"Jika mahu kenal seseorang, maka harus kenal satu kampungnya dulu."
Hee.. ini bukan kata pujangga, bukan jua kata orang bijaksana. Ini adalah kata-kata ciptaan saya.
Tiba-tiba tadi terfikir, saya rasa seakan belum bersedia lagi untuk masuk ke dalam ahli keluarga baru. Memang saya belum membuat apa-apa perancangan, cuma saya sedang berfikir dan menimbang-nimbang perasaan saya apabila saya menjadi ahli keluarga suami kelak, insyaAllah.
Lalu saya pun mulakan operasi meninjau-ninjau. Berapa orang adik-beradiknya, apakah kesukaan mereka, anggaran umur mereka dan sewaktu dengannya. Apa yang saya dapati ialah sebuah titik persamaan: ada juga yang suka membuat kek.
Oh.. kalau sudah ada titik persamaan, insyaAllah langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah. :)