pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Monday, November 28, 2011

'jodoh' itu ketentuan Allah~

Bismillah

Sempena musim kahwin-kahwin nie, jiwa pun terikut-ikut nak rasa syok berkahwin. Hm, bukan berkahwin semata-mata, tapi untuk diri sendiri, sebenarnya seronok kerana akan terbina satu lagi baitulmuslim. Dari situ, akan lahir anak-anak pewaris ummah. ^^

Jodoh itu ketentuan Allah. Itulah ayat yang seringkali didengar apabila ditanya soalan, "Bila nak kahwin?" Memang benar jodoh itu ketentuan Allah, tapi kita juga kena ada usaha. Memetik kata-kata seorang penulis, Hilal Asyraf:

"Bercakap berkenaan Mazhab Tawakkal Buta, tiba-tiba hari ini pensyarah saya bercakap berkenaan Salah Faham Dalam Tawakkal. Amat menarik.

"Apa kaitan tongkat Musa dengan laut? Tiada kaitan. Tetapi Allah SWT mengarahkan Musa untuk mengetuk laut dengan tongkatnya, selepas itu barulah Allah belahkan laut itu untuk dia. Untuk apa sebenarnya tindakan itu diarah? Untuk mengajar manusia berusaha dalam bertawakkal. Bukan semata-mata berdoa dan menggantung harapan."

Terbaik Doktor. Nah, dalam bercinta pun sama ya anak-anak. Jadi janganlah ambil ajaran-ajaran yang ajar main pendam sahaja, luah pada Allah sahajalah, berdoa sahajalah itu. Berdoa, berdoa. Usaha kena ada. Itu yang Allah ajar kepada kita sebenarnya."

Tapi sebenarnya, saya tak mahu bercerita tentang jodoh yang ini.

Saya mahu bercerita tentang 'jodoh' bersama kawan-kawan.

Pernahkah kita terfikir, bahawa kita bertemu kawan itu juga dengan izinNya? Bayangkan diri kita di sekolah baru, di kawasan perumahan baru, tidak mengenali sesiapa... tentu kita akan rasa keseorangan dan kesunyian. Tapi dengan rahmat dan izin Allah, maka kita akan dipertemukan dengan seseorang, yang mulanya hanya seorang kawan biasa yang akhirnya bisa menjadi teman yang paling rapat.

Tapi kita juga perlu usaha. Tidak boleh menyombong diri. Kena ramah. Rajin menegur orang.

Sepertimana dalam hubungan pasangan suami isteri, kita perlu juga menjaga persahabatan kita. Kena sentiasa buat sesuatu yang boleh melestarikan hubungan kita, yang boleh menjadikan ia sentiasa mekar & segar...

No comments: