pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Thursday, June 14, 2012

sana sini macam bukan

Bismillah

Sambil mendengar zikir A'uzubillah daripada Halim, tiba-tiba saya menjadi emo.

Nak kata saya orang sini, macam bukan (memang bukan pun!)

Nak kata saya orang sana, dah rasa macam bukan orang sana.

Sudah hampir 5 tahun saya menetap di Kuala Lumpur. Jika di zaman universiti dulu, kadang-kadang bila hampir masuk 2 bulan baru saya akan pulang ke Singapura. Masa yang agak panjang dihabiskan di rumah pula ialah apabila tiba cuti semester.

Sekarang di zaman bekerja, tiada lagi cuti semester yang panjang untuk berlibur. Saya akan pulang ke rumah hanya sebulan sekali. Itu pun wajib sebab saya tiada pas pelajar mahupun pas pekerja. Tempoh yang dibenarkan untuk berada di Malaysia hanya 30 hari sahaja sebab saya menggunakan pas pelawat. Bercuti di rumah pun tidak boleh lama-lama, 2 atau 3 sahaja sebab tuntutan kerja tidak mengizinkan saya bercuti lama.

Dengan masa yang sedikit sahaja yang dihabiskan di rumah dalam tempoh 5 tahun ke belakang, saya rasa seolah-olah telah hilang sedikit identiti saya sebagai rakyat Singapura. Saya rasa ketinggalan dari perkembangan teman-teman di Singapura. Perkembangan Singapura as a whole pun saya terpinga-pinga.

Pada masa yang sama, walau macam mana selesa pun saya dengan teman-teman di Malaysia, saya tetap merasakan ada suatu jurang di antara saya dan mereka. Mungkin saya rasa inferior berbanding mereka. Iyalah, ini negara mereka, mereka pasti mempunyai lebih kelebihan berbanding saya, mereka mempunyai lebih pengetahuan tentang negara mereka berbanding saya...

*tak tahu nak buat penutup*
*sambung emo*

3 comments:

Cik Tulip said...

diya.. kita sama je.. walau kita lahir di negara yg berbeza tapi kita tetap hamba Allah yang hanya menumpang di atas bumi ni...

^^

ف.ر. said...

Alhamdulillah..

Sekurang-kurangnya, masih lagi di Tanah sendiri (Nusantara). Walaupun ikut undang-undang, bila masuk Malaysia, kita jadi orang luar/pendatang (Singapura),ikut sejarah, kita bukan..Nusantara Tanah Melayu kan, cumanya, penjajah yg pandai2 pisah2kan kita..

Nikmat belajar kt Malaysia ni, pada kita, pusing2, semuanya org2 kita, lain kan kalau di sini?

Katanya Rasulullah shallahu ;alaihi wa sallam, org yg berjihad menuntut ilmu, jika mati, syahid. Org yg bermusafir, doanya terkabul. Org yg berhijrah krn Allah dan RasulNya, dia akn dapat yg seperti itu. Sebab kesusahan2 sebagai seorang penuntut yg bermusafir lagi, anti ada kelebihan anti sendiri berbanding org lain termasuk diri ana..

:)

Fa

Nawal Insyirah said...

cik tulip & fa:

semalam ter-emo lebih..
hari nie alhamdulillah okay da :)