pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, June 10, 2012

ayah

Bismillah

Kadang-kala, bila saya sedang bersujud, saya teringatkan ayah di alam sana. Apa khabar ayah? Sudah lama ayah tidak menjenguk saya di alam mimpi. Kali terakhir ayah datang ketika saya menerima keputusan peringkat A. Itu lima tahun yang lalu.

Tapi ibu sering mimpi akan ayah. Mungkin sebab ibu selalu ingatkan ayah, ibu selalu doakan ayah. Anaknya jarang-jarang teringatkannya. Doakan ayah pun bukan di setiap akhir solat. :(

Apa khabar ayah di sana ya?

Bila saya terfikir akan keadaan ayah, saya jadi peka dengan perbuatan saya. Sebab saya tak mahu, kerana perbuatan anaknya, ayah diseksa di alam kubur. Apatah lagi saya anak perempuannya. Ayah bertanggungjawab ke atas anak perempuannya. Saya tidak mahu perbuatan saya mengundang kecelakaan ke atas ayah. :(

Saya rindu ayah. Saya rindu nak panggil ayah.

T_T

3 comments:

ف.ر. said...

Al-fatehah..

Mendoakannya salah satu amal soleh ug srg dihrpkannya dan dtunggunya..

Lazimkan ya awk..

Dan istiqamahkan..

Dan yakin disampaikanNya..

sbb Rasul saw yg ajar bgtu caranya..

Org lain dokn bila ingt sj, tp anak dn isteri yg tahu dn yakin akn ajrn Rasul ini akn smpikn tiap2 hari, kalau blh tiap2 solat, kiranya 5 kali sehari..

Untk ibu pun dh blh lazimkn hntrkn doa secara rahsia..sekirnya mrk pergi dulu, kte sudh tdk kekok n lupa lg untk serng hntrkn doa..

Mudah2an..

Fa

Nawal Insyirah said...

mudah-mudahan awak..
kadang2 sedih dengan diri sendiri, kenapa susah nak stay lama sikit lepas solat, untuk berdoa.. :(

ف.ر. said...

ya kan awk?

bukan awk sorg..kita juga awk..

sama2 kita improve ya..

mudah-mudahan..

Fa