pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Monday, February 6, 2012

hadapi dengan senyuman

Bismillah

Bulan Januari yang lepas merupakan bulan yang aku rasa sangat teruji. Dan ujian yang paling hebat ialah apabila seorang teman memutuskan hubungannya denganku. Apa sebabnya, apa motifnya... tidak ku ketahui. Sehingga kini masih lagi teka-teki. Bukan pertama kali aku dibuat begini. Tapi penangan kali ini terasa hebat. Mungkin kerana teman ini ku sudah anggap lebih dari seorang teman. Mungkin kerana separuh hatiku telah ku serahkan kepadanya.

Hidup terasa suram & kelam tanpa kehadirannya. Seolah-olah dialah cahaya, seakan dialah tujuh warna pelangi yang menceriakan suasana. Semangatku juga jatuh lumpuh kerana dia tiada.

Alhamdulillah, di kala kesedihan & kemurunganku memanjang, Allah masih mengurniakanku iman di dalam hati. Agar aku tidak bertindak melulu, melayan rawan di hati. Janji-janjiNya sentiasa terngiang-ngiang di cuping telinga, sentiasa terpampang di depan mata, agar aku tidak lupa. Sekali lagi, Alhamdulillah~

Walaupun hati ini menangis, demi teman-teman lain, ku gagahi jua dengan senyuman :)

No comments: