pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Friday, June 18, 2010

now i know

Bismillah

Pejam celik, pejam celik... sudah sebulan lebih bekerja dengan ibu di satu tempat yang sama.. Waktu mula-mula start kerja, rasanya tak sabar nak habis, sebab dunia pekerjaan itu terlalu memenatkan dan memeningkan. Banyak perkara yang nak kena alert, kena ambil tahu, tambahan lagi kerja ku cuti kali nie melibatkan perniagaan sendiri..

Tapi sekarang, setelah mendapat 'didikan' dari ibu dan kakak saudaraku, alhamdulillah, semakin memahami perjalanan perniagaan yang kami lakukan.. walaupun pernah mengambil subjek perniagaan dan keusahawanan, realitinya berbeza daripada sewaktu belajar.. sebarang kesilapan yang dibuat bukan hanya di atas kertas...

Perhubungan awam juga harus dijaga.. susah rasanya nak friendly dengan orang-orang yang tidak dikenali, sekalipun mereka adalah para pembeli.. tapi semua itu kena tolak tepi.. hari-hari kena senyum dan nampak happy..

Memang penat setiap hari bila balik dari kerja.. kadang-kadang tu boleh tertidur depan laptop.. kadang-kadang tengah berbual dengan kawan pun boleh tertidur.. kadang-kadang blog da buka, da ready nak type post, tapi sebab penat, tangguh lagi..

Rasa banyak masa sendiri terkorban.. aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan terpaksa ditinggalkan.. ibadah yang sunat pun rasa banyak yang terlepas.. macam sedih pun ada juga..

Tapi bila fikir-fikir balik, semuanya dilakukan sebab nak tolong ibu... baru sekarang rasa peritnya ibu nak cari duit nak besarkan anak-anak, nak support persekolahan anak-anak.. sebab ibu nak anak-anak berjaya, ibu tak kisah berpenat, walaupun ternyata ibu memang penat..

Dan yang penting, cuti kali nie dapat meluangkan masa yang banyak dengan ibu.. banyak yang dipelajari daripada ibu.. baru dapat menyelami hati ibu..

Terima kasih Allah atas aturanMu ini.. sungguh, Kau berikanku yang terbaik~

Wallahu 'ala wa 'alam..

No comments: