pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Friday, January 9, 2009


Bismillah...

Alhamdulillah, segala puji syukur ku panjatkan ke atas Ilahi yang telah memberi kami di Balai Islam KUAZ peluang untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti 'islamic' buat warga KUAZ.

5 Januari yang lalu kami telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan sambutan ma'al hijrah di kolej. Hamdan lillah, program sambutan ma'al hijrah berjalan dengan lancar walaupun mendapat arahan dalam masa yang singkat. Sambutan dari warga kolej juga memuaskan. InsyaAllah, moga-moga aktiviti sebegini pada masa-masa akan datang akan mendapat sambutan yang lebih baik.

8 Januari lalu pula telah berlangsung program Dakwah Mingguan buat julung-julung kalinya. Aku sedikit terkilan dengan sambutan yang ditunjukkan, tetapi sebagaimana yang dikatakan seorang teman, biarpun jemaah yang datang hanya seorang atau dua, program ini harus tetap dijalankan. Mungkin dengan izin Allah s.w.t, jika diberi hidayahNya pada malam itu, seorang atau dua itu akan terbuka hatinya untuk menghayati Islam.

Sudah pastinya aku akan menjadi sibuk sekali dengan berjalannya program ini. Kadang-kadang aku berasa sedih, terkilan dengan diri sendiri yang tidak istiqamah dalam ibadah seharian atas sebab kesibukan. Namun, seperti kata-kata temanku (au kama qal); 'jangan kita bersedih kerana tidak dapat membaca al-Quran atau berzikir seperti kita selalu buat kerana kita sibuk dengan aktiviti lain. kita anggap pekerjaan yang kita buat sebagai ibadah. kalau kita tak jalankan fardhu kifayah ini, siapa lagi??'

Satu lagi peringatan buat diriku. Sesuatu pekerjaan yang dibuat dalam kumpulan, janganlah kita anggap kita sahaja yang boleh buat, tanpa memerlukan pertolongan orang lain. Kerana mungkin suatu masa itu kita akan buat dengan niat yang ikhlas, tapi apabila kita sudah penat, jenuh 'stand in'kan orang lain, ikhlas yang mula-mulanya pada tahap optimum, semakin lama semakin menurun, sehinggakan suatu masa nanti, pekerjaan yang kita buat hanya dilakukan atas dasar terpaksa semata-mata. Allah lindungilah aku serta mereka dari fitnah ini.

Moga-moga segala apa yang dibuat oleh Balai Islam pada sesi kali ini dapat dijadikan panduan oleh adik-adik yang akan menerajui Balai Islam pada sesi seterusnya. Dan moga-moga segala pekerjaan dinilai sebagai ibadah oleh Allah s.w.t.

Segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t yang Maha Agung dan segala yang buruk itu datang dari diri hamba yang penuh dengan noda dan dosa, hamba yang amat lemah di sisi Rabbnya.

Wallahu a'lam

1 comment:

ف.ر. said...
This comment has been removed by the author.