pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, November 16, 2014

Bismillah

Alhamdulillah. Anak-anak selesai sesi persekolahan tahun 2014. Aku berasa sangat gembira dengan pencapaian mereka, namun masih banyak lagi yang belum kukongsikan dengan mereka. Masa kita bersama sekejap cuma... dan kini aku meninggalkan mereka selama-lamanya.

Sedih dan berat hati ini ketika meninggalkan mereka, namun diriku juga harus diutamakan. Berapa lama lagi hendakku biarkan diri menjadi bola, dibawa ke sana sini oleh orang yang kurang simpati? Tidak lagi!

Aku juga sedang melalui sebuah lagi perkenalan. Awalnya memang indah, ahli keluarga semua nampak bersetuju. Namun tiba-tiba, hari ini aku dikejutkan lagi dengan berita yang kurang menyenangkan. Ibu seolah-olah menjadi penghalang; hubungan ini tidak boleh dilanjutkan. TITIK!

Ah, mengapa... mengapa sekarang begini jawapannya, setelah dia datang bersemuka? Mengapa bukan semasa dia masih di alam maya?

Diriku menjadi serba-salah. Hatiku kuat mengatakan dia adalah wira yang kunanti-nanti. Dari awal perkenalan kita sehingga sekarang, aku masih tidak ragu.

Ah ibu. Bukan aku tak mahu mendengar katamu. Yakinlah setiap apa keputusan yang kuambil, ibu adalah orang pertama di fikiranku.

Aku berserah padaMu ya Allah. Kerana keyakinanku berteraskanMu. Engkau Maha Mengetahui, maka ilhamkanlah aku dengan pengetahuanMu.

Wednesday, August 27, 2014

Sekali lagi

Bismillah

Ternyata usahaku membuahkan hasil. Bukan realiti indah seperti kuharapkan, tapi sekurang-kurangnya aku tidak lagi ternanti-nanti sesuatu yang tidak pasti.

Kini kumencuba lagi. Kali ini melalui orang tengah di alam maya.

Perkenalan baru berusia seminggu cuma. Masih jauh lagi perjalanan kita andaikata ini yang benar.

Aku cuba... tip-tip kakakku aku cuba. Walau ia bukan aku yang sebenarnya, tapi ini juga usaha. Usaha memikat hati sang teruna.

Allah juga jangan kulupa. Kerana hati dipegang siapa, kalau bukan Dia yang Esa?

Sunday, June 22, 2014

Pertama kali

Bismillah

Pertama kali di tahun 2014. Aku kembali menulis.

Biasanya bila aku mula menulis ialah kerana aku mula bermain dengan perasaan.

Kali ini harapnya bukan mimpi yang hanya diungkapkan dengan pena, tapi realiti indah dan bahagia.

Aku tekad.. tidak akan berlengah lagi.

Orang tengah mesti dicari, biar jawapan ya atau tidak boleh diketahui dengan cepat.

Ya atau tidak, kedua-duanya harus kubersyukur. Tidak mahu bermuram durja bermasam muka. Tidak!