pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, April 29, 2012

untuk ibu

Bismillah

Ibu bercadang untuk berpindah rumah. Hasil daripada penjualan rumah nanti bolehlah membantu kami untuk menampung kehidupan untuk beberapa tahun. Saya bersetuju sahaja kerana bagi saya tindakan itu amat wajar bagi kami buat masa ini.

Namun, setelah diberi 'valuation' oleh seorang agen rumah, rumah kami diberi nilai yang rendah. Jika kami tetap menjualnya dan membeli rumah yang kecil sedikit, pulangannya tidak begitu menguntungkan.

Ibu mungkin sedikit kecewa kerana ibu sudah bercadang untuk melunaskan hutang yang tertangguh dari hasil penjualan tersebut.

Saya juga sedikit kecewa. Saya kasihankan ibu yang terpaksa bekerja siang malam untuk menampung kehidupan sehari-hari. Ibu bukanlah seorang wanita muda lagi. Umurnya telah mencapai jubili emas, bahkan lebih lagi. Seharusnya ibu tidak perlu lagi membanting tulang untuk kami.

Saya juga kecewa kerana selama hampir setahun saya bekerja, saya hampir tidak menghulurkan apa-apa duit perbelanjaan kepada ibu. Saya tahu ibu tak mahu. Ibu selalu berkata, duit saya tu digunakan dan disimpan sahajalah, kerana ibu tidak mampu untuk memberiku duit bulanan lagi seperti zaman-zaman belajar dahulu.

Saya kecewa juga kerana saya menyimpan wang untuk ke Makkah. Saya hanya mementingkan diri sendiri. Sepatutnya saya menyimpan wang tersebut untuk ibu.

Sekarang ini, saya harus belajar untuk buat apa sahaja yang boleh membantu untuk ibu kerana selama ini ibu telah banyak berkorban untuk anak-anak~

3 comments:

ف.ر. said...

Allahu Allah..

tersentuh hati ini bila baca apa yg ukhti tintakan ukhti..turut menyedarkan diri sendiri juga..

moga ibu awak sentiasa diberikan ketenangan dalam menghadapi kehidupan ini olehNya..

Boleh la sumbangkan wang gaji pada org tua kita..katanya berakahnya nanti pasti ada..jika berkah, tentu sekali Allah izin tunaikan hajat ke Mekah iA..

Kak Mardhiyah minat jadi pendidik? Bolehlah cuba di Maarif. sekadar cdgn.

Moga Allah sentiasa memberikan rahmatNya yang tanpa henti buat ibu awak khasnya dan semua ahli keluarga awak..

:)

Fa

Nawal Insyirah said...

kakak kita tak minat kerja terikat dengan office hours..

nanti kita tanya kakak kita lagi kalau dia berminat..

hehe.. tq fa~

ف.ر. said...

afwan Dhiyah..

kwn2 kite sebatch, fathanah, zahidah n senior kite, kak zahra semua dr maarif n lepas tu smbg di syria..mungkin mrk kenal akak awak eh? mrk semua skrg di maarif..

tp rasanya akak awak mesti dah ada plan dan matlamat tersendiri :)

Fa