pathway

pathway
Berjalan Mencari Makna dalam Hidup

al-mahbub

  • Allah & His Messenger
  • my family
  • mereka yang menyayangi saya :))
  • babies and toddlers
  • my course
  • my late cat :(

Monday, July 9, 2012

ad-deen itu nasihat

Bismillah

Semalam saya telah mengikuti ibu ke suatu program APKIM. Pada sebelah paginya, mereka telah menganjurkan suatu sesi motivasi bagi para peserta. Kami telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan umur. Ibu bapa suatu kumpulan. Anak-anak kecil pula di dalam kumpulan lain. Saya ditempatkan di dalam kumpulan anak-anak dewasa muda.

Pada mulanya, saya berasa sedikit ralat kerana 'terpaksa' melalui sesi motivasi dahulu sebelum acara hari keluarga pada sebelah petang. Saya berpendapat bahawa APKIM sengaja membuat dua acara yang berbeza 'mood'nya pada hari yang sama; kalau mahu bersuka ria, kena dengar motivasi dahulu. Tak suka! Saya memang seorang yang kurang minat dengan program berbentuk motivasi (walaupun sebenarnya saya AMAT memerlukan motivasi sekarang ini).

Sehingga tiba di tempat berkumpul, saya masih lagi complain. Rasa terpaksa semakin menebal. Sikap saya kepada para petugas juga menjadi acuh tak acuh.

Namun, fasilitator yang dijemput untuk mengendalikan kumpulan kami berjaya menarik perhatian saya.

Sebagai seorang kaunselor, apatah lagi yang pengkhususannya berkenaan kekeluargaan, beliau sangat memahami apa yang kami lalui sebagai seorang dewasa muda. Pada masa inilah, tanggungjawab kami menambah, komitmen kami menambah, kami harus membuat lebih banyak keputusan, harapan ibu ayah yang semakin meninggi... dan banyak perkara lagi.

Dan antaranya juga ialah bermula fikiran untuk melalui fasa kehidupan seterusnya: fasa berumahtangga. Siapa yang tak mahu bernikah, kan?

Inilah masalah saya.

Bagaimana untuk saya memulakan perbincangan dengan ibu saya tentang perkara ini? Saya telah menyuarakan persoalan ini kepada fasilitator tersebut dan rakan-rakan di dalam kumpulan yang sama. Saya lihat ibu saya seolah-olah tidak memberi ruang untuk kami berbincang tentang perkara ini. Saya juga merasakan peluang saya agak tipis memandangkan kakak saya masih belum bernikah dan saya dapat merasakan ibu mahu kakak saya bernikah dahulu, atau sekurang-kurangnya bersama-sama.

Fasilitator tersebut (Cik Fairuz) berkata sebenarnya para ibu malu untuk memulakan perbincangan ini. Alahai~Kalau dua-dua malu nak mulakan, takkan ke mana lah...

Tapi saya juga mempunyai suatu reservation; sebab mengapa saya masih belum memulakan perbincangan ialah kerana saya tiada calon. Yang dirisik betul-betul tiada, hanya yang diusha-usha sahajalah.

Cik Fairuz juga telah mencadangkan agar saya menonton Semanis Kurma untuk mendapatkan tips bagaimana untuk meyakinkan ibu. Setelah mendengar video itu sebentar tadi, sebenarnya mudah sahaja (kalau kita mudahkan). Dan tiba-tiba teringat, tips yang diberikan itu seolah-olah apa yang saya jawab semasa peperiksaan kertas Munakahat sewaktu A level dahulu.

Iyalah... tulis senanglah. Nak gerakkannya, satu hal lain.

Doakan. :)

2 comments:

ف.ر. said...

Kita rasa awak n ibu awak dua2 malu2 kucing. :P

usha2 ibu awk tak main..

ibu awak tengah conserve energy untk bincang dgn serioous dgn bakal menantu yg betul2 je. :P

hehe.

maaf ya buk..gurau2 sayang..

:)

Fa

Nawal Insyirah said...

hehe..
malu2 kucing tu la yg sikit menyukarkan keadaan..