pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, December 26, 2010

jambatan yang rapuh

Bismillah

Dunia ini ku umpamakan seperti jambatan ke hari Akhirat kelak. Jika kuat dan tegap jambatannya, insyaAllah jalanku ke akhirat itu akan terpelihara. Andai pula jambatan itu rapuh serta tidak kukuh, mungkin aku boleh tergelincir dan jatuh.

Bagaimana nak bina jambatan yang kukuh?

Asasnya akidah. Jika akidah itu bersih, yang lain-lain yang menyusul pun akan bersih juga.
Terang dan jelas dalam dua kalimah syahadah, kita hanya mengaku & bersaksi bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang disembah.. tiada dua, tiada tiga.. tiada ruang untuk kita mempersekutukan Dia. Hanya Allah, hanya Allah...

Apabila akidah sudah settle, kita masuk pula bab perlaksanaan akidah. Kita sudah mengaku, okay.. tapi cukupkah? Pasti tidak.. Allah telah memberikan satu garispanduan kepada umat manusia, iaitu al-Quran. Bahkan Allah juga telah mengutuskan seorang murabbi untuk mengajarkan & menerangkan apa yang terkandung dalam al-Quran. Kita sebagai hambaNya, wajib menuruti semua yang diperintahkan dan dilarang olehNya. Sesiapa yang taat, sejahteralah hidupnya di dunia ini dan di akhirat sana. Mereka yang ingkar pula, nantikanlah balasan yang setimpal dengan perbuatannya.. jika bukan di dunia, di akhirat pastinya.. malah, berganda-ganda dahsyatnya. Allah...

Okay, amalan sudah dilakukan.. tapi adakah ia dilakukan dengan sepenuh hati, ikhlas & hanya berharap padaNya.. ataupun ia sekadar sebagai memenuhi tuntutan, tidak memberi apa-apa kesan terhadap hati kita?

Lalu bagaimana nak rasa nikmatnya beribadah? Kenalah didik hati supaya ikhlas.. didik hati supaya merasa raja' dan khauf terhadapNya.. mohon kepadaNya selalu.. insyaAllah dipermudahkan untuk merasa ini semua..

Bagaimana pula jambatan boleh jadi rapuh?

Jambatan menjadi rapuh apabila asas tidak kukuh.. kita mengaku Allah sebagai Tuhan kita, tapi juga bersandar kepada perkara-perkara yang lain sebagai penolong kita.. bomoh, tangkal, etc.. na'uzubillah..

Sudahlah asasnya tidak kukuh, tiang-tiang yang menyokong juga tidak kuat. Solat umpama tiang agama, tapi solatnya celup-celup, tidak sempurna. Bagaimana nak menjadi tiang yang dapat menyokong?

Lalu, jambatan yang manakah yang mahu dipilih?

Nak selamat dan sejahtera hidup dunia akhirat, pasti yang pertama yang dipilih.. insyaAllah jambatan yang menuju terus ke Syurga.

Tiada siapa yang mahukan jambatan yang kedua, yang akan membawa ke neraka. Na'uzubillah.

Wallahu a'la wa a'lam..

No comments: