Rasa kurang semangat nak menempuh semester baru tanpa teman-teman sebilik. Pulang sahaja dari cuti, aku 'dikejutkan' dengan keadaan bilik yang berbeza. Kini aku keseorangan. Kami semua telah membawa haluan masing-masing.
Tiga tahun yang cukup bermakna. Banyak memori yang kami kongsi bersama. Suka, duka.. tawa riang, tangis sedih.. A311 menjadi saksi semuanya. Walaupun asalnya kami berbeza, kami temu titik persamaan sepanjang tiga tahun itu.
Hanya rindu kami bertaut...
Biarpun aku di sini, dan mereka di sana.. ahli A311 tetap di hati. Kerana mereka begitu istimewa~
No comments:
Post a Comment