pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, December 30, 2008

Sang Kancil-yang bijak?

Bismillah

Dulu, pada zaman saya kanak-kanak, saya selalu didedahkan kepada kisah sang kancil yang bijak dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Dalam pemikiran kanak-kanak saya, sang kancil memang bijak dan patut diteladani.

Tetapi seorang kanak-kanak lain telah membuat suatu kesimpulan yang berbeza terhadap kisah-kisah sang kancil. Pada pendapatnya, sang kancil adalah seekor binatang yang penipu. Sang kancil seolah-olah melambangkan golongan opportunis. Golongan manipulatif dalam masyarakat.

Cuba kita kenangkan kembali kisah-kisah yang pernah kita dengar suatu ketika dulu. Jikalau sang kancil menginginkan sesuatu, cara ia mendapat barang yang diingini selalu melibatkan pihak yang 'terkena' dengannya seakan-akan rugi. Dan apa yang diinginkan sang kancil hanyalah untuk kemaslahatan dan kegunaan diri sendiri.

Mungkin ada benar pendapat kanak-kanak itu. Mungkin kita sebagai seorang individu, dan kita sebagai sebahagian dari kelompok masyarakat, harus bangkit dari 'dikenakan' oleh golongan 'sang kancil'.

Wallahu a'lam

p/s: kisah-kisah yang dimaksudkan ialah seperti bagaimana sang kancil yang telah terjatuh ke dalam sebuah lubang telah memperdaya sang gajah untuk masuk ke dalam lubang itu juga atas alasan kalau hendak selamat. Tapi setelah sang gajah masuk ke dalam lubang tersebut, sang kancil melompat atas badan gajah dan telah terselamat keluar dari lubang tadi manakala sang gajah masih terperangkap.
Kisah lain pula ialah apabila sang kancil hendak memakan buah-buahan yang terletak di seberang sungai yang penuh dengan buaya. Lalu sang kancil mengaku ia utusan raja yang dihantar untuk mengira buaya-buaya yang terdapat di situ. Setelah ia selamat melompat dari seekor buaya ke atas buaya yang lain dan telah selamat sampai ke seberang, ia pun mentertawakan buaya-buaya yang dianggap bodoh kerana mempercayai kata-katanya.

sedikit sebanyak ulasan dari kisah-kisah yang dimaksudkan.


**dr saifulislam.com:

“Kancil tu berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba dia terjatuh ke dalam lubang. Aaaaa……. kancil jatuh jauh ke dalam”, saya bercerita.

“Lepas tu?”, tanya Saif.

“Kancil berasa sakit kaki dan dia mengurut-urut kakinya. Macam ini…”, saya menarik tangan Naurah ke kaki saya dengan lagak mengurut.

“Jangan la Abi”, kata Naurah.

“Lepas tu?”, Saif bertanya lagi.

“Kepala kancil terus berfikir… macam mana aku nak keluar dari lubang ni”, saya menyambung.

“Abi, tak baik cakap AKU”, kata Saif.

“Oh ya… emm! Kepala kancil terus berfikir, macam mana saya nak keluar dari lubang ni”, saya membetulkan ‘kesilapan’ tadi.

“Lepas tu?” Saif menyambung lagi.

“Tiba-tiba kancil terdengar bunyi tapak kaki sesuatu yang besar. Hah, ini mesti sang Gajah. Naurah macam mana bunyi gajah?”, saya mencucuk perut Naurah.

“Eeeekkk!”, Naurah menggayakan bunyi gajah.

“Macam sakit perut aje gajah ni”, saya ketawa.

“Lepas tu Abi?”, Saif tidak berpuas hati sebab cerita saya merewang ke sana sini.

“Lepas tu kancil menjerit memanggil gajah. Wahai gajah! Langit nak runtuh. Tengok di atas sana tu. Hitam… awan jahat!”, saya bercerita lagi.

“Gajah tu dengar tak?”, Saif bertanya.

“Dengar. Dia bertanya kepada kancil macam mana dia nak selamatkan diri?”, saya menjawab.

“Kancil cakap apa?”, tanya Saif.

“Kancil kata, wahai gajah… kalau kamu nak selamat, masuklah ke dalam lubang ini. Macam saya…!”, kata saya.

“Gajah tu lompat ke?”, anak saya sudah tidak sabar dengan cerita yang perlahan ini.

