pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, May 8, 2011

my Mr. Right?

Bismillah

Bercakap, menulis, berbincang tentang topik jodoh, pernikahan, perkahwinan tak akan pernah habisnya selagimana aku tidak lagi berumahtangga, or so i presume. Tambahan lagi pula, di mana-mana sahaja di internet, terlalu mudah untuk mendapatkan artikel-artikel berkenaan dengan topik ini. Semua orang juga berbincang, sebagaimana aku.

Kalau rasa susah nak elak daripada membaca artikel-artikel tersebut, susah lagi ku rasa nak menepis perasaan ini... apatah lagi, di alam realiti, kita berkawan, di alam maya pun kita berkawan.. bila berjumpa, mata bertentang mata.. bila berpisah, asyik terkenang-kenang pula..

Seringkali ku cuba mengingatkan diri sendiri,

Tunggu..
Jangan ikut nafsu..
Dia kan sudah berjanji..
Ada yang pasti..

Tidak perlu ragu..
Tidak perlu terburu-buru..
Menantikan suatu hari..
Si dia membawamu pergi..

Kadang kala, kata-kata seperti ini berkesan.. kadang-kadang pula, aku buat tak heran.. *geleng-geleng kepala*

Tapi, walau ada masanya ku lebih turutkan perasaan, ku ingin jadikan satu ayat ini sebagai motivasi..

*Mr. Right masih dalam genggamanNya*

Wallahu a'la wa a'lam..


No comments: