pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, December 30, 2008

Sang Kancil-yang bijak?

Bismillah

Dulu, pada zaman saya kanak-kanak, saya selalu didedahkan kepada kisah sang kancil yang bijak dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Dalam pemikiran kanak-kanak saya, sang kancil memang bijak dan patut diteladani.

Tetapi seorang kanak-kanak lain telah membuat suatu kesimpulan yang berbeza terhadap kisah-kisah sang kancil. Pada pendapatnya, sang kancil adalah seekor binatang yang penipu. Sang kancil seolah-olah melambangkan golongan opportunis. Golongan manipulatif dalam masyarakat.

Cuba kita kenangkan kembali kisah-kisah yang pernah kita dengar suatu ketika dulu. Jikalau sang kancil menginginkan sesuatu, cara ia mendapat barang yang diingini selalu melibatkan pihak yang 'terkena' dengannya seakan-akan rugi. Dan apa yang diinginkan sang kancil hanyalah untuk kemaslahatan dan kegunaan diri sendiri.

Mungkin ada benar pendapat kanak-kanak itu. Mungkin kita sebagai seorang individu, dan kita sebagai sebahagian dari kelompok masyarakat, harus bangkit dari 'dikenakan' oleh golongan 'sang kancil'.

Wallahu a'lam

p/s: kisah-kisah yang dimaksudkan ialah seperti bagaimana sang kancil yang telah terjatuh ke dalam sebuah lubang telah memperdaya sang gajah untuk masuk ke dalam lubang itu juga atas alasan kalau hendak selamat. Tapi setelah sang gajah masuk ke dalam lubang tersebut, sang kancil melompat atas badan gajah dan telah terselamat keluar dari lubang tadi manakala sang gajah masih terperangkap.
Kisah lain pula ialah apabila sang kancil hendak memakan buah-buahan yang terletak di seberang sungai yang penuh dengan buaya. Lalu sang kancil mengaku ia utusan raja yang dihantar untuk mengira buaya-buaya yang terdapat di situ. Setelah ia selamat melompat dari seekor buaya ke atas buaya yang lain dan telah selamat sampai ke seberang, ia pun mentertawakan buaya-buaya yang dianggap bodoh kerana mempercayai kata-katanya.

sedikit sebanyak ulasan dari kisah-kisah yang dimaksudkan.


**dr saifulislam.com:

“Kancil tu berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba dia terjatuh ke dalam lubang. Aaaaa……. kancil jatuh jauh ke dalam”, saya bercerita.

“Lepas tu?”, tanya Saif.

“Kancil berasa sakit kaki dan dia mengurut-urut kakinya. Macam ini…”, saya menarik tangan Naurah ke kaki saya dengan lagak mengurut.

“Jangan la Abi”, kata Naurah.

“Lepas tu?”, Saif bertanya lagi.

“Kepala kancil terus berfikir… macam mana aku nak keluar dari lubang ni”, saya menyambung.

“Abi, tak baik cakap AKU”, kata Saif.

“Oh ya… emm! Kepala kancil terus berfikir, macam mana saya nak keluar dari lubang ni”, saya membetulkan ‘kesilapan’ tadi.

“Lepas tu?” Saif menyambung lagi.

“Tiba-tiba kancil terdengar bunyi tapak kaki sesuatu yang besar. Hah, ini mesti sang Gajah. Naurah macam mana bunyi gajah?”, saya mencucuk perut Naurah.

“Eeeekkk!”, Naurah menggayakan bunyi gajah.

“Macam sakit perut aje gajah ni”, saya ketawa.

“Lepas tu Abi?”, Saif tidak berpuas hati sebab cerita saya merewang ke sana sini.

“Lepas tu kancil menjerit memanggil gajah. Wahai gajah! Langit nak runtuh. Tengok di atas sana tu. Hitam… awan jahat!”, saya bercerita lagi.

“Gajah tu dengar tak?”, Saif bertanya.

“Dengar. Dia bertanya kepada kancil macam mana dia nak selamatkan diri?”, saya menjawab.

“Kancil cakap apa?”, tanya Saif.

“Kancil kata, wahai gajah… kalau kamu nak selamat, masuklah ke dalam lubang ini. Macam saya…!”, kata saya.

“Gajah tu lompat ke?”, anak saya sudah tidak sabar dengan cerita yang perlahan ini.

“Tentulah… berdentum dia masuk ke dalam lubang. Dan apa lagi, kancil pun terus naik ke atas badan gajah dan melompat keluar dari lubang itu”, saya menyudahkan cerita.

Saif ternganga.

“Pandai tak sang kancil?”, saya bertanya.

“Kancil penipu. Tipu jahat”, kata Saif.

Saya menggaru-garu kepala.

Selama ini saya dibesarkan dengan imej kancil sebagai haiwan yang bijaksana. Hari ini, anak saya memberikan komen spontan bahawa kancil itu jahat kerana penipu. Manipulatif!

Ok, kita dengar cerita lain.

“Pada suatu hari, sang kancil lalu di tepi sungai. Dia ternampak ada banyak pokok rambutan di seberang sungai. Masak ranum. Yop dengan Naurah suka rambutan?”, saya memulakan cerita kedua.

“Suka!”, anak-anak saya menjawab.

“Kancil pun suka. Tapi dia tidak pandai berenang. Dia mesti mencari jalan macam mana hendak menyeberang sungai ini”, saya menyambung.

“Kancil buat apa?”, tanya Saif.

“Kancil dapat satu akal. Dia berdiri di tebing sungai sambil menjerit, wahai buaya sekalian. Aku adalah utusan raja. Aku mesti mengira satu dua tiga, berapakah jumlah kamu semua”, jerit sang kancil.

