pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Thursday, February 9, 2012

you've got mail

Bismillah

Tiba-tiba rasa macam nak mengarang surat. Surat berdamai antara aku dan dia. Penatlah asyik duduk fikir tentang perkara ni. Dah gunakan segala daya untuk berfikir positif atas tindakannya. Hari-hari dah macam pergi klinik psikologi sebab nak positifkan diri.

Banyak kemungkinan yang bermain dalam minda, kenapa ya dia membuat demikian. Kalau nak katakan dia nak menjauhkan diri daripada fitnah, aku tak nampak pula usahanya. Nampak bahagia sahaja. Nampak macam seseorang yang nak melangkah ke fasa baru dalam kehidupan.

Bukan aku tak bahagia kalau betullah tekaanku tu. Tapi sakit hati jugalah kalau dia 'putus hubungan' denganku tanpa ada apa-apa tanda, apa-apa berita, hanya kerana dia ada hubungan dengan orang lain. Aku tak marahlah nak reject aku depan-depan. Daripada buat macam ni, hari-hari boleh sakit jantung tau.

*tarik nafas dalam-dalam*

Okay, diya... kena bertenang.

Reset niat. Aku nak tulis surat sebab aku nak damai. Aku kena ambil langkah pertama. Selama ni aku asyik suruh orang je yang bertindak dahulu. Tak kisahlah dia nak berdamai ataupun tidak. Lagipun tak baik kan, sesama saudara seislam, seiman... bergaduh & tak bertegur sapa lebih dari 3 hari. (kami ni nak masuk sebulan dah)

Diya, yang penting kena readykan mental, apa pun jawapannya (ataupun lack of it).

Semoga Allah redha atas tindakanku ini. Amiin~

3 comments:

ف.ر. said...

moga perhubungan anti dan dia bertambah baik dan yg pentg diredhai Allah dan RasulNya,

Moga surat tu dapat mendamaikan keadaan antuma berdua ya..

Huda berth keadaan anti pada ana dan apa yg anti sdg lalui..ana turut mendoakan kesejahteraan anti, sahabat baik ana yg ana sgt hargai..

Fa

Nawal Insyirah said...

Fa... T_T

Kita rindu awak T_T

ف.ر. said...

Dhiya..

Jangan nangis2 k...

Kita rindu dan sayang awak n Huda buat selamanya..

ingat kita, ingat Allah
Allah yang bersama awak..

*hugs Dhiyah*