Bismillah
Kadang-kadang tu rasa, banyaknya masa dihabiskan di alam maya nie. Facebook tu dah macam rumah kedua. Sangat jarang lah kalau satu hari tu tak online. Paling-paling sekejap pun, dalam sejam dua tu adalah online. Kalau dua tiga tahun dulu tu, lagilah teruk. Sampai kena perli dengan seorang brother nie, satu hari adalah dalam 10 status update. Melampau tak? (Sekarang nie kurang sikit la... :D)
Tapi minggu lepas, satu hari tu aku tak aktif. Keesokan harinya, unnie tanya aku ke mana, tak nampak pun ada di facebook.
Sebenarnya aku tak ke mana-mana pun, tapi sebab melayan drama korea, dari pagi sampai malam, tak layan dah facebook tu. Heh!
Cuma statement dia buat ku terfikir.
Kehadiranku di dalam facebook akan sentiasa diperhatikan oleh orang di luar sana. Kalau baik yang ku tulis, ku kongsi, insyaAllah, baiklah yang mereka dapat. Kalau sebaliknya, mungkin boleh terjadi aku menambah saham dosa-dosaku. Na'uzubillah min zalik...
Pengajarannya, aku harus lebih berhati-hati dan membuat saringan supaya apa sahaja yang kuletakkan di alam maya ini akan memberiku manfaat dunia dan akhirat.
p/s: bukan facebook je kena jaga, twitter pun ya eh diya...
No comments:
Post a Comment