pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, February 28, 2012

tarbiyyah Allah

Bismillah

Tarbiyyah Allah itu ada di mana-mana. Bagi orang yang peka imannya, dia pasti boleh mengetahui bahawa Allah sedang mengajarkannya suatu hikmah. Bagi mereka yang kurang peka pula, tarbiyyah Allah akan terlepas begitu sahaja. Sia-sia.

Setiap hari pulang daripada kerja, suatu perkara yang paling aku tidak suka ialah berpusu-pusu semasa menaiki  bas, apatah lagi harus berebut tempat dengan 'makcik-makcik indonesia'. Bukan nak mendiskriminasi mereka, tetapi hakikatnya mereka suka berbuat begitu. Sedangkan aku pula sudah terbiasa beratur sebelum menaiki bas.

Namun, jarang sekali aku bersyukur dan mengucap hamdalah apabila aku dapat menaiki bas walaupun keadaan bas begitu sesak. Maka Allah telah datangkan seorang hambaNya untuk mengajarku untuk bersyukur. Alhamdulillah. Allah masih sayangkan aku sehingga aku diberi peringatan tika ku alpa.

Banyak perkara sebenarnya yang Allah tunjukkan kepada kita agar kita mengambil pelajaran. Semoga kita diberi iman yang peka akan hikmahNya. Amiin~

No comments: