Judi, judi, judi.. manusia terlalu mengejar kesenangan, kekayaan.. apa cara pun dia sanggup lakukan.. salah satunya dengan berjudi..
Tak usahlah lihat kepada kasino-kasino atau pusat-pusat perjudian yang gah. Dari skop yang kecil pun, judi tetap judi.. hukumnya tetap HARAM!!
Kalau kita buat penelitian, permainan untuk kanak-kanak juga mempunyai unsur-unsur maisir. Pergi sahaja ke funfair atau taman tema, permainan-permainan yang ada di situ semuanya berasaskan konsep perjudian. Menaruh nasib, tanpa usaha yang nyata.
Judi diajar sejak kecil lagi. *Geleng kepala* Kasihan anak-anak kecil.. sepatutnya mereka itu masih suci, polos, tiada dosa.. tetapi dimanipulasi oleh orang-orang dewasa..
Dan Singapuraku sekarang, wah, tersenyum lebar kerana pusat kasinonya mendapat sambutan.. dalam jangka masa yang pendek, pemerintah dapat mengaut keuntungan yang banyak, setanding dengan negara-negara kasino yang mapan seperti Las Vegas.
Lalu aku bagaimana? Masih mahu di sini, hidup bersenang-lenang dalam negara yang hasilnya daripada sumber yang haram?
*bawa aku pergi dari lembah haram ini*
No comments:
Post a Comment