pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, February 14, 2012

tapisan Allah

Bismillah

Alhamdulillah, ahad lepas aku telah berpeluang pergi ke AKRAB, satu program baru dalam usrah. Tujuannya ialah mengumpulkan para murabbi dan menyediakan suatu platform bagi membincangkan isu-isu dalam halaqah dan penyelesaiannya serta suatu medan ilmu bagi para murabbi mempertingkatkan diri.

Pada mulanya, aku terasa sedikit malas nak pergi, apatah lagi aku harus ke sana bersendirian. Tapi untuk suatu perkara yang baik, kena paksa diri walaupun malas.

Alhamdulillah, banyak perkara yang aku dapati menerusi pengisian yang disampaikan. Walaupun ada tajuk yang berulang, tapi setiap penyampai pasti ada pendekatannya tersendiri dan seterusnya membuat penyampaiannya unik.

Apa yang menggembirakan lagi ialah dengan kehadiran para akhawat. Rasa riinnndduuuu yang amat sangat dengan mereka. Yalah, kan tidak semua program yang dianjurkan aku dapat turut serta, sebab tulah lama tak jumpa.

*oppss.. dah digress pula*

Suatu kata-kata daripada seorang ukhti membuat diri rasa sangat berharga.

Aku mengenali diriku siapa. Sejarahku yang bagaimana. HambaNya yang penuh dengan noda dan dosa. Tapi kasih sayang Allah itu tiada sempadan. DitarikNya aku perlahan-lahan untuk mendekatiNya. Diberi aku teman-teman yang memberi sokongan untuk terus tetapkan iman. Diberi aku peluang demi peluang untuk memperbaiki diri.

Daripada berjuta hambaNya, kami yang terpilih untuk menyusuri jalan dakwah.

Daripada orang Islam yang ramai di luar sana, kami yang terpilih menjadi murabbi.

Daripada hamba-hambaNya yang ditapis, akhirnya kami yang diberi taklif.

Sungguh rasa diri tak layak, tapi sangat bersyukur kerana diri masih dalam perhatian Allah.



Memang sangat berat beban yang ditanggung, tapi cukuplah jika dapat melihat wajah Allah s.w.t dan bertemu Rasulullah s.a.w di Syurga nanti sebagai motivasi~

1 comment:

ف.ر. said...

Salam,
kita dah reply emel awak.


*hugs dhiya*

Kuat2kan hati. iA, innaAllah ma'ak.

Rindu. Nak aja macam dulu, kumpul n cakap2 dgn awak dan Huda tentang situasi awk tapi tk diizinkan.

inshaAllah, khair ya semuanya.

Fa