pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Thursday, December 18, 2008

Perkara Disembunyikan Allah s.w.t

Bismillah


Ana nak berkongsi dengan antum semua 6 perkara yang disembunyikan oleh ALLAH taala.

1. Redha Allah taala.

  • maknanya disini ialah, jika kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan dalam masa yang sama Allah meredhai kita, insyaallah kita akan mendapat rahmatnya walaupun hanya kita menyusun kasut di tangga masjid.
2. Allah taala sembunyikan kemarahannya dalam maksiat.
3. Allah taala sembunyikan lailatul qadar dalam bulan Ramadhan.
4. Allah taala sembunyikan para wali dikalangan manusia.
  • maknanya disini wali Allah ini tidak kira pada orang miskin ataupun orang kaya, dengan itu kita haruslah menghormati dan berbuat baik sesama manusia walaupun dia itu seorang tukang kebun, kerana kita tidak tahu apa amal ibadatnya kepada Allah dan kemungkinan orang itu adalah para wali.
5. Allah taala sembunyikan umur kita.
  • jika kita tahu umur kita dan tahu bilakah kita akan mati, nescaya kita tidak akan melakukan kerja seharian dan duduk ditikar sejadah untuk melakukan amal ibadat, sebab itulah Allah menyembunyikan umur kita supaya kita bersedia dengan amal ibadat kita untuk bertemu dengan Allah pada hari akhirat nanti.

6. Allah taala sembunyikan solat dalam semua solat.

  • maknanya disini kita diwajibkan melakukan solat dengan bersungguh-sungguh tidak mengira waktu. contohnya ada sesetengah orang suka melakukan sesuatu solat dengan bersungguh-sungguh pada waktu subuh dan asar sahaja, walhal pada waktu lain dia akan melakukan dengan sambil lewa. Ini tidak digalakkan dalam islam, ini kerana rahmat Allah tidak mengira waktu.

semua yang baik daripada Allah taala dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.

sekian wasalam


Created by: -mMA-


Wallahu a'lam


No comments: