Bismillah
Tadi pagi aku naik keretapi yang sama dengan beberapa orang 'tomboy'. Tiba-tiba macam-macam persoalan yang pelik-pelik terbit di minda.
Yang pertama, mereka masuk ke dalam 'ladies coach' iaitu suatu gerabak yang dikhususkan untuk para wanita. Tomboy kan tak nak mengaku perempuan, tapi dekat sini, pilih juga gerabak nie.
Persoalan kedua, adakah mereka solat? *persoalan ini hanya mereka je yang boleh jawab*
Aku kasihankan mereka sebenarnya. Dulu-dulu, aku juga pernah mempunyai kecenderungan untuk berkelakuan seperti lelaki. Rambut yang dipotong pendek. Merah jambu adalah warna yang paling tidak digemari. Mungkin aku terpengaruh dengan adik-adik lelakiku. Tapi alhamdulillah, kecenderungan itu dapat dibendung dan aku terselamat dari gejala sedemikian.
Sebenarnya nak cerita perkara lain, tapi mukaddimah terpanjang pula.. -.-
Mudah sangat kita ambil ringan tentang solat, kan? Alasannya nanti; Iman tak mantap lagi lah, Aku nie bukan seorang hamba yang sempurna lah dan etc etc.
Kalau tak solat, macam sombong lah kita nie. Sudahlah macam-macam yang Allah dah bagi, foc pula, tapi nak menyombong juga kita nie. Bukannya lama solat tu. Kalau dah rasa kelazatan solat, lagi-lagi lah tak akan rasa lama pun.
Aku juga baru discover manfaat solat beberapa tahun yang lalu dan masih lagi dalam proses nak menjadi hambaNya yang merasakan kelazatan solat tu. (doakan~~) Kalau dulu, rasa solat tu macam suatu bebanan. Rasa nak skip je bila ada kesempatan. Astaghfirullah.. T_T (now i'm paying the price T_T)
Tapi ada juga golongan yang solat tapi masih juga menyombong diri. (nie based on my own opinion je)
Iaitu mereka yang malas nak membaca al-Quran dan berdoa. :((
Malas nak baca al-Quran padahal macam-macam nasihat & pengajaran telah Allah sebutkan di dalamnya. Sombong nak baca ayat-ayat Allah.
Malas nak berdoa sedangkan doa itu senjata mukmin. Sombong tak nak minta pada Allah sebab tak ingat diri itu hamba yang tiada apa-apa tanpa Allah.
:((
Kalau jadi hamba yang sombong nie, nak ke Allah pandang kita?
Tapi kalau Allah pun tak nak pandang kita, apa lagi nilai kita di dunia nie, apatah lagi di akhirat kelak?
:((
*sedang go through banyak self-reflection*
2 comments:
Allahu Allah..
:(
kite pun agak rungsing gejala gay di Singapura ni..byk melanda budak2 budak Melayu kita..Teringat kisahnya Nabi Luth as sudah mampu buat hati rasa tergoncang..moga Allah masih lagi mengasihani dan tidak menurunkan balak dan mohon Allah agar menyedarkan dan mengampunkan org2 kami..
:(
Oh Allahu Allah..
Allah Allah..
moga Allah masih lagi mengasihani dan tidak menurunkan balak dan mohon Allah agar menyedarkan dan mengampunkan org2 kami..
amiin, amiin, amiin~
Post a Comment