“Kancil tak takut buaya ke?”, tanya Saif.

“Buaya kuat tapi tak cerdik. Buat apa nak takut”, saya memberitahu.

“Beraturlah kamu semua sampai ke tebing sana. Aku mahu mula mengira, kata sang kancil”, saya ketawa kecil melihat anak-anak ternganga-nganga. Masuk lalat baru tahu!

“Lepas tu?”, tanya Saif.

“Kancil pun melompat ke atas kepala buaya itu satu demi satu. Yop tahu apa kancil cakap?”, saya bertanya.

Saif menggelengkan kepala. Naurah meniru sama.

“Kata sang kancil, satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk”, saya menggayakan luku ke kepala anak-anak.

“Abi, tak baik cakap AKU”, kata Saif.

Ishh, susah betul nak bercerita. Obses betul anak saya ini menentang penggunakaan perkataan AKU.

“Akhirnya, sang kancil berjaya menyeberang sungai. Dia berkata, ha ha ha, padan muka kamu semua. Saya sebenarnya hanya mahu memakan buah rambutan ini! Semua buaya di sungai marah kerana ditipu sang kancil”, saya menamatkan cerita.

“Jahatnya kancil. Suka tipu orang”, kata Saif.

Saya menggaru kepala.

Apa benda yang saya belajar selama ini?

Sang kancil bijaksana. Sang kancil pandai menyelesaikan masalah. Rupa-rupanya, sang kancil mewakili golongan manipulatif di dalam masyarakat, manakala mangsa-mangsanya adalah bangsa kita yang tidak habis-habis ditipu.

Patutlah susah nak mengundang perubahan.

Kita semua mangsa sang kancil!

Bismillah

Just now, i received a shocking (or rather surprising) personal message from a sister. The message carried a serious tone, even though the sister was sweet enough to address the matter in a civic manner.

I know i love to save pictures of babies and little children, then later on put them in my profile pictures and such. But i never thought my harmless act is actually violating certain people's rights. The message made me realise that i could be convicted if i'm not careful.

It's the same with linking other people's blogs. Now that i realise that someone may not be happy that i link their blog without their permission, i've decided to go to those who i've linked their blog to mine and ask for pernission, even if it's a little late to do so.

Saving others' pictures or linking others' blogs is the same as borrowing things. One needs to ask for permission for that is a virtue.

The message makes me think that while i'm rushing for hablun minallah, i should take care of my hablun minannas too. Sometimes one is just a step away from Jannah, but because one has a discrepancy with another person, that person might just be put in Hell fire instead. Na'uzubillah... Oh Allah, save me.

Lesson learnt: i should ask permission should i want to save pictures, photos, articles or anything else from someone else. And then, put the link when i re-publish the stuffs i saved.

Wallahu a'lam

Friday, December 26, 2008


Jangan kau terlalu cinta
Kelak kau akan membenci


Jangan kau terlalu benci

Kelak kau akan mencintai


Tidak semua yang kau suka..baik untukmu

Dan tidak semua yang kau benci

Buruk untukmu



Teringat suatu ketika dulu. Tika aku masih dalam kebingungan.
Sekarang aku tidak lagi bingung. Kerana ku tahu ada yang pasti.
Yang pasti - pastinya Dia.

Thursday, December 25, 2008


Bismillah

This is not an important post actually. I just realised just how many posts i've written for this month alone. I blame it on endless free time and undisrupted wireless network. Haha...

Once next semester starts, i'm sure i may not be able to write as much as now. All praises be to Allah s.w.t for giving me the opportunity to spend my free time for spreading words of good (insyaAllah). I'm praying that school will not let me stop writing. Study is study, but writing on my blog can be some sort of reprieve from the strenous workload, i hope.

To readers out there, i thank you all for your time. Syukran.

Cinta Tanpa Syarat

Bismillah

Salah satu tajuk di dalam buku 'Aku Terima Nikahnya'.

Cinta tanpa syarat ialah sebagaimana cinta Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya. Allah s.w.t tidak pernah meletakkan apa-apa syarat dalam mencintai makhlukNya. Walaupun bukan semua hambaNya patuh dan akur terhadap perintahNya, namun sifat kasih dan sayang, ar-rahman dan ar-rahim, tidak pupus dariNya. Malahan, Allah s.w.t semakin mengasihi dan menyayangi hamba-hambaNya yang menurut segala peraturanNya.

Maka dengan segenap kasih sayang yang ada pada diri Yang Maha Esa, Allah s.w.t memercikkan sebahagian dari kasih sayang dan cintaNya kepada hamba-hambaNya yang bergelar ibu dan bapa.

Ibu bapa mencintai dan menyayangi anak sebelum anak itu dilahirkan lagi, tetapi anak hanya bisa mencintai dan menyayangi ibu dan ayahnya mungkin setelah diri anak itu sendiri menjadi ibu atau ayah. Kasih anak, kadangkala tidak sampai ke makam ayah dan bonda.

Allah s.w.t juga mengurniakan dalam diri ibu dan ayah percikan sifat al-wahhab (iaitu Maha Pemberi). Ibu dan ayah sanggup membuat apa sahaja demi anak, dari usia anak itu kecil hingga ke dewasa. Ibu dan ayah memberi tanpa meminta balasan, tanpa syarat. Mereka melakukan semua itu bukan untuk jangka masa yang singkat, tetapi memakan hampir seluruh umur mereka. Itulah pengorbanan hakiki.

Namun sebagai anak, kita kadangkala alpa dengan kenyataan ini. Apatah lagi, kasih sayang kita terhadap ibu dan ayah kita hanya akan dilahirkan dengan bersyarat. Contohnya, dapat duit belanja lebih, baru 'sayang mak'. Ayah belikan motosikal, baru diucapkan 'sayang ayah'.

Cuba kita muhasabah, apa yang akan terjadi jika ibu dan ayah kita sayang dengan bersyarat? Tentu hidup kita susah.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di dalam kehidupan kita sebagai seorang anak, tetapi sebagai seorang hamba Allah s.w.t. Kadang-kadang kita hanya akan buat amal ma'ruf nahi mungkar jika kita tahu kebaikan apa yang dapat diraih dari perbuatan kita. Cinta kita kepada Allah s.w.t bersyarat, contohnya: bila kita tak malas, barulah kita hendak membaca al-Quran, ataupun apabila kita jatuh sakit, barulah lidah ini dibasahi dengan zikrullah.

Bayangkan jika Allah s.w.t bersikap begitu. Sebagaimana yang ustaz tulis di dalam bukunya, jika setiap solat kita hanya diterima oleh Allah s.w.t seandainya kita benar-benar khusyuk, berapa banyak solat yang kita khusyuk yang sebenar-benarnya? Fikirkanlah...

Siapalah kita untuk meletakkan syarat. Sedangkan keberadaan kita di sini disebabkan oleh Allah s.w.t. Kita manusia sebenarnya 'berhutang budi' dengan Allah s.w.t. Oleh itu, janganlah kita sesekali sombong dan angkuh dalam menunjuk rasa kasih sayang terhadapNya. Tiada salah kita menzahirkan rasa kasih sayang kita dengan ucapan (sebagaimana ummsofiyyah ungkapkan):

Ana Uhibbuka Ya Rabb

Wallahu a'lam

i do :)

Bismillah

Alhamdulillah...akhirnya, selesai juga kubaca buku 'aku terima nikahnya' karya Ustaz Hasrizal. Ana minta maaf banyak-banyak ye fa, ana makan masa yang lama untuk habiskan buku enti tu...

Banyak pengajaran yang dapat kuraih dari buku tersebut. Pada pendapatku, buku itu bukan sahaja bermanfaat bagi mereka yang sudah berumahtangga dan berkeluarga, tapi juga boleh dijadikan panduan kepada mereka yang masih bujang dan anak dara. Begitu juga bukan kerana mereka akan melangkah ke alam rumahtangga, tapi dapat dipratikkan dalam kehidupan sebagai seorang anak dan sebagai seorang abang atau seorang kakak dan sebagainya.

Unsur agama dan unsur sosial dalam pembetukan nilai manusiawi dikupas dengan baik. Pengalaman yang ustaz kongsi membuatkan pengajaran yang hendak disampaikan nampak lebih realistik. Persoalan yang uztaz kemukakan seolah-olah meng'echo' apa yang ada di benakku. Hamdan lillah, persoalanku terjawab jua.

Jika ada kesempatan, aku mahu membeli buku itu sendiri buat diriku. Syukran fa sebab beri ana peluang membacanya sebelum fa. Syukran... :D

Tuesday, December 23, 2008

Death

Bismillah

Just now, nearly one of the resident in my block jumped to his/her death. Fortunately, the onlookers managed to calm the person down as the person wanted to jump. The civil defence force and the ambulance were also quick on the spot. An accident had been curbed.

When i heard the news from my brother, my 'semangat' was down. I can never hear news of death. I'm easily 'lemah semangat'.

My block is notorious for suicide attempts. Over the eight years i lived here, there were many cases of suicide. It is not a reassuring fact, i know.

I have 'faced' death many times before. Both my grandfathers passed away when i was still a small child. I didn't understand why they had to go before, but i accepted the fact that they are gone. Sure, i miss them, but i never felt at loss. When i was in primary four, my father preceded them. I still didn't understand why my father 'went away' but i knew that he will never come back. When i kissed my father goodbye, i knew i cried...but the moment they put my father in the coffin, the tears dried up.

When i was 15, my grandmother followed their steps. Only then i knew how it felt to lose someone who is very dear to me. I cried so much that day. The days after that without my grandmother seemed different. Everything i did seem out of place.

Loss of dear ones affects me greatly, but loss of an acquaintance also affects me deeply. Even the death of a stranger leaves a mark upon me.

Death reminds me of Doomsday. Reminds me of Jannah and An-Nar. Reminds me of retribution.

Death brings out the best in me sometimes. Makes me feel remorse. Remorse at my sins.

How shall my end be? I craved to be in the best light... I craved to get Allah's blessings...
But simply craving is not enough.

Oh Allah
Guide us
Steer us to the right path

اهدنا الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم

Wallahu a'lam

Sunday, December 21, 2008


Bismillah

Alhamdulillah, i've gotten the chance to watch "Forum Perdana Hal Ehwal Islam" live, for the first time yesterday. I was called to be a volunteer for the day. Although i would have preferred to be an audience instead, i still accepted the request to be a volunteer, because i won't have any company if i went as an audience.

Honestly, there were few instances that made me perplexed, but all in all it was an okay experience. I came with an empty stomach, and we were immediately asked to fill up the goody-bags the moment we entered the hall. Although i was very hungry, i resisted the urge to find some food because we were promised some food later on.

Well, i can say it seemed like one unlucky day for me. Firstly, when i wanted to put on my socks after wudhu' for my asr prayers, i can only find half the pair...the other went missing. I was scared it might have fallen somewhere in the hall. I traced back my steps from the praying area to the restroom but it was nowhere to be found. And so i have to spent the rest of the day (plus night) with my praying socks, which are purple in colour. Imagine that?? Purple - on my cheddar cheese-like shoes. (Anyway, i found the other pair already. Guess where it turned up? In my other sock...it seemed that i wore both socks on the same feet...hahaha)

Then i lost my tag. I know it doesn't cost much, but i really treasure the tags that i have. Fortunately, the lanyard was intact. At least i have something to remind me by about yesterday.

Food was nice...at least for those who eat meat. I am not a meat-eater (except for chicken) but because that was the only food they provided, i had to bear eating it. It was okay, but i still prefer chicken anytime :D

I enjoyed myself yesterday because for one i met an old friend from irsyad. The meeting brought back all the memories from irsyad. And another, somehow i felt like being an irsyadian again, as i helped my alma mater raise fund by carrying the donation box. Hopefully, the school can raise enough funds for the new school building.

My prayers are always with you, my dear Irsyad.

Friday, December 19, 2008

untukmu - bakal Imamku


Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia Penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu ku singkap dengan segunung taubat dan sepenuh kesungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....

Ketahuilah wahai mujahidku, Ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah.

Ya Tuhan kami.. lindungi kami...Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.

Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahidah yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu.

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.

Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku. Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku.. kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku, diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid.

Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa melukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...

Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dn istikharah...InsyaAllah inilah pencarian kita.

MasyaAllah. Masih jauh perjalananku dalam membentuk diri sebagai seorang mujahidah sebagaimana yang diatas. Moga-moga Allah bersamaku pada setiap langkahku.

Wallahu a'lam

Bismillah

Alhamdulillah, i finally got to know my much-awaited examination results. All praises be to Allah s.w.t. The waiting has paid off. Alhamdulillah, my results this semester is better than the last semester. Even though i've faced many challenges and was drained emotionally this semester, Allah s.w.t has helped me through my difficult times. Thank you Allah.

I've realised that we have much to say thanks to Allah s.w.t. The fact we were born is the first thank you we must say to Him. Then comes the other thank you(s) for His neverending blessings that He blessed upon us. The gift of life, the ability to breathe, the ni'mah of food and drinks... If it is upon humans, we are surely incapable of doing anything without His help. Even the strongest human could not overpower His power. Just think, as much as we can endure pain, we can never hold off the need to 'pass' (buang hajat). Isn't it just amazing?

My success is Allah's doing. It is not my doing. I am merely a medium of channelling His powers. Although i am happy for my success, i cannot hold my head proud. Pride is His, not mine. Feeling proud might just lead me to 'ujub & riya'. Na'uzubillah...

On a lighter note, i'm really happy to meet up with my 'granddaughter' (kalau ikut pangkat la kan. i'm not yet a grandmother :D) she has grown so much since i last saw her, which was during the study break. Now she can walk and talk (okay, not much talking - more like blabbering..haha)

At first, she was shy. Of course, i don't usually meet with her, so i'm quite an unknown to her. But Aleeya Humairah was sweet. The dimples made her look even sweeter. I am so in love with her. Her sister, Aimi Hamiza, was not around, or else i would be swooned over in love. The sisters are just so adorable.

I didn't get a nice picture of both of them yet. Below is the only one that I have for now.


Babies render so much happiness in oneself. No one can feel angry when they are in a baby's company. There is also a saying that hugging a baby can reduce stress level. Personally, i feel it is true. Whenever i'm stressed, a baby never fails to put a smile on my face. That's why i love babies so much. :D :D

Anyway, i hope one day i'll be holding my own baby. Holding another's baby is fine, but i feel holding one's own is even better...right??

Wallahu a'lam

Thursday, December 18, 2008

Promises - are meant to be broken???

Bismillah

If there is one weakness in me, it is to keep promises. Just like the other day when a few of my friends invited me to go cycling at Pulau Ubin, i promised them that i can join them. But as it is, i overslept on the day we were going. I mean, i really wanted to go. I knew my mother was against the idea, but i was willing to coax her into letting me go. But as i said, i overslept. We were supposed to meet at 8am at Simei, but i woke up at 7.30am.

It may seemed that i intentionally did not try to get up early. Purposely forgot that i made some promise.

I know it's not my first time. Surely there must be other instances that i did the same too even if i did forget that i've done it.

I'm scared of people's assumptions they make out from this..and especially from those who are dear to me. Assumptions that i'm unreliable, and a gone-case in terms of promises.

To keep a promise is a virtuous act. I'll try my best to do so. What good is there acting all goody-goody when in fact i hurt the hearts of others?

Wallahu a'lam

Perkara Disembunyikan Allah s.w.t

Bismillah


Ana nak berkongsi dengan antum semua 6 perkara yang disembunyikan oleh ALLAH taala.

1. Redha Allah taala.

  • maknanya disini ialah, jika kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan dalam masa yang sama Allah meredhai kita, insyaallah kita akan mendapat rahmatnya walaupun hanya kita menyusun kasut di tangga masjid.
2. Allah taala sembunyikan kemarahannya dalam maksiat.
3. Allah taala sembunyikan lailatul qadar dalam bulan Ramadhan.
4. Allah taala sembunyikan para wali dikalangan manusia.
  • maknanya disini wali Allah ini tidak kira pada orang miskin ataupun orang kaya, dengan itu kita haruslah menghormati dan berbuat baik sesama manusia walaupun dia itu seorang tukang kebun, kerana kita tidak tahu apa amal ibadatnya kepada Allah dan kemungkinan orang itu adalah para wali.
5. Allah taala sembunyikan umur kita.
  • jika kita tahu umur kita dan tahu bilakah kita akan mati, nescaya kita tidak akan melakukan kerja seharian dan duduk ditikar sejadah untuk melakukan amal ibadat, sebab itulah Allah menyembunyikan umur kita supaya kita bersedia dengan amal ibadat kita untuk bertemu dengan Allah pada hari akhirat nanti.

6. Allah taala sembunyikan solat dalam semua solat.

  • maknanya disini kita diwajibkan melakukan solat dengan bersungguh-sungguh tidak mengira waktu. contohnya ada sesetengah orang suka melakukan sesuatu solat dengan bersungguh-sungguh pada waktu subuh dan asar sahaja, walhal pada waktu lain dia akan melakukan dengan sambil lewa. Ini tidak digalakkan dalam islam, ini kerana rahmat Allah tidak mengira waktu.

semua yang baik daripada Allah taala dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.

sekian wasalam


Created by: -mMA-


Wallahu a'lam


Monday, December 15, 2008

bait al-muslim



Bismillah

Besar hati bila dengar ada teman-teman (yang dekat dan yang jauh) yang mendirikan rumahtangga atau yang sedang dalam proses ke arah rumahtangga. Bukan sebab perkahwinan yang membuat diri kesukaan, tapi disebabkan dengan pernikahan akan terbentuknya bait al-muslim. Sejuk mata memandang bait al-muslim. Terasa seperti nak ikut jejak mereka. Tapi..... :D

Sebelum mengenali teman-teman yang dikatakan 'islamik', tak pernah terlintas dalam fikiran tentang bait al-muslim. Maklumlah, dulu-dulu tak pernah terfikir begitu mendalam tentang Islam, tiada penghayatan. Islam dan muslim hanya pada nama. Tapi sejak menukar sekolah, biah sekolah pun sudah lain, barulah timbul kesedaran. Alhamdulillah, terpilih untuk merasakan suasana Islam.

Sekali lagi ku mengucapkan syukur. Alhamdulillah, bila masuk universiti sekarang, masih lagi terpilih untuk meneruskan pelajaran dalam bidang Islam, dalam suasana keislaman. Dan telah dipertemukan dengan teman-teman yang banyak memberi kesedaran tentang Islam, dan lebih-lebih lagi dalam menghayati agama yang suci ini.

Sebenarnya, tujuan utama tulis post ini tentang bait al-muslim. Bait al-muslim sangat-sangat dianjurkan dalam Islam. Moga-moga dari keluarga itu akan terlahir mujahid dan mujahidah yang akan memperjuangkan Islam. Rasulullah s.a.w akan berbangga di hari akhirat kelak dengan ramai umatnya.

Oleh itu, tak salah jika seseorang itu bercita-cita untuk membina sebuah bait al-muslim, asalkan sahaja batas-batas syariah dijaga. Bait al-muslim takkan terbina jika pasangan itu sudah seperti suami isteri lagaknya walaupun belum bernikah. Alhamdulillah, diri ini telah diberi kesedaran mengenai perkara ini. Dan ia merupakan peringatan kepada diri ini pada masa akan datang jika diri ini nak terjebak dengan maksiat 'berpasangan' ni.

I end this post with this beautiful poem by dear sister @ http://alfaqeer.wordpress.com/2008/05/19/my-fahri/

My Fahri is waiting for me,
Just as I am waiting for him.
My Fahri preserves himself & lowers his gaze
Till he meets me & be amazed.


My Fahri speaks gently
and advises much.
My Fahri restricts his dating-fun
Till he meets me, his beloved one.


My Fahri fears Allah
and never miss prayers.
My Fahri cries over his past sins at night
Till I come by & make him feel light.


My Fahri loves the Prophet
and tries to emulate him.
My Fahri will take my breath away
in real life, just as in my dream.


My Fahri never forgets his siwak
and tries to always have wudhu’.
My Fahri treats the sunnah as wajib
& leaves the subha for fear of making a slip.


My Fahri will be shy
when we finally meet.
And make me blush
& I’ll stare at my feet.


My Fahri will love me for my efforts today
and forget my past as I forget his.
My Fahri & I will build a bond
with parents’ blessings, 2 rings, & our first kiss.


My Fahri will whisper sweet words to me
that has never been heard by another girl before.
My Fahri & I will create memories
of jemaah prayers, qiyamulail, & more.


My Fahri will read the Qur’an to me when I am down
& I will read to him when he asks me to.
My Fahri, my Imam, in this life & the next,
Do you know that I am missing you?


My Fahri will understand my dreams & goals
and will support me in my quest for ma’rifatulLah
My Fahri does not distract & obstruct me
but increases my love for the Prophet & Allah.


My Fahri will always greet me with a smile
even if he’s had a bad day at the office.
And I in turn will adorn myself & wait at the door
smelling nice & looking good & ready with a kiss.


My Fahri will share with me his deepest secrets,
his many dreams & biggest fears.
I will be his wife & best friend,
his comforter, his recharge & wiper of tears.


My Fahri & I will take turns
to wake the other up for tahajjud.
My Fahri will still call me gorgeous
when I’m not looking too good.


My Fahri will never raise his voice at me
but advise & admonish me firmly.
My Fahri will know I cry easily
and will cry with me or wipe my tears for me.


My dear Fahri, I hope you know I’ll always need you
despite my notorious independent streak.
This girl will love you more than all her books
that has made her into this geek.


My Fahri will love my parents as if they were his
and I will care for his parents like they were mine.
My Fahri reads widely, thinks deeply & prepares for the next Life
but never neglects me in his dua, like he is always in mine.


My Fahri & I will love for Allah
we’ll make a great tag team.
My Fahri is waiting for me,
just as I am waiting for him.


Moga-moga Allah pertemukan aku dengan 'Fahriku'... Amiin Ya Rabbal 'Alamiin :D

Wallahu a'lam


No Reason To Miss Solat

Bismillah

I was surfing the net as usual, looking for interesting pictures when i came across these pictures below. One shows a man who's working near a construction area performing his solat and another which shows men praying on a narrow platform.



This really is an eye-opener. Personally, i say, i know that i am obligated to perform the prayer five times a day, but sometimes i just pray because i need to, because i have to. Not because i found solace when communicating with Allah s.w.t. in my prayers. It saddened me at times when i felt like so. I've heard that solat has the utmost importance of all ibadah. Yet at times, all i do is recite my fatihah and other surahs like a speeding bullet.

As it is, because of the high importance it is given, no matter in what situation someone is, there is absolutely no reason not to perform the prayer. No water, it's okay...do the tayammum instead. Too sick to stand? Sit down while praying, it's okay. Bed-ridden? Unable to move your hands and legs? No matter, your eyes can do the work instead. Even when you die, solat is the must thing for you - of course, somebody else will do it for you.

And even if you are in a battle, and you're afraid your enemies might attack while you solat, you can change your qiblat. Allah still accepts your solat.

This serves as a reminder to me when i'm outside and far from any surau or masjeed. If some people say make-up bags, handphones or portable games are the must-haves in their bags, personally, my praying garments and qiblat pointer are the must-haves for me.

It makes me appreciate more that i can do my prayers freely when i'm in Malaysia. There are suraus everywhere, and it is no hassle for me to find a spot to solat.

But i guess, when you are facing a troubled situation, you tend to do better, ain't it right?

Wallahu a'lam

Thursday, December 11, 2008

Hijab

Bismillah

Nowadays, we are seeing more and more muslimahs embracing the way of life with hijab. It's really good to see that they have been blessed with the hidayah from Allah s.w.t to cover up their aurah.

I have mixed reactions regarding this. Maybe because the concept of proper hijab wearing is already distorted. Or maybe it isn't just that. Maybe it is the concept of covering up one's aurah is distorted.

Muslim women are obligated to cover up themselves except the face and palms. But now we see people only cover up their hair...that is a distorted image. The holy Quran verse clearly says that muslim women should cover themselves up to their chest level, not up to one's neck only.

So who's to blame? The media? Designers? The individual herself?

I, for one, feels that it is up to the individual for the most part. No one can say that hijab wearing is not made known. Hijab is widely publicised, so if one says she is oblivious to the obligation, then that's not entirely plausible. But media also plays a part. The media nowadays just doesn't show the conservative way of wearing your hijab. It shows the 'millennium' way, which personally i feel, just don't cover the aurah the way it is permitted by Islam.

I'm not intending to point fingers at anyone with this post, but i wish to highlight the correct way of hijab wearing. Being fashionable is not wrong, as long as one knows the limits one has to abide.

Wallahu a'lam

Huda's surprise birthday celebration

Huda dan hadiahnye


yok makan yok

Makanan serba serdahana

Tumpang celebrate ye?? :D

Adib & Bang Kadir

Adib and Huda
Bismillah
semalam sambut birthday huda..yg lame tertinggal. at the same time, sambut sekali birthday adib.
kesian huda, datang secara mengejut jugak la kan...cume ckp nak beraye je...

lain kali bole buat lagi ye huda??? :D

MISC

Mai sini-beli2

Kenangan gerai Ihram 2008

Ularku sayang

With Kak Efa

All made up for the college's dinner
Bismillah

Gambar mandeta 2008...dinner kolej kediaman ungku aziz di crown princess hotel...
Makanan sedap, cume lambat sampai kat meja kite...kite duduk dengan 3 org Arab. Kesian dorg, sume makanan kite habiskan..tkpe la, mesti tekak die tak dapat terime...so tk salah la kan ktorg habiskan, dari membazir...

Gambar gerai Ihram...byk kenangan utk Ihram kali nie. Alhamdulillah, gerai Ihram merupakan idea inovatif yg patut dialu-alukan. Harapan agar Ihram yang mendatang dapat kekalkan.

And gambar sy pegang ular...dr dulu mmg takot ular. Geli yg teramat sgt...tp mase fiesta kuaz mase tu, tiba2 nampak ular nak pegang, on impulse... Skrg tk takot lagi, kalau bole nak pegang ular yg lebih besar...hehe :)

Wednesday, December 10, 2008

Raya 2008

Hadin, anak Kak Pah

Huda, anak sape tu??

She is like a big sister to me

Haz, Huda & Abg Kadir (my littlest bro)
Bismillah

Gmbr raye aidilfitri tahun nie bersama teman-teman sebilik & bang Kadir :D

Tapi walaupun sikit org, meriah jugak...sbb makna ziarah waktu raye btl2 serap. Kecik2 dtg ruma org nak duit, da bsr sikit dtg raye sbb sume org buat, da bsr panjang (ceh2) baru tau makna beraye yg sbnr-bnrnya...

Moga-moga dipertemukan dengan Ramadhan akan datang, insyaAllah

Wallahu a'lam


Lakium 08

Fadhilah dan Huda penat ber'jungle-trekking'

Wall-climbing

Style la - credits to the photographer

Unik kan?? Mcm lollipop

Huda, Radhiyah, Maiza

Huda, Maiza, Fadhilah

Huda mem'promote' khemah tersyg

post pn da tulis...cume terpanggil nak upload gmbr je
pengalaman yang pahit, manis, gelabah bercampur aduk...
aduh, khemahku sayang (yang banjir)

KUAZ's open house 2008

Huda (my other half) - friends for 15yrs

I'm so happy with them - tu yg tersenyum simpul :D

Sweet kan dorg..??

My twin-My "kakak"

Huda, Fadhilah, Kakak Neighbour and Me

Bismillah
Sebenarnya, cerita nie da basi da...lambat nak upload gmbr... :D

Alhamdulillah, sambutan raye aidilfitri telah berlangsung di KUAZ beberapa hari sblm peperiksaan. Kalau tahun sebelumnya, sambutan hari raye tidak mendapat sambutan, berbeza dengan tahun nie... Tak sia-sia ditubuhkan jawatankuasa gerak kerja. Nampaknya master pn puas hati sbb ramai anak buahnya turun...

Teringat mase2 mencari2 baju yg sesuai utk majlis nie... Bukan nak bergaya, tp nak nampak elok..

Apa pun, syukur atas majlis yg diadakan...sekurang-kurangnya dapat jumpe kwn2 (maklumlah kan nak exam, sume sorok kat bilik) and dapat makan FREE...

Bismillah

Today was a lot of fun... I've actually planned this thing for a while but was really looking for the best opportunity. Alhamdulillah, Eid Adha gave me just that chance.

I guess my friend was caught surprised. It was the second time she had gotten a surprise birthday celebration.

I've learnt to appreciate things more as i grow older, such as friends. No one can live alone in this world. None can survive without a companion. There is a verse in the Holy Quran; human were created in tribes so that they can interact with one another (li ta'arafu).

The reason so because we can learn with one another. Such as this friendship that i forged, i've learnt a lot...sometimes we don't need formal education to be educated... Knowledge comes in every aspect in our life, and one aspect is through our friends.

Actually, i just want to say many thanks to my friends, for being my friends... I've found much solace and comfort from our friendship. May our ukhwah stays till the end of our time. InsyaAllah

Wallahu a'lam

Sunday, December 7, 2008


Bismillah

I was in the process of cleaning up my notes and i came upon my past compositions..such a reminiscence...i can't believe that i used to write the way i did. looking back, i think my compos were not that good, but i still managed to scrape passes for them...and my style of writing had also changed over the years..

it's just like someone prominent said,"if you look at a person's style of writing, it changes with the person's age...a child writes short sentences. when the child grows older, he can write more complicated sentences...but when you look at the Quran, the style of writing is consistent in every page. This is a clear evidence that the Quran is not the writing of a mere mortal, but comes from a divine intelligence"

this refuted all lies made by non-believers that claimed the Quran is from the words of our benevolent prophet Muhammad s.a.w...it's true that Muhammad was not a mere human, but His messenger, but it is also true that the prophet s.a.w was also an 'ummi (illiterate) which means he can neither read nor write. so what the non-believers claimed is untrue...very untrue

this should make us believe the Quran is a concrete evidence...may our belief should never waver from this truth, insyaAllah

wallahu a'lam

Friday, December 5, 2008


Bismillah

Now, i see more and more of my friends changing their status from 'single' to 'in a relationship'. Somehow, i felt disturbed by this fact. For those who have been married or engaged, i can understand.. Even for those who have been engaged, there are boundaries that you have to follow. Engagement is not yet married..but it's those that are having couples without any akad bonding them that i'm worried about...

This is discussed many times before. It is a topic many would like to run away from. But i still need to address this. Couples are not allowed in our religion. Having a special girl/boy friend is very intoxicating.. I know because i used to feel that way too..

It is not okay to be coupled with someone who is not your mahram when you're not married. Even if you are planning to marry with one another one day, it is still not okay for you to meet that special person every day, talk on the phone all the time and so on... What's more to touch one another's hands... Allah promised retribution for every action a man makes. You might not get that on the spot you did something.

It applies too in this case. Because you decide to defy The Almighty when you are in a relationship, when you are married, Allah might punish you now.. Punishment now before the punishment in the hereafter. Punish you by not making you feel at ease whenever your spouse is away. Punish you by creating suspicions and bad perceptions between two married parties.

Maybe this is one cause for high divorced rate nowadays. Their marriage were not blessed by Allah, just because of the mistake they did in the past. Mistake for not having a halal relationship. That is sad news...

So to all of you out there, please think twice before you decide to have a relationship. We do not want to invite Allah's wrath, do we???

Wallahu a'lam

Write

Bismillah

Felt compelled to write this.

Before i had any blogs, i can only wonder what lies in writing...i mean, what do writers feel about their writing...?? i have never indulge myself in writing during my early teen years because i thought i was more of the analytical sort of person. I've never enjoyed myself when it came to writing compositions. Every sentence that i had to construct seemed like a burden to me.

As time goes by, i felt more and more motivated to write. I was very envious with those who can write well, maybe primarily, they were known by many. I used to be a low profile person. Somehow, at one point of time, i felt as if i need to come out of my cocoon. I want people to know me. That's conceit...

After i get to know certain people in my life, my mindset was changed. I no longer wanted to write to be known, but to write so that i can reach many with my words and may my writing benefit them in a good way, even if it's little. There is so much truth in the saying, 'the pen is mightier than the sword'.

The benevolent prophet Muhammad saw also encouraged his followers to give out knowledge even if it's a sentence. One can do that by writing.

Personally, i've gone through many stages in writing. Before this, i just write so that i can brush up on my language... Now, i write because i have the passion to do so. I may not be able to conjure up flowery snippets and stuffs, but i enjoyed writing so much... Maybe if i'm ready, i can publish my own book...

Wallahu a'lam

Bismillah

Terfikir tentang topik perbincangan di blog seorang kenalan...tentang cuti. Maklumlah sang penulis kan sedang bercuti...

Cuti-cuti nie nak buat ape ye?? Macam-macam dalam fikiran, dan terutama sekali nak pergi shopping... Entah lah, sejak kebelakangan nie, makin rajin shopping...tapi jangan salah faham tau, bukan shopping sembarangan, shopping keperluan selalunya. Sehinggakan adik pun tanye,"Angah nie asyik shopping je..."

