pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, June 29, 2010

Judi, sampai bila-bila pun haram!!

Bismillah

Judi, judi, judi.. manusia terlalu mengejar kesenangan, kekayaan.. apa cara pun dia sanggup lakukan.. salah satunya dengan berjudi..

Tak usahlah lihat kepada kasino-kasino atau pusat-pusat perjudian yang gah. Dari skop yang kecil pun, judi tetap judi.. hukumnya tetap HARAM!!

Kalau kita buat penelitian, permainan untuk kanak-kanak juga mempunyai unsur-unsur maisir. Pergi sahaja ke funfair atau taman tema, permainan-permainan yang ada di situ semuanya berasaskan konsep perjudian. Menaruh nasib, tanpa usaha yang nyata.

Judi diajar sejak kecil lagi. *Geleng kepala* Kasihan anak-anak kecil.. sepatutnya mereka itu masih suci, polos, tiada dosa.. tetapi dimanipulasi oleh orang-orang dewasa..

Dan Singapuraku sekarang, wah, tersenyum lebar kerana pusat kasinonya mendapat sambutan.. dalam jangka masa yang pendek, pemerintah dapat mengaut keuntungan yang banyak, setanding dengan negara-negara kasino yang mapan seperti Las Vegas.

Lalu aku bagaimana? Masih mahu di sini, hidup bersenang-lenang dalam negara yang hasilnya daripada sumber yang haram?

*bawa aku pergi dari lembah haram ini*

old couples

Bismillah

Marriage is such a bliss right? :)

I was walking along a path on my way to my workplace. In front of me were an old couple, the husband was pushing his wife on the wheelchair. Seeing them together, my heart was filled with love. They looked so sweet together. I wondered, what kept them together all these while? They must have been married for over 30 years i presume, but they are still together.

This is truly a blessed marriage. A marriage that is not based solely on looks or status or wealth, but a marriage with a deeper meaning. Religion is put at the top of the list.

I hope & pray that when i marry a man, that man chooses me because of my religion & i too for that..

Wallahu 'ala wa 'alam..

A311 tetap di hati

Bismillah

Rasa kurang semangat nak menempuh semester baru tanpa teman-teman sebilik. Pulang sahaja dari cuti, aku 'dikejutkan' dengan keadaan bilik yang berbeza. Kini aku keseorangan. Kami semua telah membawa haluan masing-masing.

Tiga tahun yang cukup bermakna. Banyak memori yang kami kongsi bersama. Suka, duka.. tawa riang, tangis sedih.. A311 menjadi saksi semuanya. Walaupun asalnya kami berbeza, kami temu titik persamaan sepanjang tiga tahun itu.

Hanya rindu kami bertaut...

Biarpun aku di sini, dan mereka di sana.. ahli A311 tetap di hati. Kerana mereka begitu istimewa~

kain putih

Bismillah

Saya suka melihat bayi & kanak-kanak. Apatah lagi jika dapat peluk, cium mereka. Nikmat~

Kenapa begitu mudah bagi mereka membuatku tersenyum? Walaupun terkadang pada ketika itu, aku berasa marah, sedih, tertekan.. dengan tiba-tiba, perasaan negatif itu semuanya hilang.

Ini selaras dengan hadith Rasulullah s.a.w: (insyaAllah, akan dicari para perawinya)
"Bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), maka ibu bapa merekalah yang menyahudikan, menasranikan atau memajusikannya"

Bayi & kanak-kanak itu suci & bersih. Sebab itu kita mudah tertarik. Siapa yang akan tertarik dengan perkara yang kotor, yang keji, bukan?

Dan lagi satu, bayi & kanak-kanak ini impressionable. Mereka senang terpengaruh. Sebab itu mereka diibaratkan sebagai kain putih. Letaklah warna apa pun, pasti lekat dekat kain putih. Kalau cantik lukisannya, cantiklah 'kain putih' kita.. Kalau sebaliknya pula, maka hodohlah ia.

Sekarang, kita pilih. Nak kain putih yang terlukis cantik, ataupun kain putih yang buruk warnanya?

Rasa sedih bila terlihat kanak-kanak kecil yang telah didedahkan dengan anasir-anasir yang negatif: hiburan, makanan yang syubhah, tiada penekanan agama dan lain-lain. Lihat sahajalah rancangan nyanyian kanak-kanak. Biarpun comel gaya mereka, budaya ini seharusnya dielakkan.. tetapi nak buat macam mana kan, kanak-kanak menyanyi menari di atas pentas, ibu ayah & orang dewasa lain bersorak-sorak di belakang. Astaghfirullah.. (peringatan buat diri juga yang kadangkala lalai dengan rancangan hiburan sebegini)

Makanan juga merupakan satu lagi perkara yang kurang dititikberatkan. Bukan soal pemakanan sihat atau tidak, tetapi persoalan halal dan haram. Pernah terbaca komentar seseorang (ataupun dalam artikel majalah solusi) bahawa pemakanan anak-anak sekarang mungkin salah satu penyebab anak-anak sukar mendengar kata & payah dilentur.. atas sebab pencampuran elemen syubhah..

Agama? Mungkin begitulah jawapan masyarakat yang semakin sekular kini. Agama diletak tepi, tidak diberi penekanan. Nak maju, mana boleh sangkut pautkan dengan agama. Agama itu mundur.. malang sekali pemikiran begini. Ad-din lah yang menguatkan kita.. kuat fizikal, kuat emosi, kuat mental, kuat spiritual.. kita menjadi complete package dengan agama.. tak rugi apa-apa pun..sungguh!!

Jadi, anda mahu kain putih yang bagaimana?

Semoga kain putih saya dicorak dengan sebaiknya, amiin~

16 and pregnant

Bismillah

I hardly get any time to watch anything on tv nowadays, but last sunday (i think) when i came home, there was this show '16 and pregnant' on tv. Having nothing else to do, i decided to watch it because i've been seeing the commercials about the show but never had the chance to watch it.

As per the show's title, it's about girls who are only 16 yet they are pregnant. This situation is seen as normal in the West, but it's getting normal here as well, which is not very reassuring indeed. How will things be 10-20 years in the future?

These girls are not even ashamed of their actions. Astaghfirullah.

I think by making a show out of it, the media is supporting them, sort of. Which is worrying, because people nowadays look up at the media, as a guidance, or even worse, as their God. Na'uzubillah.

Kids too are more exposed to these shows. Being kids, they are easily influenced.. Surely we don't want them to follow these girls' steps, right?

Ya Allah
Lindungilah aku dan zuriatku dari kemungkaran ini..

Wallahu 'ala wa 'alam..

Monday, June 28, 2010

cinta sebelum cita-cita~

Bismillah

Kata orang, "Capailah cita-cita dahulu sebelum cinta". Kata-kata ini seringkali disebut kepada para pelajar, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang melangkah ke alam pengajian tinggi. Kerana di sinilah ramai yang berjumpa 'cinta'.. di alam inilah ramai yang hendak menikah.

Aku pula mengejar cinta dari cita-cita..

Cinta?

Cinta kepada ibu. Ibuku yang telah lama berkorban, sejak ketiadaan ayahku. 13 tahun. Tempoh yang bukan pendek.

Memang teruja bila dengar ramai yang hendak menyambung pelajaran mereka. Buat masters, bahkan ada yang terus menyambung PhD. Aku juga hendak menyertai mereka, tapi aku mungkin menyusahkan ibu lagi. Cukup sudah kesusahan yang ibu tanggung selama ini. Biarlah ibu rehat pula.

Belajar tidak semestinya di universiti sahaja, kan? Life itself is a lesson.

Wallahu 'ala wa 'alam..

Friday, June 25, 2010

reminisce before and after

Bismillah

Blogging is like a second nature to me, as reading is.. though i have to admit, i am slowing down from the pace i used to follow.. i have close to 10 books i am planning to read, and on my blog, i have more than 5 posts pending to be posted, now saved as draft..

I like reading the old posts on my blog.. it brings out memories that i may have forgotten (not really forgotten, but memories that were pushed to the back of the mind)

I realised, i am more in tune with my feelings, with the surroundings, with the happenings in my life after i started blogging.. I used to write my daily life in the early days of blogging, but gradually my posts changed from reporting daily activities to thoughts that crossed my mind..

I feel blogging has helped me to grow up..

Semoga Allah melindungiku dari berkata dusta.. amiin~

Wallahu 'ala wa 'alam..

Ibu~

Bismillah

Kadang-kala, kita seringkali mengingati dan merindui orang yang jauh dari kita, sedangkan yang di depan mata, kita tidak hiraukan.

Astaghfirullah.. begitulah aku. Sering sahaja aku teringat akan ayah, aku rindukan ayah..sedangkan ibu yang berada di sisi aku abaikan perasaannya. Aku kurang memberi perhatian kepadanya. Aku endah tak endah akan kata-katanya.

Segala yang ibu lakukan selama 13 tahun setelah ketiadaan ayah tidak boleh ku pandang sepi. Malahan, ibu sudah menabur jasanya sebelum aku dilahirkan lagi.

Ya Allah, berikanlah ku kesempatan untuk merasai lagi kasih sayang ibu, kesempatan untuk ku berbakti pula kepada ibuku~

Wallahu 'ala wa 'alam..

Wednesday, June 23, 2010

mim alif lam sin

Bismillah

Terasa lemah tanpa teman-teman sefikrah di sisi. Iman terasa turun merundum. Sedih dengan keadaan iman. Terasa nak perbaiki, tapi kadang-kadang syaitan yang menghasut itu lebih kuat dari kesungguhan untuk perbaiki diri.

Tapi, takkan selamanya nak bergantung pada teman-teman? Kan pergantungan itu hanya kepada Allah s.w.t?

Semoga sekembalinya aku ke sini, iman kembali naik & terus-menerus diperbaiki.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini~

Wallahu 'ala wa 'alam..

Tuesday, June 22, 2010

sini dan sana

Bismillah

Sungguh aku di dalam dilema.. di sini ada cinta, di sana pun ada cinta~

Pengajianku di Universiti Malaya hampir tiba di garisan penamat.. Hanya tinggal semester depan sahaja aku akan ulang-alik ke kuliah, kemudian semester yang terakhir, aku akan keluar mencari pengalaman bekerja di dalam industri..

