Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, aku sering terasa hati.. menjadi sensitif, tapi sedaya upaya menyembunyikan perasaan sebenar..
Aku senyum.. kena: "Apa senyum-senyum.."
Aku bilang mahu duduk di dalam satu bilik yang sama.. kena: "Pegi bilik sendiri, jangan duduk kat sini la.."
Apakah mereka tidak puas hati denganku?
Atau sebab aku pun kadang-kadang bergurau seperti itu, mereka memulangkan balik paku buah keras padaku?
Entahlah.. bila terkena, memang rasa macam nak 'meletup' saja on the spot.. tapi bila teringatkan bahawa tak lama lagi kita akan berpisah, membawa haluan masing-masing untuk Latihan Industri nanti, aku hapuskan saja..
Lagipun, aku rasa, bila aku marah..
Syaitan suka..
Bila aku berdendam..
Syaitan bertepuk ria..
Takkan nak kasi syaitan puas hati? Cuma-cuma saja.. tak mahulah kan!?
Hal ini juga mengingatkan aku supaya menjaga lisan.. jaga lisan, jaga lisan & jaga lisan... Biar diingatkan berkali-kali...
Lisan yang terbit daripada pergerakan anggota yang paling lembut tapi yang paling tajam.. kena jaga betul-betul..
Lebih baik berdiam (jika tiada keperluan) daripada berbicara~
Wallahu 'ala wa 'alam...
2 comments:
Ukhti,
makhluk itu sering menyesakkan jiwa dan kalbu.
Ukhti,
Apa pesan Ibnu 'Ataillah mengenai perkara ini?
“Bila Allah membuat alam dan
makhluk serba memusingkanmu, sungguh itu suatu panggilan agar kau cari ketenangan pada kebersamaan dengan-Nya.
Bila Dia memberi musibah, Dia ingin engkau kembali kepada-Nya dengan pasrah dan berserah.
Bila Dia memberimu ujian, Dia ingin engkau mencari-Nya untuk meminta pertolongan.
Bila Dia memberimu kesempitan, Dia ingin engkau kembali kepada-Nya untuk mencari kelapangan.”
(Ibn Atha’illah)
Ukhti,
moga kita faham akan bicaraNya kepada kita. Agar tidak berharap serta tertumpu pada makhlukNya.
Ukhti,
mari ikut jejak contoh kekasih kami, Sayyidina Muhammad saw. Baginda orang yang paling lembut dan halus budi bicara dan tingkah lakunya sesama makhluk, dalam masa yang sama, hatinya tidak pernah sama sekali mengharap balas kepada mereka, kerana cukup Allah baginya dan cukup dia melakukan segalanya hanya untuk Allah.
Ukhti,
mari kita mohon pada Allah, agar mengajar kita. menjadikan kita lebih hampir padaNya.
syukran ukhti~~
selalu nak ingatkan diri.. jangan letak harapan pada manusia, jangan letakkan harapan pada manusia, jangan letakkan harapan pada manusia...
harapan hanya pada Allah..
tapi kadangkala diri terlupa..leka & lalai dalam keseronokan dunia..
sangat benar la kan.. sebab da terlalu seronok dengan kehidupan dunia, Allah nak tarik balik supaya dekat dengannya, Allah bagi la perasaan macam yang tidak sedap kan?
sayang awak lillah.. syukran
:)
Post a Comment