pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Monday, June 28, 2010

cinta sebelum cita-cita~

Bismillah

Kata orang, "Capailah cita-cita dahulu sebelum cinta". Kata-kata ini seringkali disebut kepada para pelajar, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang melangkah ke alam pengajian tinggi. Kerana di sinilah ramai yang berjumpa 'cinta'.. di alam inilah ramai yang hendak menikah.

Aku pula mengejar cinta dari cita-cita..

Cinta?

Cinta kepada ibu. Ibuku yang telah lama berkorban, sejak ketiadaan ayahku. 13 tahun. Tempoh yang bukan pendek.

Memang teruja bila dengar ramai yang hendak menyambung pelajaran mereka. Buat masters, bahkan ada yang terus menyambung PhD. Aku juga hendak menyertai mereka, tapi aku mungkin menyusahkan ibu lagi. Cukup sudah kesusahan yang ibu tanggung selama ini. Biarlah ibu rehat pula.

Belajar tidak semestinya di universiti sahaja, kan? Life itself is a lesson.

Wallahu 'ala wa 'alam..

No comments: