pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, October 28, 2009

Aku, dia & DIA

Bismillah

DIA dan si dia
benar ku cintakan keduanya
ku cintakan si dia kerana DIA
namun ku sadar, si dia juga milik DIA
kerana DIA pemilik mutlak rasanya cinta
hanya ku zahirkan perasaan cinta pada si dia
SETELAH mendapat restu dari DIA
cinta si dia pelengkap rasanya cinta
cinta DIA adalah segalanya
sungguh aku cintakan
kedua-duanya
sungguh

cinta DIA dan si dia adalah anugerah yang amat bermakna


credits: http://ewanzul.blogspot.com

Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini
Dia hanya bermakna buatku, jika dia mampu membawaku ke arah mencapai keredhaanMu..


Friday, October 2, 2009

tanda sayang

Bismillah

Kalau kita sayang seseorang, apa yang kita akan buat? Kita pasti nak gembirakan hati orang yang tersayang itu bukan, betul tak? Kita akan buat segala macam perkara semata-mata hendak membahagiakannya.

Maka, macam mana nak membahagiakan Allah dan RasulNya?

Apabila kita melakukan sesuatu ibadat wajib itu, seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan dan etc, itu tanda kita patuh dan taat kepada Allah, sebab perkara itu semua perkara yang Allah s.w.t suruh.

Kalau di sekolah, guru memberi kita latihan untuk disiapkan di rumah, kita mesti membuatnya sebab ia merupakan arahan dari guru, dan apabila kita buat kerja rumah yang diberi, itu tanda kita patuh pada arahan guru.

Begitu juga dengan suruhan Allah s.w.t. Kalau kita tidak mahu digolongkan sebagai orang-orang yang ingkar, maka kita mesti tanpa ragu-ragu dan teragak-agak mengikut segala perintahNya.

Tapi kalau nak tunjuk sayang pula bagaimana?

Jawapan ialah sebagaimana yang diberikan oleh ustaz Hasrizal melalui salah satu artikel yang di blognya.

Analogi yang ustaz berikan, seorang anak telah dipesan oleh ibu dan ayahnya untuk mengangkat baju sekiranya hari mahu hujan. Dijadikan cerita, hari pun hujan. Ibu dan ayahnya risau, adakah anaknya akan mengangkat baju di ampaian sebagaimana yang telah dipesan. Apabila ibu dan ayah itu kembali ke rumah, mereka mendapati bahawa baju-baju yang di ampaian bukan sahaja sudah diangkat, malah sudah dilipat dan diseterika. Anaknya telah melakukan lebih dari apa yang disuruh oleh ibu ayahnya. Baju diangkat kerana mengikut apa yang disuruh ibu dan ayahnya. Yang lebih dibuat kerana sayang.

Begitu juga dengan kita. Kita lakukan perkara wajib sebab kita patuh pada perintahNya. Kita lakukan perkara sunat seperti melakukan puasa sunat, membuat solat sunat rawatib dan sebagainya semata-mata kerana kita sayangkan, cintakan Allah s.w.t. Sebab Allah tak suruh pun, tak wajib bagi kita..kalau tak buat, tak berdosa. Tapi sebab kita nak membahagiakan Allah, maka kita meluangkan sedikit masa untuk membuat ibadat-ibadat sunat. Dan Allah tak mensia-siakan ibadat kita. Siapa buat perkara sunat, maka baginya pahala. Lihat, betapa Allah sangat-sangat mencintai makhluknya. Buat yang sunat juga ada pahalanya.

Sama jua kalau nak tunjukkan sayang kepada Rasulullah s.a.w. Kita akan mengikuti sunnahnya, sebab kita cintakan Baginda. Kita nak membahagiakan Baginda...

Apa lagi teman-teman? Mudahkan nak tunjuk sayang kita kepada Allah dan RasulNya. Tak perlu keluarkan duit, membelanjakan untuk menunjukkan sayang. Hanya perlu luangkan masa yang sedikit untuk melakukan ibadat sunat dan cuma mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w sahaja.

Moga kita semua diberi kekuatan dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah dan RasulNya.

Wallahu a'la wa a'lam...