Bismillah
Hari ini telah pergi seorang lagi murabbi. Mudir sekolahku sewaktu aku di peringkat pra-universiti. Jujur ku akui, aku tidak mengenali sosok peribadi mudirku dengan baik, namun tidak dapat dinafikan perjuangan beliau dalam memartabatkan ilmu Islam di bumi Singapura.
Dunia sekarang kekontangan ulama'-ulama' seperti beliau, apatah lagi jika anak-anak didik di bidang pengajian Islam tidak meneruskan warisan ilmu Islam ini. Harapnya pemergian Allahyarham mudir dapat membangkitkan semangat anak-anak muda termasuk aku untuk meneruskan perjuangan beliau.
Sebait puisi daripada teman sesekolah buat Allahyarham:
Ribuan langkah kau tapaki
Pelusuk negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu
Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu
Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu
Perginya seorang murabbi, moga Allah tempatkan beliau dalam golongan hambaNya yang soleh.
....dan akan kami sambung perjuanganmu...
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه...
amiin, amiin, amiin ya rabbal 'alamin
No comments:
Post a Comment