Bismillah
Sebentar tadi, saya dan dua orang teman saya telah ke pasaraya Carrefour. Kedatangan kami disambut dengan seorang badut. Badut pada asalnya adalah sebuah karakter yang menghiburkan dan mencuit hati. Ini kerana telatah badut yang suka membuat orang lain tertawa. Tapi sekarang ini, kebanyakan cerita dan filem yang ditayangkan mempamerkan the dark side of clowns.
Apabila badut itu cuba mendekati saya, minda saya terus teringat kepada Joker, sebuah karakter dalam cerita Batman. Joker adalah watak yang jahat serta menakutkan. Tanpa menghiraukan teman-teman saya, saya pantas berjalan meninggalkan mereka. Apa yang penting pada masa itu adalah keselamatan saya daripada badut tersebut.
Setelah pulang ke rumah, saya menilai kembali tindakan saya.
Jika kita tukar situasi tadi kepada situasi yang lebih getir, adakah saya akan bertindak seperti itu dan meninggalkan teman-teman saya dalam keadaan bahaya?
Di satu sisi, situasi tadi kelihatan agak lucu kerana terlihat seorang dewasa yang takut dengan badut. Di sisi yang lain, dalam keadaan sebegitu, peribadi kita yang sebenar akan terserlah. Sama ada kita ini seorang yang hanya mementingkan diri sendiri, ataupun kita akan mendahulukan saudara kita.
3 comments:
Uhkti..
Apa makna ithar? perkataan Arab eh?
Nak tahu dr anti, tk nk google, blh?
fa
hehe..
ithar tu kalau tidak silap kita, perbuatan kita mendahulukan saudara kita yang memerlukan..
ada kisah para sahabat yang menghadapi situasi mereka tersangat haus. bila seorang daripada mereka nak minum air, tiba2 nampak seorang sahabatnya yang kehausan, lalu dia pun pass air yang ada pada sahabatnya.
sahabat tu pun baru nak minum, nampak seorang lagi yang kehausan. so air tu di pass lagi. perbuatan passing air ini berlarutan sampai ke sahabat yang pertama.
tapi bila nak bagi, sahabat yang first2 tu telah meninggal dunia.
itulah ithar, kalau tak silap kita.
:)
Jazakillah awk..
Menghargai penjlsn dr awk..
SubhanaAllah..
Patutlah Allah Azza Wa Jall redha dgn para Sahabat radhiyaAllahu
anhum. Rasulullah shallahu `alaihi wa sallam turut redha dgn mereka ra. dan Para Sahabat ra juga redha trhdp Allah dan RasulNya.
Saling redha meredhai..
Kami turut juga ingin mendpt redhaMu dan RasulMu sebagaimana pata Sahabat radhiyaAllahun anhum ya Rabb..
Fa
Post a Comment