Entah mengapa, pabila ku terbaca post teman-teman di fb, hatiku rasa sangat cemburu. Ah.. cepat benar aku berasa cemburu. Cemburu ini bukan cemburu yang membina, melainkan membinasakan.
Di kala ini, aku cuba memujuk hatiku.. buat apalah cemburu. Apa yang bisa ku dapat daripada perasaan ini.. sia-sia sahaja merajuk. Aku cuba mengingat kembali kata-kata seorang ukhti: Siapa bilang tak sayang?
Aku juga disayangi. Ukuran sayang seseorang kepadaku dan kepada yang lainnya pasti berbeza, tapi mengapa perbezaan itu yang hendak dinyatakan, yang dipersoalkan? Kan sudah sayang.. itu merupakan anugerah terindah buatku, kerana Allah telah menjelmakan kasih sayangNya dalam diri hambaNya untukku...
Ah~~ nikmat kan rasanya apabila disayangi? Apalagi yang ku tidak berpuas hati, sampai mahu berasa cemburu?
Yang penting, semoga Allah sayangkan aku dan para muslimin & muslimat seluruhnya.. baas!!
♥♥♥
Wallahu 'ala wa 'alam..
No comments:
Post a Comment