“Tentulah… berdentum dia masuk ke dalam lubang. Dan apa lagi, kancil pun terus naik ke atas badan gajah dan melompat keluar dari lubang itu”, saya menyudahkan cerita.

Saif ternganga.

“Pandai tak sang kancil?”, saya bertanya.

“Kancil penipu. Tipu jahat”, kata Saif.

Saya menggaru-garu kepala.

Selama ini saya dibesarkan dengan imej kancil sebagai haiwan yang bijaksana. Hari ini, anak saya memberikan komen spontan bahawa kancil itu jahat kerana penipu. Manipulatif!

Ok, kita dengar cerita lain.

“Pada suatu hari, sang kancil lalu di tepi sungai. Dia ternampak ada banyak pokok rambutan di seberang sungai. Masak ranum. Yop dengan Naurah suka rambutan?”, saya memulakan cerita kedua.

“Suka!”, anak-anak saya menjawab.

“Kancil pun suka. Tapi dia tidak pandai berenang. Dia mesti mencari jalan macam mana hendak menyeberang sungai ini”, saya menyambung.

“Kancil buat apa?”, tanya Saif.

“Kancil dapat satu akal. Dia berdiri di tebing sungai sambil menjerit, wahai buaya sekalian. Aku adalah utusan raja. Aku mesti mengira satu dua tiga, berapakah jumlah kamu semua”, jerit sang kancil.

“Kancil tak takut buaya ke?”, tanya Saif.

“Buaya kuat tapi tak cerdik. Buat apa nak takut”, saya memberitahu.

“Beraturlah kamu semua sampai ke tebing sana. Aku mahu mula mengira, kata sang kancil”, saya ketawa kecil melihat anak-anak ternganga-nganga. Masuk lalat baru tahu!

“Lepas tu?”, tanya Saif.

“Kancil pun melompat ke atas kepala buaya itu satu demi satu. Yop tahu apa kancil cakap?”, saya bertanya.

Saif menggelengkan kepala. Naurah meniru sama.

“Kata sang kancil, satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk”, saya menggayakan luku ke kepala anak-anak.

“Abi, tak baik cakap AKU”, kata Saif.

Ishh, susah betul nak bercerita. Obses betul anak saya ini menentang penggunakaan perkataan AKU.

“Akhirnya, sang kancil berjaya menyeberang sungai. Dia berkata, ha ha ha, padan muka kamu semua. Saya sebenarnya hanya mahu memakan buah rambutan ini! Semua buaya di sungai marah kerana ditipu sang kancil”, saya menamatkan cerita.

“Jahatnya kancil. Suka tipu orang”, kata Saif.

Saya menggaru kepala.

Apa benda yang saya belajar selama ini?

Sang kancil bijaksana. Sang kancil pandai menyelesaikan masalah. Rupa-rupanya, sang kancil mewakili golongan manipulatif di dalam masyarakat, manakala mangsa-mangsanya adalah bangsa kita yang tidak habis-habis ditipu.

Patutlah susah nak mengundang perubahan.

Kita semua mangsa sang kancil!

5 comments:

ف.ر. said...

am i one of them? :/ if yes, please do remind me...

Unknown said...

to me bijak tu bermakna dapat berfikir dengan pantas dan cepat untuk keluar dari sesuatu masalah demi kemaslahatan diri sendiri atau orang sekeliling.

jadi...
apa yang dibuat sang kancil itu memang sesuatu yang bijak.

seorang penipu pula dia akan mencari penghuraian tetapi bukan untuk keluar dari masalah. Malah lebih menjerumuskan diri dalam jurang masalah yang lebih dalam.

jangan terlalu stereotaip dengan katatipu tu...
tipu tak selalunya membawa konotasi negatif. Renung-renungkan...

Nawal Insyirah said...

to huda:
mungkin cara kita kupaskan tk sama dgn penulis original die..and mksd yg nak disampaikan tk tersampai...

mungkin bijak is not the right word...

Wallahu a'lam

Unknown said...

hehehe...
freedom of thoughts...
btw, bila senang letak lar artikel sebenar..
blh menjernihkan segala ke'blur'an

Nawal Insyirah said...

hehe...
insyaAllah kite akan selitkan artikel yg original...

thanks for the insight by the way..
:D