Bismillah
Sejak kebelakangan ni, terdapat banyak cerita Melayu yang memaparkan watak ibu mertua yang 'kurang' baik. Memang berkesan lakonan mereka, sebab setiap kali mereka membuat tuduhan ke atas menantu, rasa macam nak 'sekeh2' je...
Mungkin fenomena ini akan menimbulkan sedikit 'trauma' kepada para wanita untuk mempunyai ibu mertua..
Begitu juga aku. Sejak diberitahu bahawa ibunya mahu berjumpa, hatiku terus berdetak 'dag-dug dag-dug' padahal belum jumpa lagi. Tapi jika dilihat dari gambar & dengar dari testimoni orang lain, ibunya seorang yang 'sporting'.. so rasanya tak perlulah saya bimbang sangat kan? :)
Hmm.. ibu-ibu mertua yang buat semua ini sebenarnya bersebab kan?
Iyalah, selama ini dia yang menjaga anak terunanya. Makan, minum, pakai... semua dijaga rapi. Tiba-tiba datang seorang perempuan, seolah-olah mengambil alih tugasnya. Membuat para ibu rasa dia sudah tidak diperlukan. Ibu akan rasa kehilangan. Perkara yang dia terbiasa buat sudah berpindah tangan. Tentulah ibu-ibu mertua berasa sedikit apprehensive.
Jadi, bagi para wanita di luar sana (dan juga saya), kita harus sedar bahawa perkahwinan itu bukanlah penyatuan dua jiwa sahaja. Kita kena ambil kira ibu dan ayahnya serta ahli keluarga yang lain juga. Tips nak bahagia dengan ibu mertua, sebelum kita pikat anak teruna dia, kita kenalah pikat ibunya dahulu~
^_^
No comments:
Post a Comment