbezaan itu yang hendak dinyatakan, yang dipersoalkan? Kan sudah sayang.. itu merupakan anugerah terindah buatku, kerana Allah telah menjelmakan kasih sayangNya dalam diri hambaNya untukku...

Ah~~ nikmat kan rasanya apabila disayangi? Apalagi yang ku tidak berpuas hati, sampai mahu berasa cemburu?

Yang penting, semoga Allah sayangkan aku dan para muslimin & muslimat seluruhnya.. baas!!

♥♥


Wallahu 'ala wa 'alam..

Sunday, December 19, 2010

detik itu

Bismillah

Detik itu
Tiba-tiba
Pandangan bertaut
Hati terpaut


Tiap kali ku berfikir kembali.. Mengapakah tiba-tiba ku mencarinya kembali? Mengapakah ku selalu menziarahinya? Mengapakah dia yang selalu hadir dalam kotak fikiranku?

Semuanya kerana detik itu.. detik itu ku terlihat dia, dan hatiku terus terpaut padanya.. sedangkan sebelum ini, aku sudah mengenalinya, tetapi hatiku tidak tergerak untuk mengetahui lebih lanjut tentang dirinya..

Detik itu, ku harap detik yang datang daripada Allah.. bukan atas dasar nafsuku..

Biarlah detik itu menjadi detik yang istimewa yang Allah hadiahkan buatku, insyaAllah..

Wallahu 'ala wa 'alam..

nikmat yang diambil kembali..

Bismillah

Tiap kali pabila ku terlepas untuk melakukan sesuatu ibadah, pasti aku berasa terkilan. Baru-baru ini, sudah hampir waktu berbuka pada 9 Muharram, tetapi aku tidak sempat menyempurnakan puasaku. Terkilan rasanya.

Kemudian aku muhasabah semula. Beberapa hari sebelum itu, hatiku berbolak-balik sama ada mahu berpuasa atau tidak. Aku fikir, mungkin kerana aku berkira-kira dalam ibadah, aku tidak bersungguh-sungguh dalam tekadku, maka Allah memberiku sedikit pengajaran.. Allah menarik nikmat ibadah dariku, supaya ku sedar, ku harus lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah.. bahkan lebih bersungguh-sungguh dari awalnya, iaitu pada ketika ku memasang niat..

Takkan selamanya aku hanya mahu merasa terkilan sahaja kerana terlepas daripada melaksanakan sesuatu ibadah? Asyik-asyik terkilan, asyik-asyik terkilan.. maka, yang aku kumpulkan hanyalah rasa terkilan sahaja, yang tidak dapat membantu aku barang sedikit pun nanti..

Nanti, bila ajal sudah tiba, tiba masanya nyawa ditarik, takkan nak kata, "Ah, terkilannya aku, tidak dapat beribadah dengan lebih bersungguh-sungguh sebelum ini.. terkilannya aku, tidak sempat bertaubat.."

Ku berazam, semoga selepas ini, Allah kuatkan semangatku untuk beribadah hanya keranaNya. Aku tahu ibadah itu tidak dapat dilakukan olehku semata-mata, melainkan ianya diizinkan oleh Allah. Aku tak mahu lagi rasa terkilan yang melampau-lampau.

Wallahu 'ala wa 'alam..

pilhlah dia yang..

Bismillah

Soal jodoh, soal yang tidak pernah terlepas dari benakku sejak akhir-akhir ini.. Hati tertanya-tanya, siapakah dia? Di manakah kan ku jumpa dia? Bagaimana orangnya? Persoalan yang bisa membuat seseorang tidak dapat tidur malam. Ini belum termasuk lagi perbincangan dengan ibuku.. entah bagaimanalah penerimaan ibu jika aku menyuarakan hasratku ini. Di kala ini, belum ada apa-apa tanda daripada ibu.. Bolehkah? Tidak bolehkah?

Bincang-bincang dengan seorang temanku, ku menceritakan kepadanya tentang seseorang yang ku rasa seolah-olah mempunyai hasrat yang lebih daripada menjadi seorang kawan. Kebanyakan statusku di'like', dikomen.. kata-katanya kadangkala memberiku semangat.. tapi hatiku tiada tertarik dengannya.. aku menjadi teman fbnya semata-mata kerana apabila aku menziarahi blognya, ku dapati tulisannya baik, dan mencerminkannya sebagai seorang yang baik juga..

Tidakkah kalau aku mahu jadi baik, aku harus mendekati & berkumpul dengan orang-orang yang baik?

Namun, kata temanku, jika benar dia mahu menjadi lebih daripada seorang teman fb, sekiranya dia benar-benar serius denganku, terimalah.. aku juga mengakui kebaikannya.. dan dia seorang yang beragama Islam, yang percaya adanya Allah, yang percaya Rasulullah.. apa lagi yang ku cari? Bukankah agama & keimanan seseorang itu yang paling utama yang harus dicari dalam diri pasangan kita?

Dan temanku juga menasihati.. pilihlah dia yang menyayangi kita, bukan dia kita sayangi.. kerana orang yang kita sayangi mungkin tidak dapat menyayangi kita.. tetapi yang menyayangi kita, pasti akan menyayangi kita selamanya, jika sayangnya itu kerana Allah dan diizinkanNya..

Dan seorang isteri, pasti akan jatuh cinta dengan suaminya.. kerana seorang suami mempunyai 'secret weapon' yang boleh membuat isteri jatuh hati padanya, walaupun pada awalnya, isteri tidak mencintainya..

Rasa sayang, cinta, kasih seorang isteri boleh dipupuk.. apatah lagi jika seorang isteri itu benar-benar menyerahkan dirinya untuk suaminya.. ketika itu, Allah redha atas pasangan suami isteri, dan rumahtangga mereka akan menjadi harmoni, penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah, insyaAllah.. Allah akan jelmakan rasa cinta dan kasih sayang dalam hati isteri untuk suaminya..

Mendengar kata-katanya, aku mengakui juga.. sebenarnya, dalam apa jua urusan, bukan sahaja dalam soal jodoh pertemuan, jika kita benar-benar serahkan diri kita kepada Allah, Allah akan permudahkan urusan kita..

So kesimpulannya.. biarlah saya serahkan urusan ini kepada Allah.. nanti Allah akan bukakan jalan, Allah akan tunjukkan kepadaku arah tujuanku dalam perkara ini.. jika dia jodohku, aku bisa menerimanya dengan bantuan dan izin Allah..

... setelah terbaca artikel di iluvislam, ku mendapat jawapan yang lebih baik untuk soal pilihan hati...

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.."

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,"

Wallahu 'ala wa 'alam..

Saturday, December 18, 2010

true martyrs

Bismillah

News of death always touches a special part in my heart. It does not matter if the deceased was someone who has no connection with me at all. Their deaths make me cry, but I never know the real reason i'm crying. Maybe as a consolation to the deceased's family & relatives, or maybe it's a reflection for me, who still cannot grasp the fact that death is just around the corner and death is certain.

I read a post by Ustaz Hasrizal a few days back, and he was torn between feeling sad for the departure of a friend and a joyous wedding occasion of another. I was curious to know this special friend of ustaz's since he posted a picture as well, and I came across his blog. It was nicely written in English.

What makes me even more impressed is he was a cancer patient. His death is already timed. But he kept his spirit going. He did not give up. He is always positive, though he was diagnosed with a terminal disease.

Here is someone who had thin hopes of living, yet did not back down. How many times when I was tested a bit, yet I felt really down, that I had lost everything?

And he did not question Allah about his fate. He knows that everything that Allah had planned out for him, including giving him the disease, has a reason. Humans do not know it, and will not know it.. we can only guess and assume.. but Allah knows why.

A person who has been taught the way of The Prophet, who has been in the path of dakwah.. can easily accepts anything that Allah gives out to him, be it something that he likes or doesn't. They are the true martyrs. They might not go out and fight (jihad), but the jihad they do upon themselves is the greatest jihad.

May Allah bless his roh, May he rest in peace, and May Allah grant him paradise, together with the Anbiya', the Solihins, the Syuhada' and those who Allah are pleased with.. amiin~~

May we also be with the mentioned in Jannah, insyaAllah.. amiin~~

Wallahu 'ala wa 'alam..


Friday, December 17, 2010

pemilik cinta setelah Allah & RasulNya~

Bismillah

Sepatutnya post ini datang awal.. sebab nak cerita tentang perkara yang lebih kurang sama..

Pemilik cinta setelah Allah & RasulNya? Siapakah dia?

Di kala ini, pastinya ibuku yang utama.. ibu, adik beradik, sanak saudara.. merekalah yang berhak memiliki cintaku dahulu setelah Allah dan RasulNya..

Tapi pada masa hadapan?

Bakal imamku yang berhak memiliki cintaku. Namun, siapa bakal imamku, masih lagi menjadi tanda tanya.. aku juga tidak tahu, mungkin dia juga tidak tahu.. yang tahu, hanyalah DIA, pengatur segala urusan manusia, penyimpan segala rahsia hamba..

Satu hari, rahsia ini pasti kan diketahui juga.. cuma, ku perlu bersabar & berdoa.. biarlah rahsia ini diketahui melalui cara yang Dia redha~

Wallahu 'ala wa 'alam...

suffocating

Bismillah

Have you ever feel as if you're choking? Like you are suffocating?

It does to me when i feel my imaan is at a low point. Everything just doesn't feel right. Standing up, sitting down, lying, reading, talking, typing, watching, eating, drinking.. everything feels awkward.

It really is not a good feeling right when you are far away from Him? Even for a second, you feel at so much lost..

But, we should never dwell upon our lowly imaan for long.. should never be despaired.. because Allah will welcome us at any time we knock upon His doors, Allah will be pleased to 'see' us when we strive towards Him, Allah will gladly embrace us in His blessings when we turn ourselves to Him..

~when the world suffocates you.. think of Allah, think of akhirat, think of Jannah.. and turn yourselves back to Him~
♥♥♥♥♥

Wallahu 'ala wa 'alam...

Saturday, December 11, 2010

ke mana nak ku berlari?

Bismillah

Sana-sini kucar-kacir. Nak balik ke tanah air, aku sudah seperti tiada keinginan lagi. Hanya keluarga menguatkan semangatku untuk pulang.

Nak terus berada di sini, keadaan masyarakat semakin menuju ke arah lembah kehinaan. Walaupun ada pihak-pihak yang berusaha untuk meningkatkan mutu masyarakat, jika dilihat dari kacamata rakyat biasa, masyarakat sebenarnya masih lagi tidak sedar & tidak peka terhadap usaha-usaha ini.

Politik yang tidak telus, hina-menghina, fitnah-memfitnah.. ahhh, semuanya membuatku semakin serabut..

Ke mana bisa ku lari?

Aku mahu lari ke tempat yang aman, bebas dari gangguan dunia yang melalaikan.. aku mahu Islam kembali gemilang, aku mahu berada di tempat Islam diamalkan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat... di manakah tempat sebegitu yang bisa ku pergi?~

Tapi.. jika ku lari, ertinya aku lari dari tanggungjawab.. aku lari dari amanah.. aku tinggalkan masyarakat dalam keadaan terumbang-ambing, sedangkan aku diberi ilmu oleh Allah untuk disampaikan kepada mereka..

Nanti Allah tanya, apa yang nak ku jawab? T_T