Sebenarnya, die jealous..ye la, ape die nak beli sumenye ditegah..tapi bersebab tau, bukan sembarangan...

Tapi bile fikir2 balik, nak blaja lagi 2thn lebih...banyak duit nak gunekan untuk tampung pembelajaran. Rasenye datang keinsafan untuk shopping lagi...takpela, yang mane bole gunekan lagi, gunekan dulu (spt kasut, baju, beg dan sbgnya)

Cuti nie sebaiknya digunekan untuk timba ilmu. Tak payah pegi jauh, dekat ruma pun bole timba ilmu...dan yang mempunyai laptop sendiri, lagi senang...knowledge at your fingertips...(ini pun reminder kepada penulis)

Cuti yang kite rasekan sekarang nie cume sementara. Cuti yang sebenar-benar cuti ialah di akhirat kelak...bagi orang-orang yang berjaya, mereka akan bercuti di Syurga. Sbb walaupun kite cuti sekarang, tapi kite tak terlepas dari taklif kite sebagai hamba Allah swt. Oleh itu, walaupun kite sedang bercuti sekarang, jangan ibadat pun kite cuti-cuti jugak..

Apa-apa pun, kepada yang bercuti, selamat bercuti... :D

Thursday, December 4, 2008

i'm public

Bismillah

after a long time it's been private, i'm making this blog public..
hehe, hopefully with this, i can have more constructive comments regarding my posts..

Wallahu a'lam

apa nak jadi??

Bismillah

aku tak tau..apa nak jadi dengan anak perempuan Melayu...
aku malu sendiri..
walaupun bukan aku yang dipaparkan
tapi itu kaum aku...

hijab
pakainya hijab, kau telah berjanji
janji akan menutupi dirimu
melitupi kehormatanmu...

tapi apa yang aku nampak sekarang..??
hijab hanya fesyen
yang digandingkan dengan pakaian yang ketat
yang jarang
yang tipis...

aku malu melihatmu begitu
tidakkah kau malu dengan dirimu sendiri...
sehingga dirimu menjadi bualan lelaki
menjadi bahan cercaan dan hinaan

kembalilah ke pangkal jalan
tuntutlah ilmu pemakaian yang tepat
jika kau belum bersedia
jangan kau menarik kami sekali
untuk dicerca dan dihina...

pakailah ia kerana tuntutan Ilahi
bukan kerana trend masa kini...

Wallahu a'lam

lakium + syeikh yusuf estes

Bismillah

Meant to write this a long time ago...okay, maybe not so long time..just two weeks before...just waiting for the right moment..this is the right moment i guess..i have, again, changed my blog colours and name..

After exams ended, i decided to straight go home and have a long, long rest...but then there was a leadership camp...i like camping, but i don't really care for leadership camps...but since the price was great (actually more than great)..i mean RM15 for a three day camp...?? it's really cheap right...??

okay, i'll stop digressing..

i was elated to know that we'll be staying in a resort...i always like to grab any chance to go to any chalets, resorts or hotels...because i couldn't afford if it's personal...but when we arrived at the youth centre where the camp will be held, i saw no buildings that could put up with 150 youth...naturally, i was perplexed...questions after questions raised in my mind as to where we would be staying for the next three days...

eventually my questions were answered...we were told to build our own camp at the campsite...personally, i've done this before and have gone through the painstaking process living in camps...but i was truly not ready for the rainy season...imagine flood in your camp..?? all of your clothes were drenched..i mean, i even had to wear the jubah i wore for the first day, for the last day too...

i guess i even couldn't care what i looked like...even though i like to look prim and proper (really..!!!) all the time...this time, i was not in the mood to do so...

okay, enough of the complaints...what i really wanted to write about was the input i received...these people are not much older than me, but they are certainly mature in their thinking...and their spirit to do something for Islam is so inspiring that i felt i really wanted to join them...

they made me feel so inferior of myself...in a good way really..i wanted to improve myself more and more each day...even though i have been an Islamic-educated student for years, and currently still, my knowledge for this holy religion is still mediorce...i have lots to learn

sometimes i feel that my spirit is being held back when i'm back at home...maybe it's because i'm not surrounded by people who wants to fight for Islam...i mean, they practices Islam, but that's just it...but whenever i'm over there, there is so much Islamic ambience that i'm really comfortable staying there for long (yes, but i miss home too later)

and syeikh yusuf estes' public lecture was just great...he touched on the topic in a light manner, so no one can feel offended by what he said...

when he first entered, he looked so much like a santa claus...really, seeming he's a caucasian and has a long white beard..he has a big build and a gangster-like demeanour, he looked fierce...however he was anythning but fierce...behind those, he is actually a very sweet person...

and he ended his lecture in a very charming manner...i'm not able to compose well, so if anyone really wants to know, then you have to talk to me..

i'm really grateful that i did not go back home immediately...these two events that i went to were really informative and educational...even if it means i have to forgo 4 days of freedom...

wallahu a'lam

final let go

Bismillah

As titled above, i am finally letting go of a special person who have entered into my life...
The person is moving on with his life, and i should do so too...

Before i saw for myself how he moved on, he is still at the back of my mind..even though we are physically apart, in my mind, he is always there..i know the way i'm saying this is so unlike a true Muslim woman who values herself...i'm just trying to talk out loud to finally ridding myself from any excess feelings...

life has shown me its greatness these few months back...if i can overcome difficult situations before, this is just another difficult phase that i have to go through...

Oh Allah
Guide me through all the adversaries...

and dear, dear friends...i really appreciate all of you being there for me, especially in my times of need...may Allah bless you with the best of health and imaan..InsyaAllah...Amiin...

Wallahu a'la wa a'lam