pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Thursday, June 28, 2012

bila keluarga menjadi liabiliti

Bismillah

Tujuan utama saya bila pulang ke tanah air ialah untuk mencari penawar kepada sakit yang tidak tahu puncanya ini. Saya berjanji pada diri, ini bukan suatu tempoh percutian atau seumpamanya tetapi lebih kepada bekerja jarak jauh. Tapi hampa! Sejak kepulanganku seminggu yang lalu, saya langsung belum menyentuh apa-apa jua kerja yang berbaki, sehinggakan saya menerima 'amaran' daripada boss saya.

Kadangkala, saya tersepit di antara kemahuan saya, keperluan saya dan keluarga. Bagaimana untuk kata tidak kepada ibu yang perlukan pertolongan? Bagaimana untuk saya menepati 'waktu kerja' di rumah sendiri? Mungkin ini semua alasan. Sebenarnya mudah sahaja penyelesaiannya jika tahu cara untuk 'tackle' masalah-masalah yang disebut.

Keluarga yang utama setelah Allah dan RasulNya. Keluarga adalah aset kita. Tapi keluarga juga kadangkala menjadi liabiliti kepada diri.

Mungkin saya harus belajar bertegas secara hikmah. Kewajipan saya adalah untuk ibu dan pada masa yang sama, saya juga mempunyai kewajipan ke atas kerja-kerja saya.

2 comments:

ف.ر. said...

Penggunaan perkataan awk mencerminkan awk budak muamalat eh.

liabiliti..aset..

hehe..

mungkin dhiya boleh gi library terdekat dgn rumah dhiya setiap pagi untuk selesaikan kerja dhiya..

tengahari atau ptg dhiya dah boleh spent time dgn ibu n family..

tapi kalau fa, dah kat rumah, mmg tk nk keluar hehe..

:p

Fa

Nawal Insyirah said...

huhu.. fa, kita pun sama..
planning mmg nak buat camtu, gi library ke apa kan..

tp tak jadi.. penangan rumah lagi kuat.. huhu~