pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Saturday, December 11, 2010

ke mana nak ku berlari?

Bismillah

Sana-sini kucar-kacir. Nak balik ke tanah air, aku sudah seperti tiada keinginan lagi. Hanya keluarga menguatkan semangatku untuk pulang.

Nak terus berada di sini, keadaan masyarakat semakin menuju ke arah lembah kehinaan. Walaupun ada pihak-pihak yang berusaha untuk meningkatkan mutu masyarakat, jika dilihat dari kacamata rakyat biasa, masyarakat sebenarnya masih lagi tidak sedar & tidak peka terhadap usaha-usaha ini.

Politik yang tidak telus, hina-menghina, fitnah-memfitnah.. ahhh, semuanya membuatku semakin serabut..

Ke mana bisa ku lari?

Aku mahu lari ke tempat yang aman, bebas dari gangguan dunia yang melalaikan.. aku mahu Islam kembali gemilang, aku mahu berada di tempat Islam diamalkan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat... di manakah tempat sebegitu yang bisa ku pergi?~

Tapi.. jika ku lari, ertinya aku lari dari tanggungjawab.. aku lari dari amanah.. aku tinggalkan masyarakat dalam keadaan terumbang-ambing, sedangkan aku diberi ilmu oleh Allah untuk disampaikan kepada mereka..

Nanti Allah tanya, apa yang nak ku jawab? T_T

4 comments:

ف.ر. said...

فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ

"Maka, berlarilah kepada Allah.."

“So flee to Allah…”

(Qur’an, 51:50)

Nawal Insyirah said...

:')

ف.ر. said...

Salam Dhiya.
Apa ya yang kurang difahami? hehe

Mungkin sedikit perkongsian untuk sama-sama lebih faham, InshaAllah.

Ke mana lagi arah untuk kita lari jika tidak pada Allah? Berlari maksudnya kembali pada Allah. Hanya dengan Allah, kita jadi aman, bebas dari gangguan dunia yang melalaikan. Jangan menyempitkan rasa aman, tenang dan bebas pada ruang, tempat dan masa, sedangkan Allah tidak terikat dengan semua perkara di atas, sedangkan semua perkara di atas adalah kepunyaanNya.

"Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri.."(2:115)

Maka, jika kita berlari pada Allah, kita tak akan lari dari tanggungjawab dan amanah sebab Allah tidak pernah ajar yang sedemikian.

Teringat akan Sayyidina Muhammad saw ketika membawa diri ke Gua Hira sebelum mendapat wahyu dari Allah. Seakan2 baginda saw juga 'ingin lari' dari persekitaran sekeliling yg menyedihkan dan menyesakkan jiwa. Dan Rasulullah saw juga membawa diri. Lari kehadirat TuhanNya sehingga diturunkan wahyu dan diangkat menjadi Rasul. Dan tidak pula baginda meninggalkan tanggungjawabnya sebelum menjadi Rasul. Dan Baginda adalah sebaik2 contoh buat kita.

Mudah2han, Allah, dengan Maha Luas IlmuNya dan Maha Tahu, Maha Berkuasa dan Maha Adil, akan mengatur sebaik2 perancanganNya buat ummah akhir zaman ini. Dengan Berkah Sayyidina Muhammad saw, kita mohon.

Rasa ingin lari dengan keadaan persekitaran yg menyesakkan jiwa bukan saja awk sorg rasa, bahkan Rasulullah terasa lebih dahulu dan pastinya, ia juga dirasakan oleh semua yg menanti dan menunggu keadaan dunia kembali berjalan selaras dengan keadilan yg diinginkan fitrah manusia.

Buat masa ini, kita jalankan urusan dan amanah kita di tempat di mana Allah letakkan kita sebaik mungkin mengikut kehendakNya. Tiba masa, apabila Allah inginkan Islam kembali di atas, semuanya akan berlaku dengan sekelip mata, InshaAllah.

Moga lebih faham. hehe.

Moga apa yg ditulis ini juga selaras dengan kehendakNya. Ya Allah, jika tidak, mohon ampun. Ajarkan kami apa yg patut kami ketahui dan jadikan setiap gerak dan diam kami selaras denganMu juga.Amin..

Nawal Insyirah said...

syukran ukhti atas perkongsian..
insyaAllah, semoga lebih faham.. :)