Bismillah
Alhamdulillah.. masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara sehingga detik ini.. masih lagi dalam dakapanNya, masih lagi diberi nikmat iman dan Islam..
Gula-gula manis rasanya.. siapa yang tidak suka, kan? Kanak-kanak penggemar setia, tetapi tidak kurang juga orang dewasa yang merasa nikmatnya..
Kalau diberi gula-gula, mahu tak?
Kalau yang memberi gula-gula itu adalah musuh kita, mahu tak?
Kalau musuh yang 'memberi' gula-gula itu adalah syaitan, masih lagi mahu tak?
Seseorang yang berasa nikmat tetapi berbangga dengan ibadat dan amalan yang dilakukannya, ibarat seseorang yang diberi gula-gula daripada syaitan.
Sebab apa?
Sebab dia lupa tujuan asalnya ia beribadat. Hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata, dan tidak mengharapkan perhatian serta pujian manusia.
Aku risau akulah manusia itu. Manusia yang berasa nikmat dengan amal kebajikan yang aku lakukan, tetapi semuanya untuk dipandang orang. Semuanya untuk mendapat puji-pujian daripada mereka.
Allah. Allah. Allah.
Lalu di manakah keikhlasanku?
Lalu, apakah amalanku akan diterima Allah seandainya bukan pandanganNya yang ku letakkan sebagai yang pertama & utama?
Lalu, tegakah aku menerima gula-gula daripada musuhku itu?
Wallahu a'la wa a'lam..
1 comment:
Oh Ya Allah..
Allahu Allah..
Jika yang beribadah juga ditipu dan tertipu, di manakah lagi jalan untuk kami pergi menyelamatkan diri?
Oh Ya Allah..
Keluarkan kami dari yang menjadi tertipu di dalam ketaatan terhadapMu.
Oh Ya Allah..
sudah banyak perkhabaran mengenai mereka yang banyak beribadah, akan tetapi, hakikatnya sia-sia di pandanganMu.
Oh Ya Allah..
tiada jalan penyelesaian bagi kamu melainkan kami arahkan segalanya padaMu untuk selamatkan kami dari golongan yang terpedaya dalam ketaatan.
Oh Ya Allahu Allah..
Tiada kami selainMu..
Tiada pintu selainMu..
Tiada jalan bagi kami selainMu..
:'(
Oh Allahu Allah
Post a Comment