Selepas itu? Kerja..

Kerja di mana? Sini ke sana?

Sini: industri sedang membangun.. ada potensi, tetapi adakah peluang untuk fresh graduate?
Sana: industri sudah mapan, banyak ahli professional untuk aku ambil tunjuk ajar...

Sini: aku dekat dengan ahli keluarga, dan yang terpenting dekat dengan ibu..
Sana: dia~ tapi kita belum ada ikatan apa-apa..

Istikharahkah?

Minta tolong dari Allah untuk berikan petunjuk.. minta dariNya untuk memberi jawapan kepada dilema ini.. insyaAllah..

Wallahu 'ala wa 'alam..

Sunday, June 20, 2010

ayah baru?

Bismillah

Hari ini hari ayah. Masuk tahun ini, sudah 14 tahun hari ayah pergi tanpa apa-apa sambutan. Bukan sambutan yang diinginkan, cuma kurindu seorang ayah.. kurindu untuk memanggil 'ayah'..

Diri ini dewasa tanpa ada seorang ayah di sisi. Ayah tiada semasa aku mengambil penghargaan sewaktu aku darjah enam. Ayah tiada apabila aku melangkah ke alam sekolah menengah. Ayah tiada sewaktu aku mengambil peperiksaan besar. Ayah tiada apabila aku berjaya memasuki universiti. Ayah tiada secara fizikal, tapi ayah tetap di hati.. ayah hadir dalam mimpi~

Sungguh kurindu ayah.. ayah tiada pengganti..

Seringkali aku terdengar kata-kata dari teman, ahli keluarga dan pihak-pihak lain yang menyuruh ibuku mencari ayah baru... TIDAK! Aku tidak setuju!

Walaupun mungkin ada baiknya bagi keluarga ini dengan kehadiran seorang lelaki sebagai pelindung kami, aku tetap tidak selesa.. aku tetap tidak mahu.. aku tetap dengan pendirianku..

Dan ibu juga begitu..

Ayah lelaki pertama dalam hidup ibu, dan ayah kekal selamanya dalam hati ibu~

Wallahu 'ala wa 'alam..

Friday, June 18, 2010

neutral~

Bismillah

Neutral - tidak lebih, tidak kurang.. Islam pun menganjurkan kesederhanaan, tidak melebih dan tidak berkurang..

Terima kasih teman atas perkongsian. Alhamdulillah, aku dapat mengawal diri. Walaupun pada mulanya sukar dirasakan, tetapi sekarang, semakin mudah.. banyak lagi perkara lain yang harus kusempurnakan.. hanya melayan perasaan tidak mendatangkan faedah..

Jika benar,
pasti berlaku..

Jika bukan,
Allah kan ada
Allah merancang segala
Harapan hanya kepadaNya..

Wallahu 'ala wa 'alam

now i know

Bismillah

Pejam celik, pejam celik... sudah sebulan lebih bekerja dengan ibu di satu tempat yang sama.. Waktu mula-mula start kerja, rasanya tak sabar nak habis, sebab dunia pekerjaan itu terlalu memenatkan dan memeningkan. Banyak perkara yang nak kena alert, kena ambil tahu, tambahan lagi kerja ku cuti kali nie melibatkan perniagaan sendiri..

Tapi sekarang, setelah mendapat 'didikan' dari ibu dan kakak saudaraku, alhamdulillah, semakin memahami perjalanan perniagaan yang kami lakukan.. walaupun pernah mengambil subjek perniagaan dan keusahawanan, realitinya berbeza daripada sewaktu belajar.. sebarang kesilapan yang dibuat bukan hanya di atas kertas...

Perhubungan awam juga harus dijaga.. susah rasanya nak friendly dengan orang-orang yang tidak dikenali, sekalipun mereka adalah para pembeli.. tapi semua itu kena tolak tepi.. hari-hari kena senyum dan nampak happy..

Memang penat setiap hari bila balik dari kerja.. kadang-kadang tu boleh tertidur depan laptop.. kadang-kadang tengah berbual dengan kawan pun boleh tertidur.. kadang-kadang blog da buka, da ready nak type post, tapi sebab penat, tangguh lagi..

Rasa banyak masa sendiri terkorban.. aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan terpaksa ditinggalkan.. ibadah yang sunat pun rasa banyak yang terlepas.. macam sedih pun ada juga..

Tapi bila fikir-fikir balik, semuanya dilakukan sebab nak tolong ibu... baru sekarang rasa peritnya ibu nak cari duit nak besarkan anak-anak, nak support persekolahan anak-anak.. sebab ibu nak anak-anak berjaya, ibu tak kisah berpenat, walaupun ternyata ibu memang penat..

Dan yang penting, cuti kali nie dapat meluangkan masa yang banyak dengan ibu.. banyak yang dipelajari daripada ibu.. baru dapat menyelami hati ibu..

Terima kasih Allah atas aturanMu ini.. sungguh, Kau berikanku yang terbaik~

Wallahu 'ala wa 'alam..