pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Wednesday, March 28, 2012

memaknakan kehidupan

Bismillah

Alhamdulillah, Allah masih memberiku nikmat berfikir dan bermuhasabah diri lagi hari ini. :)

Pagi tadi, aku diuji dua kali semasa hendak pergi ke tempat kerja.

Pertama, mesin tiket di stesen Angkasapuri yang rosak. Masuk duit syiling berkali-kali, mesin tetap tak nak terima. Nak tanya petugasnya, dia rehat pula. Akhirnya aku buat keputusan untuk  membeli tiket ke stesen sebelum stesen yang hendak kutuju. Nanti aku akan bayar baki 10 sen pada petugas di sana.

Yang kedua, keretapi yang aku selalu naik lewat pula. Tertangguh dua kali. Masaku sudah terganggu.

Pada mulanya, memang rasa ralat. Kenapalah jadi macam ni kan?

Mungkin, ada sesuatu yang telah kubuat dan Allah tak suka, lalu Dia datangkan ujian kepadaku. (Semoga ujian menjadi kaffarah bagi dosa-dosa hamba ini.. Amiin~)


Dan mungkin juga Allah nak tunjukkan kepadaku suatu pengajaran.

Di dalam keretapi tersebut, aku terlihat seorang wanita. Keadaannya seakan-akan tidak terurus. Tangannya ligat bermain permainan Nintendo. Dia langsung tidak mempedulikan suasana dan orang lain di sekelilingnya.

Aku membuat andaian sendiri:

Kasihan dia. Berinteraksi dengan permainan yang tidak bernyawa kerana mungkin dia tidak mempunyai kawan.

Kasihan.

Teman, kawan, sahabat... mereka adalah salah satu faktor kehidupan kita jadi bermakna. Tanpa mereka, kehidupan kita akan menjadi sedikit pincang.

Dia pula bukan seorang Muslim. Lalu, tanpa Allah tempat bergantung, apakah makna kehidupannya di dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak?

Dan dia buat ku bertanya pada diri sendiri.

Aku, yang punya ramai teman, yang punya keluarga dan yang terpenting punya Allah, lalu apakah yang ku lakukan untuk memaknakan hidupku di sini dan di alam sana?

No comments: