pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, June 20, 2010

ayah baru?

Bismillah

Hari ini hari ayah. Masuk tahun ini, sudah 14 tahun hari ayah pergi tanpa apa-apa sambutan. Bukan sambutan yang diinginkan, cuma kurindu seorang ayah.. kurindu untuk memanggil 'ayah'..

Diri ini dewasa tanpa ada seorang ayah di sisi. Ayah tiada semasa aku mengambil penghargaan sewaktu aku darjah enam. Ayah tiada apabila aku melangkah ke alam sekolah menengah. Ayah tiada sewaktu aku mengambil peperiksaan besar. Ayah tiada apabila aku berjaya memasuki universiti. Ayah tiada secara fizikal, tapi ayah tetap di hati.. ayah hadir dalam mimpi~

Sungguh kurindu ayah.. ayah tiada pengganti..

Seringkali aku terdengar kata-kata dari teman, ahli keluarga dan pihak-pihak lain yang menyuruh ibuku mencari ayah baru... TIDAK! Aku tidak setuju!

Walaupun mungkin ada baiknya bagi keluarga ini dengan kehadiran seorang lelaki sebagai pelindung kami, aku tetap tidak selesa.. aku tetap tidak mahu.. aku tetap dengan pendirianku..

Dan ibu juga begitu..

Ayah lelaki pertama dalam hidup ibu, dan ayah kekal selamanya dalam hati ibu~

Wallahu 'ala wa 'alam..

No comments: