pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Monday, June 11, 2012

mudahnya di zaman kanak-kanak

Bismillah

Minggu lepas, saya telah menghabiskan masa membaca sebuah novel yang berkisar dua orang sahabat yang juga merupakan adik-beradik susuan. Novel itu membawa pembaca ke zaman kanak-kanak mereka pada awalnya. Bagaimana mereka menghabiskan masa mereka bermain dan bersuka ria bersama.

Sudah lama saya meninggalkan aktiviti membaca. Semasa di awal zaman universiti, dapatlah juga saya menghabiskan dua, tiga novel dalam satu semester. Tapi sejak akhir-akhir ini, bahan-bahan akademik yang perlu dibaca telah take over masa untuk membaca novel. Walau apapun, membaca adalah amalan mulia. :)

Beberapa hari yang lalu, saya juga telah menonton sebuah filem mengenai kanak-kanak yang tidak mahu menjadi dewasa. Siapa tahu nama filem ini? Ya.. Peter Pan (tanya sendiri, jawab sendiri..heh!) Peter tidak mahu dibebani dengan tanggungjawab orang dewasa, lalu dia melarikan diri ke Never Land, sebuah pulau yang membolehkan seseorang kekal menjadi kanak-kanak.

Mungkin ramai orang dewasa yang ingin kembali ke zaman kanak-kanak. Ini kerana pada zaman ini, kita belum lagi dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Zaman yang mana satu-satunya masalah yang kita hadapi ialah bagaimana untuk tidak bosan dan apakah permainan pada hari ini.

Saya juga~

Kadang-kadang, bila terasa penat bermain dengan 'permainan' dunia, mahu sahaja saya putarkan semula masa untuk kembali ke zaman kanak-kanak.

3 comments:

ف.ر. said...

teringat dulu-dulu, asal nampak playground aje, excited semacam..

hehe..

sekarang asal nampak playground aje dgn Akak Ruqayyah, kiteorg ketawa terkenang masa dulu-dulu..

:)

Happy aje, celik mata, ingatnya nak main :P

Fa

Nawal Insyirah said...

hehe..

zaman yang no sorrows no woes, kecuali bila nak mainan tapi mak ayah tak mahu belikan.. :)

ف.ر. said...

hehe..

betul..

:)

Fa