pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Sunday, July 1, 2012

Berniaga: Suatu Sunnah Rasulullah s.a.w

Bismillah

Beberapa hari ini, saya sibuk di dapur. Kalau bukan untuk memasak, pasti sedang menolong ibu dengan aktiviti 'baking'.

Sebenarnya saya suka membuat aktiviti tersebut. Seperti ada suatu kepuasan melihat adunan yang dipukul menjadi kembang dan gebu, melihat kek dan kuih menjadi di dalam ketuhar... Sama seperti seorang ibu melihatnya bayinya membesar dari hari ke hari.

Oleh kerana minat dan keinginan saya untuk berkongsi rasa dengan orang ramai, maka saya pun menghasilkan sebuah 'page' di facebook bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan kami. Setakat ini belum dapat 10 orang yang suka pun, tapi tak mengapalah. Mula-mula sikit, nanti insyaAllah akan menjadi ramai. :)

Apa yang bisa saya pelajari, kalau kita mahu menjalankan perniagaan, kita tidak bolehlah nak rasa malu-malu. Agak tebal jugalah muka ini mempromosi 'page' di sana-sini. Permulaannya susahlah, tapi insyaAllah, bila kita sudah mencipta nama, lama-lama kita tak perlu lagi mempromosi secara sendiri.

Baiklah, saya ingin kembali menyiapkan menu kek & kuih-muih untuk promosi bulan Ramadhan/Syawal nanti.

3 comments:

ف.ر. said...
This comment has been removed by the author.
ف.ر. said...

Ish..bagusnya la..
kawan siapa ni?
hehe..

dhiya, kalau sept nak order blh?
iA, untk akikah anak buah kite yg pertama.

nanti kite minta Mak like page awk n kite browse though iA..

:)

Moga perniagaan awk sekeluarga mendapat barakah dari Allah dan RasulNya.

Fa

Nawal Insyirah said...

insyaAllah bole..

kalau nak order nanti msg je.. :)