pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, April 29, 2012

deja vu

Bismillah

*sniffs*

Tiap kali saya balik rumah, saya akan menghadapi situasi sebegini. Tapi hari ini air mataku memang tak dapat nak dibendung lagi. Hatiku sangat tersentuh dengan tangisan ibu.

Saya faham jiwa adik. Dia masih lagi remaja, walaupun dia hampir melangkah ke alam dewasa dalam masa setahun lagi. Jiwanya memberontak, tak mahu dikongkong, walau hanya dengan kata-kata. Saya juga telah melalui fasa tersebut. Melawan kata-kata ibu. Membentak sehari-hari.

Tapi, pabila jauh, baru saya dapat menghargai apa yang ibu lakukan selama ini. Semuanya untuk kebaikanku.

Adikku belum lagi terdedah dengan kehidupan luar. Pemikirannya masih sempit. Dia belum pernah lagi berjauhan dengan ibu untuk suatu tempoh yang lama, maka seperti pepatah Inggeris, 'the grass looks greener on the other side', dia melihat kehidupan di rumah bersama ibu tidak seindah dengan kehidupan di luar.

Saya cuba buat adik faham, jarak umur ibu dan dia tersangat jauh. Cara ibu dibesarkan sewaktu seusia dengannya amat berbeza dengan cara dia membesar sekarang ini. Pemahaman ibu dan pemahamannya seringkali bertingkah, maka saya nasihatkannya supaya 'give and take' walaupun selalunya dia akan terlebih 'take'.

Saya dan kakak nasihatkan juga, bila ibu berleter, diamkan sahaja. Kawal nafsu amarahnya. Bila terasa hendak menyepak benda, tekan butang 'pause'. Semua ini tak boleh nak dipupuk dalam masa sehari. Semua ini perlukan latihan yang lama dan kesungguhan yang kuat. Saya telah melaluinya. Memang susah dan sakit.

Dan adik, pesan seorang kakak untukmu, berdoalah supaya dilembutkan hatimu. Supaya kau berhemah pabila berbicara. Supaya tutur katamu tiada mengguris hati. Supaya tindakanmu tidak mengundang sedih di hati ibu.

Kakakmu juga mendoakanmu supaya hatimu menjadi lembut. Amiin~

4 comments:

ف.ر. said...

Allahumma Amin..

Alhamdulillah, adik awak beruntung dpt akak macam awak dan kak mardhiyah..cumanya kdg2, adik2 ni tak perasan..maklumlah, mcm awk ckp, belum pernah susah, tak pernah berpisah..


sbg akak, kite perlu sentiasa sj nasihtkan dan ingt2kan apa yg perlu untuk adik2 kite. Kalau tk kite, siapa lagi kan? takkan org lain nak tegur. org lain tk kuasa nak tegur2 ni semua.

sama la kite di sini awak. adik2 kite sll sj kene tegur dgn kite hehe.. kdg2 kite rasa adik2 kite tk suka kite hehe.. tapi, tkpala.. kite tegur sbb kite syg.. nanti lama2, Allah yg akan fhmkan mrk knp kiteorg selalu sgt tegur n nasihtkan..

teruskan sj ya awk, tentunya dgn hikmah dan lemah lembut di smpg doa yg tk henti2 dismpaikan buat ahlikeluarga termasuk adik yg disygi..

moga satu hari harapnya, diri kite beserta semua ahli keluarga kite dpt menjadi yg terpilih dlm SyurgaNya Allah bersama dgnNya dan RasulNya dan mrk yg diredhai. itu sj sebenarnya matlamatnya.

Salam dari ana untuk Sahabat yg dirindui dan sentiasa dalam doa ana,

Fa

ف.ر. said...

btw, apa maksud de ja vu eh ukhti?
nak tahu dr awk..tk nak google..
:)

Fa

Nawal Insyirah said...

walaupun adik2 tak suka dengar nasihat, kita still tak bole stop bagi nasihat, kan? :)

deja vu tu maksudnya macam situasi yang dah pernah berlaku dan berulang semula.. (faham tak agak2)

ف.ر. said...

shodaqti Ukhti Dhiya. sgt tepat.

dah fhm dah maksud deja vu. Jazakillah awak.. :)

Fa