pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, December 19, 2010

nikmat yang diambil kembali..

Bismillah

Tiap kali pabila ku terlepas untuk melakukan sesuatu ibadah, pasti aku berasa terkilan. Baru-baru ini, sudah hampir waktu berbuka pada 9 Muharram, tetapi aku tidak sempat menyempurnakan puasaku. Terkilan rasanya.

Kemudian aku muhasabah semula. Beberapa hari sebelum itu, hatiku berbolak-balik sama ada mahu berpuasa atau tidak. Aku fikir, mungkin kerana aku berkira-kira dalam ibadah, aku tidak bersungguh-sungguh dalam tekadku, maka Allah memberiku sedikit pengajaran.. Allah menarik nikmat ibadah dariku, supaya ku sedar, ku harus lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah.. bahkan lebih bersungguh-sungguh dari awalnya, iaitu pada ketika ku memasang niat..

Takkan selamanya aku hanya mahu merasa terkilan sahaja kerana terlepas daripada melaksanakan sesuatu ibadah? Asyik-asyik terkilan, asyik-asyik terkilan.. maka, yang aku kumpulkan hanyalah rasa terkilan sahaja, yang tidak dapat membantu aku barang sedikit pun nanti..

Nanti, bila ajal sudah tiba, tiba masanya nyawa ditarik, takkan nak kata, "Ah, terkilannya aku, tidak dapat beribadah dengan lebih bersungguh-sungguh sebelum ini.. terkilannya aku, tidak sempat bertaubat.."

Ku berazam, semoga selepas ini, Allah kuatkan semangatku untuk beribadah hanya keranaNya. Aku tahu ibadah itu tidak dapat dilakukan olehku semata-mata, melainkan ianya diizinkan oleh Allah. Aku tak mahu lagi rasa terkilan yang melampau-lampau.

Wallahu 'ala wa 'alam..

No comments: