Bismillah
Harap-harap masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam ma'al Hijrah yang ke-1430H kepada seluruh umat Islam. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ku panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana masih memberi kami kesempatan untuk bertemu tahun yang baru.
Dalam kemeriahan kita menyambut tahun baru hijrah, saudara-saudara kita nun jauh di Palestin sedang berduka. Kisah duka mereka tidak pernah hilang, malah semakin galak golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab melakukan keganasan ke atas penduduknya. Aku bersimpati, namun ku tahu, simpatiku tidak mungkin mampu mengubatkan luka di hati mereka.
Aku bersyukur kerana dilahirkan dan hidup di dalam negara yang aman, yang jauh dari keganasan sebagaimana yang ditimpa ke atas saudara-saudaraku di sana. Moga-moga kesengsaraan mereka di dunia ini dibalas dengan kegembiraan di negara akhirat kelak.
Walaupun kita tidak dapat berjuang bersama mereka di sana, kita masih berpeluang untuk membantu semangat mereka di sini.
Moga-moga Allah melindungi kita semua dari bencana sedemikian, dan moga saudara kita diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.
Allahu ma'as sobiriin...
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment