Saya suka melihat bayi & kanak-kanak. Apatah lagi jika dapat peluk, cium mereka. Nikmat~
Kenapa begitu mudah bagi mereka membuatku tersenyum? Walaupun terkadang pada ketika itu, aku berasa marah, sedih, tertekan.. dengan tiba-tiba, perasaan negatif itu semuanya hilang.
Ini selaras dengan hadith Rasulullah s.a.w: (insyaAllah, akan dicari para perawinya)
"Bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), maka ibu bapa merekalah yang menyahudikan, menasranikan atau memajusikannya"
Bayi & kanak-kanak itu suci & bersih. Sebab itu kita mudah tertarik. Siapa yang akan tertarik dengan perkara yang kotor, yang keji, bukan?
Dan lagi satu, bayi & kanak-kanak ini impressionable. Mereka senang terpengaruh. Sebab itu mereka diibaratkan sebagai kain putih. Letaklah warna apa pun, pasti lekat dekat kain putih. Kalau cantik lukisannya, cantiklah 'kain putih' kita.. Kalau sebaliknya pula, maka hodohlah ia.
Sekarang, kita pilih. Nak kain putih yang terlukis cantik, ataupun kain putih yang buruk warnanya?
Rasa sedih bila terlihat kanak-kanak kecil yang telah didedahkan dengan anasir-anasir yang negatif: hiburan, makanan yang syubhah, tiada penekanan agama dan lain-lain. Lihat sahajalah rancangan nyanyian kanak-kanak. Biarpun comel gaya mereka, budaya ini seharusnya dielakkan.. tetapi nak buat macam mana kan, kanak-kanak menyanyi menari di atas pentas, ibu ayah & orang dewasa lain bersorak-sorak di belakang. Astaghfirullah.. (peringatan buat diri juga yang kadangkala lalai dengan rancangan hiburan sebegini)
Makanan juga merupakan satu lagi perkara yang kurang dititikberatkan. Bukan soal pemakanan sihat atau tidak, tetapi persoalan halal dan haram. Pernah terbaca komentar seseorang (ataupun dalam artikel majalah solusi) bahawa pemakanan anak-anak sekarang mungkin salah satu penyebab anak-anak sukar mendengar kata & payah dilentur.. atas sebab pencampuran elemen syubhah..
Agama? Mungkin begitulah jawapan masyarakat yang semakin sekular kini. Agama diletak tepi, tidak diberi penekanan. Nak maju, mana boleh sangkut pautkan dengan agama. Agama itu mundur.. malang sekali pemikiran begini. Ad-din lah yang menguatkan kita.. kuat fizikal, kuat emosi, kuat mental, kuat spiritual.. kita menjadi complete package dengan agama.. tak rugi apa-apa pun..sungguh!!
Jadi, anda mahu kain putih yang bagaimana?
Semoga kain putih saya dicorak dengan sebaiknya, amiin~
No comments:
Post a Comment