pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, February 7, 2012

kata-kata

Bismillah

Kata-kata kadangkala boleh disalahertikan. Terutamanya bila seorang penyampai itu tidak mendedahkan sepenuhnya apa yang hendak disampaikan.

Kisah kita dan awak:

Kita dah lama maafkan awak. Kita pun dah lama lupakan desakan hati kita untuk mengetahui sebabnya berlaku 'cooling-off period' antara awak dan kita. Jujurnya, memang kita tak boleh lupa perkara yang berlaku,  bukan untuk berdendam, tapi biar ia menjadi memori pahit manis kita bersahabat. Dan kita sangat bersyukur kerana awak yang memulakan langkah pertama untuk menjernihkan suasana. Kerana kalau nak harapkan kita, mungkin kita dan awak akan lambat berbaik semula.

Kisah aku dan dia:

Aku dan dia juga sedang menjalani tempoh 'cooling-off' sepertimana yang berlaku antara awak dan kita. Aku sedang belajar untuk menempuhi tempoh ini dengan hati yang lapang. Dan aku juga sedang berusaha untuk kembali berbaik dengannya. Walaupun bukan menjadi suami seperti yang aku inginkan, cukuplah kita masih lagi bersahabat.

Mungkin kata-kataku telah membuat awak salah erti.

No comments: