pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Tuesday, February 28, 2012

budaya baik kita amalkan

Bismillah

Saya suka perhatikan manusia. Pelbagai perkara yang menarik yang boleh kita dapati daripada pemerhatian kita. Dan segala yang baik yang kita dapati, boleh kita jadikan teladan dan amalan dalam kehidupan kita nanti.

Contohnya, orang-orang Jepun tak malu untuk merendah hati. Seringkali terdengar mereka berkata 'Sila tunjuk ajar' apabila mereka datang ke tempat yang baru. Mereka berkata begitu bukan kerana mereka tidak tahu (mungkin la), tapi (mungkin juga) mereka sangat menghormati mereka yang lebih senior di situ.

Kalau menonton drama-drama Korea pula, mereka sangat menghormati orang yang lebih tua daripada mereka, hatta perbezaan umur setahun sahaja. Yang abang dipanggil hyung atau oppa, yang kakak dipanggil unnie atau noona. Nak panggil seseorang yang baru kenal sahaja pun bukan main-main 'oi, oi' atau sebut nama sahaja, tetapi harus sebut sekali nama keluarganya.

Semasa di China pula, aku mendapat layanan yang sangat baik daripada masyarakat di sana. Setiap kali masuk ke kedai, aku akan disapa dengan ucapan 'Huang yin guang lin' (ejaan salah kot) yang bermaksud selamat datang. Apabila hendak pulang, mereka akan mengucapkan selamat jalan dan datang lagi. Sebagai seorang pelanggan, ucapan sebegini amat bermakna. Biarpun barang di dalam kedai itu ala kadar, atau makanannya kurang sedap, asalkan perkhidmatan pelanggannya first-class, pelanggan pasti suka.

Mereka mungkin bukan orang Islam, tapi budaya yang mereka amalkan mirip dengan ajaran Islam. Siapa kata kita tidak boleh mengambil pelajaran daripada mereka, kan? :)

3 comments:

ف.ر. said...
This comment has been removed by the author.
ف.ر. said...

bak kata pantun orang-orang kita,

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
jikalau salah, tolong tunjukkan


begitu juga dgn adanya sistem gelaran yang sgt ditekankan dalam bahasa orang-orang kita, sehinggakan kata ganti nama 'beliau' dan 'dia' pun ada bezanya.

ada banyak pantun dan perbilangan orang-orang kita yang sgt pentingkan budi berbanding harta dan pangkat.

Mudahnya, budi bahasa budaya orang-orang kita.



dan mmg sgtlah betul untuk ambil pengajaran sesama manusia mcm post anti anjurkan.

kesimpulan ana,
memang indah budaya orang,
tapi indah lagi budaya kita.
:)

heh. betul tk?

Fa

Nawal Insyirah said...

:)

betul2.. mana-mana budaya yang baik kita ambil teladan & kita amalkan..